THE GADYS LUNCURKAN SINGLE PRE-DEBUTGADYS RAYA

 


Empat wanita cantik yang menggelarkan diri mereka sebagai The Gadys,  tidak  sabar  lagi  untuk  memperkenalkan  nama  dan  juga  bakat  mereka  di  persada  muzik tanah air.Namun sebagai pengenalan, The Gadys yang dianggotai Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini terlebih dulu bakal meluncurkan single raya yang diberi judul GADYS RAYA.Biarpun pembabitan mereka dalam dunia nyanyian masih terlalu hijau, namun The Gadys berjaya mengumpul 1.6 juta tanda suka di akaun aplikasi TikTok mereka. Malah,  kumpulan  itu  juga  berjaya  menjalin  kerjasama  dengan  beberapa  jenama  barangan meskipun masih belum

 

tampil dengan single.Berkongsi mengenai GADYS RAYA, lagu ciptaanRomeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim itu berkisar pengalaman anggota The Gadys yang tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan lebaran dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19.Bagaimanapun,  kerinduan  The  Gadys  bakal  terubat  tahun  ini  setelah  kerajaan  mengumumkan fasa endemik. Keseronokan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dan berkumpul bersama sanak saudara, memasak juadah dan membuat persiapan raya bersama-sama keluarga tercinta semuanya diabadikan menerusi lagu GADYS RAYA.Menurut Faa yang juga bekas juara program The Next My Star, lagu GADYS RAYApenuh dengan kasih sayang dan tenaga.

SIARAN MEDIA“Vibes lagu itu sangat ceria, sesuai dengan sifat anggota The Gadys,”

 

katanya.Sementara itu, seorang lagi anggota The Gadys, Aznie berkata, lagu raya mereka menceritakan suasana hari raya bersama The Gadys.“Sebenarnya di sebalik keceriaan lagu itu yang menceritakan bagaimana penat lelah membakar lemang, memakai pakaian raya  yang  baru, menikmati juadah  di pagi  raya  bersama-sama, kami sebenarnya  menyampaikan  mesej  agar  jangan  mengenang  barang  atau  perkara  yang  sudah lepas.“Proses rakaman untuk lagu ini sangat berbeza kerana penerbit mementingkan karakter setiap seorang daripada kami. Dengan adanya karakter, proses rakaman menjadi lebih seronok. Kami akui sangat ‘enjoy’

 

sepanjang proses rakaman, team juga sangat terbuka dengan idea daripada kami. Jadi ia dapat menonjolkan setiap karakter anggota The Gadys,” kata gadis berasal dari Kedah itu.Biarpun tidak terbabit dengan proses penulisan lagu, tetapi terdapat sedikit perubahan pada lirik lagu  itu  apabila  Mike  Chan  dari  Faithful  Publishing  meminta  The  Gadys  bekerjasama  untuk mendapatkan pendapat mereka. Berkongsi  pula  mengenai  proses  rakaman  muzik  video GADYS  RAYA,  Faa  pula  berkata,  proses berjalan dengan lancar.Setiap individu yang terbabit sangat ‘supportive’. Walaupun mengambil masa yang lama tetapi mereka berpuas hati dengan proses pada hari rakaman yang turut mendapat sokongan daripada Honda Malaysia & JD Sports Malaysi

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!