EMANGAT ISOBAHTOS DALAM ARJIIBII (RGB)
Hip hop tidak lagi
menjadi muzik bermusim apabila kebanyakan penyanyi baharu
yang muncul mempertaruhkan genre
lagu ini dengan menampikan
penyanyi rapper muda yang
berbakat. Baik secara solo
mahu pun berkumpulan,
apa yang menarik perhatian adalah
idea dan kreativiti
dibawakan dalam lagu
itu segar serta
memberi inspirasi ramai orang.Apa
yang pasti, kemunculan mereka ini memberi petanda baharu yang mana generasi
muzik hari ini sentiasa mahu
memberikan kelainan dalam
setiap karya dihasilkan
sekaligus meletakkan mereka di
liga tersendiri.Begitu juga dengan
kumpulan hip hop
asal Sabah ini
yang menggelarkan diri
mereka sebagai ISOBAHTOS. Misi
mereka bukan saja memperkenalkan bakat dimilikisebagai rapper dan penulis lagu,
tapi apa yang mahu ditonjolkan adalah muzik dan karya dihasilkan
itu.Dianggotai oleh 10
anak muda, ISOBAHTOS
juga dikenali sebagai
IsoB, visi mereka
untuk membawa, memartabatkan dan
mewakili unsur seni
budaya dan warisan
tradisi masyarakat Borneo melalui
muzik mereka dalam industri. Anggota
ISOBAHTOS terdiri daripada
Mohd Azizan Danial
Abdullah (A.D); Diji
Panis (D&G); Jay Adner James (ghidd); Ian Josue Jaideh
(IAN J.); Oliver Ordine (Ibherrrr); Ramziwazizi (RamziAli);
SIARAN MEDIAQuenner
Mitchell Pauzi (Quenner M.); Roysten Habirin Lapongan (RODB); Jesper Evans
Dumali (RYT) dan Carey Didier Chin Zao Yuan (YERAC).Nama ISOBAHTOS berasal
daripada perkataan ‘Aiso’ yang bermaksud ‘Tidak’ dalam bahasa Kadazan Dusun dan
‘Batas’ yang bermaksud ‘Had’. Ini mewakili misi mereka untuk mencipta
muzik dengan menggunakan
unsur bunyi tradisional
asli yang diselitkan
dengan instrumen moden. Selepas
membuat debut mereka pada 30 Ogos 2021 dengan single pertama berjudulTiada
Batas, terbaharu ISOBAHTOS muncul
dengan single baharu, ARJIIBII (RGB)yang
dilancarkan secara rasmi pada 8
April di saluran YouTube ISOBAHTOS.Menurut RODB, lagu ARJIIBII (RGB)yang
dihasilkan sepenuhnya oleh ISOBAHTOS danIsoMeds Studioitu membawa
dan memberi semangat
kepada pendengar untuk
tidak berhenti dalam melakukan apa yang diimpikan.“Pada
pendapat kami lagu ini adalah lagu yang memberi semangat kepada pendengar untuk
tidak berhenti dalam melakukan apa yang diimpikan. Berfikir dua kali sebelum
melakukan sesuatu. Ini terlalu banyak warna dalam kehidupan. Hanya kita yang
boleh memilih warna kita sendiri.“Warna
menunjukkan persepsi seseorang
terhadap dunia. Merah, hijau, biru adalah
warna utama cahaya yang
melukis kehidupan seharian
kita. Kita boleh
melihat berjuta-juta warna melalui mata kita, tetapi setiap
daripada kita hidup dalam dunia kita sendiri.
SIARAN MEDIA“Dan
dunia ini mungkin sangat berbeza antara satu sama lain Setiap daripada kita
mewakili warna yang berbeza dan
matlamat yang berbeza,
tetapi kita terus bergerak walaupun
menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.“Dalam setiap usaha untuk
menjadi berjaya tidak kira dalam apa jua keadaan, akan sentiasa ada seseorang di
sebalik setiap percubaan
yang bertindak sebagai
pemangkin ke arah
mengejar matlamat itu, menjadikan kita lebih terdorong untuk berdiri
teguh dengan kejayaan,” katanya.Apa yang pasti, di sebalik penghasilan lagu
ARJIIBII (RGB)itu, ia sebenarnya menceritakan kisah keluarga seorang daripada
anggota kumpulan ini.“Lagu ini menceritakan
secara ringkas mengenaidi sebalik
ahli sebuah keluargaISOBAHTOS(ISoB) iaitu kesusahan
melalui segala rintangan kehidupan.Lagu ini menjadi satu motivasi untuk terus
bangkit dan menghadapi cabaran.Lagu ini juga tribute kepada arwah mama Bobby,”
kata D&G.Berkongsi mengenai proses
penulisan lagu, RamziAli
berkata, demo lagu ARJIIBII(RGB)sudah dihasilkan sejak 2019
lagi.“Proses penulisan lagu
ini bermula dengan
satu demo yang
belum siap di
mana seorang ahli kumpulan kami,ghidd
yang merakamkan demo
lagu ini pada 2019.
Selepasitu kami semua bersetuju untuk menulis
semula lagu itu
dan diberikan nafas
baharu melalui penulisan
baharu dan penambahan ahli yang lain dalam lagu ini. “Lirik dan melodi
yang ditulis adalah hasil daripada kamisendiri melalui banyak perkongsianidea
dan juga ilham untuk menyiapkan lagu ini,” katanya.
SIARAN MEDIAMenurut
ghidd, proses rakaman lagu ARJIIBII (RGB)ini cukup mematangkan
mereka.“Bagi proses rakaman
lagu, pada kali
ini setiap ahli kumpulanbertambah baik
dan semakin profesional dari segi
vokal dan teknik rakaman.Hasil teguran dan pembelajaran baru yang diberi
daripadaorang sekeliling membuatkan
kami lebih mudah
untukmemperbaiki teknik rakaman.Masing-masingdaripada kami saling
membantu antara satu sama lain untuk menghasilkan lagu yang berkualiti dan
mampu diterima oleh smua pihak,” katanya.Bagi
IAN J dan
Ibherrrr, mereka berpendapat proses rakaman video
muzik (MV) lagu ARJIIBII (RGB) berbeza dari single
pertama.“Proses rakaman MV lagu ini sangat berbeza dari apa yang
kami buat pada single
sebelum ini. Lokasi penggambaran
kali inisejuk dan berangin. Apatah
lagi, lagu yang dihasilkan
ini sangat berbeza dari lagu
sebelum ini yang memerlukan kami untuk melakukan watak dan penceritaan
yang lebih mendalam
dan lebih tenang. Iamengambil masa tigahari malammalam di
mana semua pasukan produksiberkhemah di
sekitar kawasan rakaman.
Ia adalahpengalaman yang hebat
buat kami semua,” katanya.Bagaimanapun,
RYT dan Quenner
M mengakui mereka
tetap berdepan cabaran
ketika menghasilkan lagu dan MV ARJIIBII (RGB)ini.“Cabaran lagu dan
proses untuk menyiapkan lagu ini agak mencabar dan banyak perkara berlaku
sepanjang rakaman dijalankan.
Kami agak susah
untuk menghabiskan rakaman
kerana ada beberapa unsur lagu
yang kami tidak berpuas hati dari segi kualiti lirik dan juga giliran artis
dalam lagu ini.
SIARAN MEDIA“Namun,
kami berjaya menghasilkan sebuah karya selepas membuat beberapa pertukaran
hasil dari kerjasama beberapa
pihak terbabit untuk
mencapai hasil yang
berkualiti hanya dalam beberapa minggu.“Dari segi cabaran
dalam pembikinan MV ini adalah untuk merealisasikan idea yang ada. Ini
kerana terlalu banyak
yang ingin disampaikan.
Kami banyak kali
berbincang dan membuat pemilihan idea yang sesuai untuk
dimasukkan dalam MV,” katanya.Bagi A.D dan YERAC, dari proses penghasilan lagu
dan pembikinan MV memberikan pengalaman yang luar biasa apatah lagi dapat
bekerjasama dengan individu yang kreatif.“Pengalaman yang paling terbaik
apabila Video Production Huntwo menjadi sebahagian daripada keluargga ISoB.“Apa pun, kami berharap pendengar
dan penonton dapat
menerima lagu ini.Walaupun sepanjang pembikinan MVterdapt banyak
rintangan tapi kami
harap semuausaha dan
kerja keras iniberhasil.Kami hanya
mampu doakan yang
terbaik.Namun apa pun
Tuhan yang menentukan,”
katanya.ARJIIBII (RGB)sudah pun tersedia di semua digital platform seperti
Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX,
Deezer dan YouTube
Music manakala video muziknya
pula boleh ditonton
di saluran YouTube Isobahtos
mulai jam 9 malam.
Comments
Post a Comment