Skip to main content

KARAOKE SUPERSTAR RAIKAN KAKI KAROKS BERSAMA SELEBRITI TERKEMUKA NEGARA



 Astro Ria kembali menghiasi minggu dengan program televisyen realiti nyanyian artis popular yang baharu, ‘Karaoke Superstar’ yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad mulai 5 Jun ini, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Lebih mengujakan, program ini memberi kelainan daripada program-program nyanyian keluaran Astro Ria dengan berkonsepkan karaoke yang merupakan aktiviti riadah kegemaran ramai rakyat Malaysia. 

‘Karaoke Superstar’ merupakan sebuah program pertandingan berkaraoke antara dua penyanyi terkemuka yang akan bersaing dalam setiap episod. Secara uniknya, mereka akan berganding dengan peminat-peminat setia yang dipilih daripada kelab peminat mereka tersendiri dengan kaedah cabutan dalam segmen-segmen tertentu. Sepanjang program ini dijalankan, semua persembahan artis-artis yang terbabit akan diiringi oleh ‘live’ band untuk memberi kelainan dalam berkaraoke. 

‘Karaoke Superstar’ merupakan buah tangan istimewa buat kelab peminat selebriti tanah air kerana mereka juga turut dapat menyertai artis kegemaran mereka bertanding sebagai seorang peserta dalam kumpulan yang sama. Pembabitan peminat ini boleh menentukan siapakah yang akan menang sebagai juara secara keseluruhan untuk minggu tersebut. Kriteria lagu yang dipilih dalam program ini merupakan lagu-lagu popular selebriti tanah air & juga antarabangsa yang sering menjadi pilihan para pengunjung pusat karaoke. Antara keunikan dan cabaran buat selebriti dalam program ini adalah mereka bakal menyanyikan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikan di mana-mana platform dan merupakan lagu-lagu yang bergenre di luar keselesaan mereka. 

Para juri (Ratu Karok & juri jemputan setiap minggu) akan memberikan markah per seratus kepada mereka dengan pecahan markah vokal atau tempo (40%), persembahan (40%), personaliti (10%) dan bakat spontan mereka (10%) dalam setiap segmen untuk meraih gelaran pemenang pada minggu tersebut.

Tambah menarik, program ini juga menyerlahkan rasa dan suasana berkaraoke dengan  memaparkan lirik lagu-lagu nyanyian artis-artis tersebut ketika membuat persembahan. Peminat dan penonton di rumah boleh menyanyi bersama menerusi paparan lirik tersebut yang juga bolek diakses dengan menekan butang sarikata di alat kawalan televisyen Astro mereka. Para juri dapat memberikan markah kepada mereka dalam setiap segmen berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam industri. 

Bersiaran selama 10 minggu, ‘Karaoke Superstar’ dipecahkan kepada lima segmen yang akan memberikan cabaran berasaskan nyanyian, permainan, duet bersama peminat serta kuiz  yang menguji bakat dan pengetahuan para artis akan industri hiburan. Segmen-segmen yang ada termasuk: 


SUPERFANS

Menerusi pusingan ini, seorang peminat setia artis tersebut akan mewakili kumpulan mereka dan menyanyikan lagu popular artis tersebut dengan sebaiknya bagi mengumpul markah. Pemilihan peminat tersebut adalah berdasarkan uji bakatnya sendiri bersama pihak produksi. 


KAROK UJI

Dalam pusingan kedua ini, artis tersebut perlu berduet dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor. Lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka akan dipilih oleh pihak lawan masing-masing.


KUIZ KAROK STAR

Menerusi pusingan ketiga, artis tersebut perlu menjawab soalan-soalan survey popular dan memilih jawapan yang paling tepat dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor. Peminat yang dipilih oleh artis tersebut akan dikenakan hukuman jika mereka mendapat markah terendah dalam kuiz tersebut. 


MIKROFON MISTERI

Pusingan keempat akan menjemput seorang artis popular yang akan datang sebagai kejutan bagi mewakili artis minggu tersebut. Artis jemputan tersebut akan menyanyikan lagu popular artis pilihan mereka bagi membantu pertambahan markahnya. Persona artis jemputan tersebut akan disembunyikan sehingga akhir persembahan dan artis minggu tersebut perlu meneka siapakah mereka.


MESSY UP STAR

Dalam pusingan akhir ini, artis tersebut akan diuji dengan nyanyian lagu artis pihak lawan mereka secara mesh up dalam gaya nyanyian mereka tersendiri.


Seramai 20 orang selebriti bakal bertanding mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian serta pengetahuan masing-masing bagi mengumpul markah sehingga akhir pertandingan untuk memenangi trofi emas Karaoke Superstar. Para pemenang untuk setiap cabaran akan menerima sebuah trofi dan juara keseluruhan pula akan menerima piala pusingan juara Karaoke Superstar untuk minggu tersebut. 

Selain itu, gandingan hebat hos popular Malaysia, Datuk Aznil Hj. Nawawi bersama Ain Edruce, pengacara, model dan pelakon wanita popular bakal menghiburkan penonton dengan keserasian dan lawak jenaka mereka dalam mengendalikan program ini sebagai hos utamanya. Barisan-barisan juri akan dihiaskan dengan pelakon hebat Erra Fazira serta Mas Idayu sebagai juri tetap program (Ratu Karok) dan seorang juri jemputan pada setiap minggu. ‘Karaoke Superstar’ turut membariskan nama-nama hebat yang telah mewarnai industri nyanyian dengan bakat mereka sebagai peserta yang akan bertanding berdua dalam setiap episod. Setiap selebriti akan diuji dan dicabar untuk berkaraoke lagu-lagu yang luar daripada genre kebiasaan mereka. 

Menggabungkan elemen karaoke serta hiburan permainan seperti kuiz, program ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih mengujakan dengan konsep yang lebih santai dan mampu menawan hati penonton yang sentiasa menginginkan pembaharuan dalam sajian kandungan yang ditawarkan. Tambah menarik, program ini tampil lebih hebat dengan episod-episod kapsulnya sebanyak 10 episod yang akan disiarkan selama 10 minit setiap minggu. Episod istimewa ‘The Best of Karaoke Superstar’ juga akan ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria sebanyak empat episod. 

 

SENARAI PESERTA ‘KARAOKE SUPERSTAR’


1. MINGGU PERTAMA        : Zamani & Wany Hasrita

2. MINGGU KEDUA         : Tomok & Adira Suhaimi

3. MINGGU KETIGA         : Tajul & Amira Othman

4. MINGGU KEEMPAT         : Ezad Lazim & Ramlah Ram

5. MINGGU KELIMA             : Ameng Spring & Datin Alyah

6. MINGGU KEENAM           : Rahmad Mega & Ara Johari

7. MINGGU KETUJUH         : Syamel & Liza Hanim 

8. MINGGU KELAPAN         : Muss & Amelina

9. MINGGU KESEMBILAN   : Dato’ Nash & Aina Abdul 

10. MINGGU KESEPULUH   : Black Hanafiah & Jaclyn Victor 


PETIKAN KENYATAAN RASMI 


Norzeha Mohd Salleh 

Pengurus Saluran Astro Ria



“Sebagai salah satu platform yang menyajikan pelbagai kandungan hiburan yang memenuhi citarasa semua penonton, kami sentiasa berusaha membawa pembaharuan untuk kandungan kami termasuk program realiti kami.  Selain pembaharuan format dan kandungan, kami turut mahu merapatkan silaturrahim di antara selebriti-selebriti dengan para peminat mereka. 


Lantas, program ‘Karaoke Superstar’ memberi peluang kepada peminat untuk bertemu dengan artis kegemaran mereka secara semuka dan menengahkan konsep  program nyanyian yang berbeza dengan program-program pertandingan nyanyian kami yang sebelumnya. Inspirasi program ini terhasil daripada minat berkaraoke para peminat setia artis-artis yang terbabit. Dengan sokongan mereka yang tanpa  henti, kami ingin mendekatkan mereka dan semua daripada kelab peminat untuk bekerjasama menyokong dan membantu artis kegemaran mereka dengan cara yang lebih menyeronokkan. Begitulah juga terhasilnya segmen-segmen yang disajikan dalam program ini. 


Kami juga membawa barisan-barisan artis hebat dan popular yang terdiri daripada pelbagai generasi. Antaranya Dato’ Nash, Jaclyn Victor, Black Hanafiah, Amelina dan Tomok. Sudah pastinya, setiap peringkat umur ada wakil mereka masing-masing. Penyanyi yang muncul dalam program ini juga tidak akan menyanyikan lagu mereka sendiri, malah nyanyian mereka dengan lagu-lagu karaoke ini adalah eksklusif dalam rancangan ini.


Bukan itu sahaja, program ini adalah sebagai satu penghargaan kepada artis-artis yang terbabit dengan  lagu-lagu evergreen  mereka yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai di karaoke. Bayangkan lagu-lagu tersebut dinyanyikan oleh para peminat dan artis undangan yang semestinya ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan oleh para peminat dan penonton Astro. 


Konsep asal yang kami ingin tekankan adalah untuk mendekatkan artis dengan para peminat mereka dengan cara yang lebih santai tetapi menghiburkan. Salah satu keunikan program ini adalah cabaran nyanyian artis terbabit bersama peminat mereka dalam mengumpul markah daripada juri-juri. Kami berasa ini adalah aktiviti yang setiap peminat inginkan. 


Selain itu, kami juga berbesar hati dengan kerjasama di antara Datuk Aznil Hj. Nawawi dan Ain Edruce sebagai hos utama program ini kerana mereka mempunyai keserasian yang mampu membuatkan program ini lebih mengujakan. Mereka juga mempunyai persamaan minat dalam berkaraoke, justeru mampu mengekalkan elemen-elemen yang tepat dengan tema kami lebih-lebih lagi dengan persembahan karaoke mereka yang sangat santai pada setiap permulaan program. 


‘Karaoke Superstar’ akan berlangsung selama sepuluh minggu mulai 5 Jun ini. Berdurasi selama satu jam tiga puluh minit untuk setiap episod, juri tetap termasuk Erra Fazira, Mas Idayu bersama seorang juri jemputan akan mengadili setiap artis-artis yang terbabit. Kami berharap program ini mampu memberi keseronokan dan hiburan kepada semua penonton seperti mana mereka menikmati program-program nyanyian kami yang sebelumnya  seperti Big Stage dan Gegar Vaganza. Kami juga berharap program ini dapat membawa kembali kehangatan artis-artis yang kita gemar dahulunya dengan perwatakan dan bakat mereka yang terkini, juga memberi peluang kepada penonton untuk menyokong kerjaya mereka yang baharu.” 


Selain daripada ‘Karaoke Superstar’ yang diyakini akan menarik perhatian semua penonton, kami turut mempunyai program terbaharu ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program bergenre game show misteri yang diadaptasi dari Korea Selatan mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam dan juga Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2021 pada 29 Mei 2022 ini. Nantikan hiburan-hiburan hebat daripada Astro yang sudah pasti akan memenuhi hari anda semua dengan keseronokan.”


KONSEP PENJURIAN ‘KARAOKE SUPERSTAR’


Nasib setiap selebriti terletak pada persembahan mereka serta peminat dalam setiap segmen. Setiap juri akan memberikan markah per seratus kepada mereka dengan pecahan markah vokal atau tempo (40%), persembahan (40%), personaliti (10%) dan bakat spontan mereka (10%) dalam setiap segmen untuk meraih gelaran pemenang pada minggu tersebut. 

Dalam segmen ketiga iaitu ‘Kuiz Karok Star’, setiap selebriti dan peminat mereka akan dinilai berdasarkan jumlah jawapan tepat yang mereka dapat dalam kuiz-kuiz yang dilontarkan oleh hos. Dengan jumlah yang paling tinggi, mereka layak untuk memenangi trofi pada minggu tersebut. 

Selebriti yang memenangi pertandingan nyanyian pada minggu tersebut akan menerima sebuah trofi manakala pemenang yang mewakili fanclub selebriti mereka akan menerima sebuah plaque untuk di bawa pulang. 


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam