Skip to main content

KERJASAMA SHOPEE X SITI NURHALIZA UNTUK VIDEO MUZIK MEDLEY KLASIK SITI 2

 [7:11 pm, 11/05/2022] King Azman: Rangkaian lagu kanak-kanak klasik berjudul Medley Klasik Siti 2 nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza, akan dapat ditonton di saluran youtube Siti Nurhaliza, pada 9 Mei 2022, pukul 9 malam. Penghasilan video muzik Medley Klasik Siti 2 ini telah mengukuhkan lagi kerjasama beliau bersama Shopee.


Kerjasama kedua-dua pihak ini telah bermula sejak tahun 2018 apabila Siti menyertai Shopee Celebrity Squad Malaysia dan berkolaborasi menerusi konsert mini beliau bersama Shopee pada tahun 2019. Siti juga telah dilantik sebagai duta tempatan platform Shopee semasa kempen Ramadan dan Raya Bersama Shopee pada tahun ini.


Medley Klasik Siti 2 terdiri daripada rangkaian lagu Air Pasang Dalam, Lagu Tiga Kupang, Anak Odeng dan Kalau Rasa Gembira. Lagu-lagu ini menjadi hafalan kanak-kanak generasi dahulu dan masih diperkenalkan sehingga kini.


Video muzik animasi arahan M. Husien ini menampilkan maskot Shopee, orang utan, yang bernama Sean & Sophie. Jalan ceritanya pula mengisahkan pada tahun 2170 apabila bumi tidak lagi selamat untuk didiami.





Kisah tentang seorang pemuda yang sedang bersenam di sebuah taman rekreasi hologram berpengkalan di angkasa, secara tiba-tiba beliau termasuk ke dalam satu dimensi teleportasi masa lalu di bumi. Di alam dimensi masa lepas ini, pemuda tersebut dapat melihat keindahan flora dan fauna dan juga suasana kampung yang wujud di masa lepas.


“Video muzik dalam bentuk animasi suka ditonton oleh kanak-kanak dan ini merupakan salah satu cara untuk saya memperkenalkan lagu kanak-kanak klasik kepada generasi kini,'' ujar Siti.


''Saya menghasilkan album kanak-kanak ini sebagai khazanah muzik untuk generasi kini dan akan datang dapat menghargai karya terdahulu. Saya gembira kerana dapat menerbitkan album yang boleh dijadikan rujukan pada masa depan. Lagu-lagu ini jugalah yang menjadi dendangan orang tua kita satu masa dahulu,'' tambah Siti lagi.


Dato’ Sri Siti Nurhaliza berterima kasih di atas kerjasama dari pihak Shopee untuk menghasilkan dan menjayakan video muzik ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam