SITI NURHALIZA ‘MENGAMBIL TAKHTANYA’ DI PAPAN IKLAN DIGITAL NEW YORK TIMES SQUARE
Sesuai dengan statusnya sebagai penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza akhirnya ‘mengambil takhtanya’ selepas diberi penghormatan saat wajahnya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.Penampilan Sitiyang mewakili negara Malaysia pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen EQUALoleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify. EQUALadalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupukkesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUALyang meliputi artis dari 50
negara.Siti Nurhaliza merupakansalah satuwakil bagi
senarai lagu EQUALMalaysiadanSingapura. Terdapat juga
senarai lagu terbaik
global EQUALatau the"best" EQUALGlobal
Playlist yang menyenaraikanartis-artis Equaldari serata
dunia.Pengiktirafan ini juga diberikan kepada Siti berkat kejayaan lagu
terbaharunya Lip Lap Raya sempena musim Aidilfitri ini yang meraih banyak
penstriman di wadah Spotify.
“Selepas begitu banyak detik-detik manis dalam
industri hiburan, ini
mungkin antara yang
terindah buat
saya.Alhamdulillah, sayasangat
bersyukur atas penghormatan ini. Melihat wajah
saya terpampang di salah satu tempat paling popular di dunia adalah satu
mimpi yang menjadi kenyataan. Saya sangat bersyukur diberi peluang ini seperti
beberapa penyanyi wanita Malaysia lain yang pernah mendapat kesempatan ini.
Saya harap sayaakan dapatterusmemenuhi harapan
para peminatdengan menghasilkan
lebih banyak karyayang hebat. Saya juga berharap ini akan memberi
inspirasi kepada ramai anak gadis di luar sana untuk terus berusaha dan jangan
berhenti mengejar impian. Siapalah
sangka seorang gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya satu hari nanti dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat
tempatan dan antarabangsa. Jika anda berusaha tiada yang mustahil,” jelas Siti
penuh syukur.Siti Nurhaliza bukanlah satu nama asing buat rakyat Malaysia.
Namanya bukan sahaja sudah dikenali di
tanah airnya sendiri
tetapi juga di
negara-negara jiran seperti
Indonesia,
Comments
Post a Comment