Skip to main content

Calum Scott – Heaven menampilkan Darren Espanto (Philippines) | Diana Danielle (Malaysia) Hoàng Duyên (Vietnam) | Lyodra (Indonesia) Sebuah projek khas yang bakal dilancarkan pada 9 Jun 2022

 


Lagu terbaharu penyanyi dan pencipta lagu pemenang pelbagai anugerah asal Britain, Calum Scott yang berjudul “Heaven” telah diberi sentuhan yang lebih segar dengan pembabitan beberapa bintang Asia Tenggara. Bintang-bintang pop tersohor rantau ini dari Filipina (Darren Espanto), Malaysia (Diana Danielle), Vietnam (Hoàng Duyên) dan Indonesia (Lyodra), telah merakam semula balada syahdu Calum dengan cara mereka tersendiri, namun masih mengekalkan intipati lagu tersebut. Dijadualkan untuk pelancaran pada 9 Jun 2022, empat lagu hasil kerjasama ini mengungkap perasaan jatuh cinta dengan gambaran syurgawi yang melangkaui segala perbatasan emosi.

Menampilkan beberapa bintang tersohor serantau seperti Darren Espanto, salah satu bintang pop terhebat Filipina sejak sedekad lalu, Lyodra, pemenang Indonesian Idol 2020 yang terkenal dengan suara hebatnya, Diana Danielle, pelakon dan penyanyi popular Malaysia dengan lebih enam juta pengikut di media sosial serta Hoàng Duyên, salah seorang artis Vietnam yang semakin meningkat naik.

 

Calum Scott: Saya sangat teruja dapat bekerjasma dengan artis-artis hebat ini dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam! Benua Asia memang dekat di hati saya, jadi peluang ini satu penghormatan besar. Setiap seorang artis ini telah membawa sesuatu yang baharu dalam kolaborasi “Heaven” kami ini dan saya tak sabar hendak mendengarnya.

 

Diana Danielle: Ia satu pengalaman yang sangat mengujakan kala dapat bekerjasama dengan Calum untuk lagu Heaven. Berkolaborasi dengannya untuk lagu seindah ini sambil mewakili Malaysia adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan.

Darren Espanto: Saya sangat teruja tentang Kerjasama ini. Saya dah mendengar muzik Calum sejak dia melancarkan “Dancing On My Own” selepas Britain's Got Talent. Salah satu lagu yang saya suka nyanyikan adalah “You Are The Reason”. Kini, saya berpeluang berkolaborasi dengannya untuk lagunya sendiri dan berkongsi karya ini dengan artis Asia Tenggara serantau yang lain. Saya harapa dapat mempersembahkan lagu ini secara langsung bersamanya satu hari nanti.

Hoàng Duyên: Secara peribadi saya suka mendengar lagu yang menenangkan, seperti satu bentuk penenang jiwa. Seperti Namanya Heaven adalah lagu yang sarat dengan tenaga positif. Ia satu peluang keemas an buat artis muda seperti saya. Calum dan saya telah memberikan sepenuh hati kami untuk projek ini. Kamie tak sabar untuk berkongsi lagu ini dengan anda semua. Harap anda semua bakal menyukai duet kami ini.

 

Lyodra: Saya sangat teruja untuk projek ini. Saya harap peminat semua akan menyukai lagu serta kolaborasi kami. Saya juga harapa Calum dan saya akan dapat bersmeuka secara langsung dan membuat persembahan bersama. Saya ingin berterima kasih kepadanya kerana memberi peluang untuk menyanyi bersama, ia satu penghormatan yang besar buat diri saya.

 

 

 

 

 

 

Balada penuh makna itu menampilkan bakat Calum dalam meluahkan emosi.

“Sebagai pencipta lagu, kami sentiasa mencari cara baharu untuk mengucapkan kata-kata seperti ‘aku rindu pada mu’ atau ‘aku cinta pada mu’ kata Calum, yang menulis “Heaven” bersama Hayley Warner (seorang penyanyi dan pencipta lagu kelahiran Australia yang juga pernah mencipta lagu Katy Perry dan Tori Kelly). Konsep ‘Heaven’ adalah percintaan agung antara dua insan yang tidak tergambar. Saya menyukai idea meletakkan ‘kuasa’ dalam perhubungan cinta. Ini diserikan lagi dengan lirik puitis dalam Bahasa Inggeris, “What good is life if we’re all just waiting to dance in the sky?” (yang bermaksud apa gunanya hidup jika kita hanya menanti untuk menari di langit), yang merupakan hasil satu penghargaan dalam menikmati kehidupan dengan menyerahkan segalanya pada cinta.

Setiap versi lagu ini akan dikeluarkan bersama muzik video rasmi pada 9 Jun 2022 (Khamis) jam 8pm lalu.

 


 

Comments

  1. People journey from many alternative places, generally bringing a month’s worth of financial savings, so that they can take part in these video games of likelihood and experience the casino environment. More typically than not, they leave having lost more money than they've gained, but having loved the experience nonetheless. The house edge, which is a really important part of of} the sport for gamers, can also be|can be} decided by the these metrics for a web-based casino. Gambling companies keep varieties of|these type of|most of these} statistics under gloves, therefore gamers never actually get a crystal clear idea of the particular odds, the house edge, nicely as|in addition to} payback share. Odds are decided by a number of|numerous|a selection of} yesbet88 metrics since expertise changed the gambling scene.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba