Skip to main content

Fattah Amin Mahu PADAMU Jadi Terapi Jiwa Buat Pendengar

 


Satu  demi  satu  kejayaan  yang  dicapai  pelakon  dan  penyanyi Fattah  Amin  dalam  dunia  seni  mahu  pun  kehidupan peribadi  tidakpernah  menjadikan  dirinya lupa dari mana asal usulnya.Malah  menurut  Fattah,  jika  berlaku  kegagalan  ataupun  doa  yang  belum  dimakbulkan,  sebagai hamba jangan pernah bersangka buruk kepada Allah dan teruslah melafazkan rasa syukur atas segala kurniaan ataupun ujian yang diberikan.Berpegang  teguh  kepada  prinsip  itu,  Fattah  menterjemahkan  perasaannya  itu  menerusi  single baharu berjudul Padamu hasil ciptaankomposer dan penyanyi Ikhwan Fatana dan Wan Salleh.Masih mengekalkan konsep ketuhanan untuk buah tangan terbarunya itu, pemilik namalengkap Abdul Fattah Mohd Amin ini mendedahkan lirik asal lagu itu terpaksa dirombak untuk disesuaikan

 

dengan jalan cerita yang dia inginkan.“Lagu ini mengisahkan tentang rasa seorang hamba pada pencipta-Nya  yang  sentiasa  percaya pada-Nya.“Walaupun sehebat mana kejayaan yang kita kecapi atau sedalam mana kegagalan yg kita alami, kita masih tetap rasa cinta dan syukur di bawah peliharaan dan lindungan-Nya,”.“Melodi asal lagu ini sebenarnya dicipta oleh Ikhwan. Cuma liriknya telah diubah semula setelahsaya  berkongsi  dengan  Universal  Music  mengenai  hala  tuju  dan  maksud  yang  saya  mahukan untuk lagu terbaru saya itu.“Selepas mendengar kisah yang saya diceritakan, Ikhwan selaku penulis lirik telah mengubah semula  senikata 

 

berdasarkan  mesej  yang  ingin  saya kongsikan itu,” kata penyanyi berusia 31 tahun itu.Dilihat cukup selesa merakamkan lagu berunsur ketuhanan, suami kepada aktres terkenal, Nur Fazura  Sharifuddin  ini  menyifatkan  lagu  sebegini  mampu  menjadi  terapi  jiwa  kepada  mereka yang mendengar.“Selepas melancarkan beberapa buah lagu berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan, sayasekali lagi terdetik untuk berkongsi rasa dalam lagu yang masih mengekalkan genre yang serupa.“Cuma kali ini saya menggunakan khidmat komposer dan penulis lirik yang berbeza.  Bagi  saya lagu sebegini mampu menjadi terapi diri.

 

“Contohnya untuk pendengar lain termasuk pada kita yang juga hamba-Nya  supaya  sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan dan sentiasa beringat supaya tidak lupa dan alpa dalam menjalani kehidupan seharian,” pesan aktor tinggi lampai ini. Berkongsi pengalaman di studio, Fattah meluahkan rasa syukur kerana proses rakaman lagu itu berjalan lancar.“Saya amat berterima kasih dengan Wan Salleh yang banyak membantu saya ketika proses rakaman berlangsung,” ungkapnya.Antara  lagu  bergenre  kerohanian  yang  pernah  dirakamkan  Fattah  adalah  Kiriman  Agung,  Sinar Selawat dan Hamba.Mengulas  pembikinan  muzik  video  (MV)  lagu  ini,  Fattah  mengakui  berdepan  cabaran  untuk menghasilkannya berikutan tarikhnyabertembung ketika umat Islam sedang membuat persiapan untuk menyambut

 

Lebaran.“Lagu ini dilancarkan di semua pelantar digital pada April lalu iaitu berdekatan tarikh perayaan Aidilfitri. Disebabkan itu timbul cabaran apabila lagu ini terpaksa bersaing sedikit dengan lagu-lagu raya.“Bagaimanapun kami tidak tidak melihat perkara itu sebagai satu halangan kerana bagisaya yang penting adalah mesej dan rasa yang saya nak sampaikan pada pendengar. “Walaupun pembikinan MV lagu ini sedikit lewat kerana sayamahu ia dilancarkan selepas hari raya,saya tetap  berpuashati dengan hasilnya yang nampak ringkas tetapi bermakna,” ujar Fattah. MV Padamu sudah boleh ditonton di saluran Youtube rasmi penyanyi itu mulai 9Jun lalu

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam