Skip to main content

RAZZUAN CABAR DIRI MENJADI PENYANYI, LANCAR SINGLE AKUR

 


Dalam  industri  hiburan  tanah  air, Razzuan  Roslibukanlah orang baharu. Langkahnya bermula sebagai pelakon dan pernah menyertai program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2019.Di  pentas  lakonan  juga  dia  berjaya  membuktikan  bakat  dimiliki  selain  berjaya  mengumpul peminat tersendiri.Namun,  cabaran  baharu  buat  Razzuan  Rosli  apabila  dia  berjinak-jinak  pula  dalam  bidang nyanyian. Maka, lahirlah single berjudul AKURterbitan Universal Music Malaysia yang mana hasil ciptaan Shah, Tam Cobain, Sin Syim dan lirik oleh Sulu Sarawak.Menurut Razzuan, lagu AKURsudah siap dirakamkan pada 2020. Pun begitu pelancarannya ditunda tiga kali ekoran situasi semasa dalam negara membabitkan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).“Sebenarnya lagu ini sudah siap dirakam pada 2020.

 

Jadi perancangannya enam bulan selepas rakam, nak dilancarkan. Tapi tiba-tiba PKP 2.0, jadi tunda dulu. Kiranya, sampai tiga kali juga ditunda untuk dilancarkan.“Pada masa itu saya fikir mungkin ada sebab dan hikmah semua ini berlaku. Mungkin kalau lancar pada masa itu, saya sendiri tak yakin boleh menyanyi secara langsung pada masa itu sebab saya bukannya penyanyi yang bagus sangat, jadi perlukan banyak latihan.“Jadi  sepanjang duatahun  ini  sayateruskanberlatihdan sekarang  ini  sudah  ada  keyakinan untuk menyanyikan lagu ini secara langsung,” katanya.

 

Dalam masa sama, Razzuan berkata merakamkan single sulung itu adalah pengalaman yang cukup berharga dalam hidupnya.“Menjalani proses rakaman antara salah satu pengalaman yang menarik dalam hidup saya. Sebab tak  pernah  tengok  orang  buat  rakaman  lagu,  malah  jauh  sekali  nak  lalui  situasi merakamkan lagu sendiri. Jadi, masa nak rakam lagu ini ia pertama kali masuk studio.Saya macam jakun sikit, dan baru tahu macam ni keadaan dalam studio.“Selalu menyanyi di karaoke kita dengar suara kita. Tapi dalam studio bila nyanyi, dengar dalam telinga saja. Kalau salah sebut, atau salah ‘key’,

 

dengar dengan jelas kesalahan itu. Pelik lah juga sebab tak biasa.“Proses rakaman mengambil masa satu hari. Susahlah juga untuk saya, sebab saya bukan penyanyi.  Malah  menyanyi  pun  untuk  suka-suka. Pendek kata, ‘a bit struggle’ untuk saya siapkan lagu ini, tapi saya seronok dengan perjalanan ini,” katanya.Begitu juga ketika proses rakaman video muzik(MV)lagu AKUR, menurut Razzuan ia berbeza dengan penggambaran drama yang selalu dia buat.“Proses rakaman MV, berbeza kalau kita terbabit denganpenggambaran drama atau projek berkaitan lakonan. Untuk MV ini saya kena ‘miming’ pula dan bagi ekspresi. Pengalaman paling tak boleh lupa adalah ‘shoot’ dari pagi sampai jam 6 pagi keesokan harinya, memang satu hari.“Sampai  semua  orang  penat,  tapi  tetap  bagi  komitmen  tinggi,  terima  kasih  pada  semua pasukan produksi,” katanya.Pun   begitu,   setiap   cabaran   dilalui   Razzuan   sepanjang   menyiapkan   lagu AKURini memberikannya ilmu baharu terutama dalam bidang muzik kerana.

 

“Pengalaman bekerja dengan indivdu terbabit  dalam  penghasilan  lagu  Aku  ini,  ia  pun  satu pengalaman baru untuk saya. Sebab tak pernah terbabit dengan mana-mana individu dalam bidang muzik.“Saya mengikuti kelas vokal, bila orang terangkan, saya lambat sikit nak faham dan buat. Selepas tu kena tanya balik. Macam bekerja dengan Taja pula, dia berikan banyak ilmu baru sebab saya pertama kali rakamkan lagu dan melalui bidang muzik ini, ia benda baru,” katanya.Berkongsi mengenai lagu AKUR, Razzuan berkata lagu itu menceritakan bagaimana pasangan kekasih terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat dalam perhubungan mereka.“Pada saya, memandangkan ini adalah single pertama saya, ia menarik dan ada tarikan tersendiri.  Lirik  lagu  juga  memainkan  peranan  yang  mana  penggunaan  perkataan  yang digunakan bukan sering digunakan di luar.“Lagu ini

 

 

 

 

mengisahkan mengenai kisah cinta dan perhubungan yang putus di tengah jalan. Jika  mengikut  jalan  cerita  lagu  ini,  si  wanita meninggalkan  kekasihnya  kerana  nak  sambung belajar. Lelaki itu terpaksa terima dan akur keputusan dibuat. Wanita itu juga akur terpaksa tinggalkan  kekasih  demi  sambung  belajar  dan  masa  depan.  Lagu  ini  kena  pada  sesiapa  saja  yang melalui situasi di mana terpaksa akur dengan apa yang berlaku.“Harapansaya besaryang mana orang boleh terimalagu inidengan baik. Apatah lagi ini ‘baby’ pertama saya dalam muzik. Jadi saya harap orang boleh mendengar dan menyanyi bersama sekali lagu ini. Sebab lagu ini ada korus yang ‘catchy’dan mudah didendar. Orang kata lagu ini ‘easy listening’dan boleh diterimabaik,” katanya.AKUR sudah  tersedia  di  semua  platform  digital  seperti  Spotify,  Apple  Music,  Joox,  KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Razzuan Rosli bermula 28 Mei 2022

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam