SIQMA FEATURING AFIF TIRMIZIE, HARAP MAGIS BINTANG

 


ama penyanyi dan rapper Siqma sudah meniti di bibir peminat lantaran rap yang disampaikan memiliki rentak dan gaya tulisan berkonsepkan ritma atas puisi. Sekaligus menjadikan Siqma berbeza daripada kebanyakan rapper seangkatan dengannya.Malah, populariti diraih Siqma, 27, atau nama sebenarnya Rahmat Zulhilmi Abdul Razakmenerusi lagu-lagu ciptaannya sendiri yang dikongsi di YouTube sejak 2017sudah cukup membuktikan dia memiliki kelompok peminat tersendiri.Pernah   melancarkan   beberapa   single   antaranya   Salam   1001,   Cemas,   Raja   Simurgh   dan Dipinggirkan, Siqma kini muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul BINTANGberkolaborasi bersama penyanyi Afif Tirmizie.Siqmajuga  pencipta  lagu

 

BINTANGbersama Kmy  Kmo  yang  diterbitkan  oleh  syarikat  rakaman Universal Music Malaysiaberkata, lagu itulebih kepada cinta, memori dan duka seseorang.“Pada mulanya idea asal lagu BINTANGini mengisahkan mengenai pandangan kehidupan saya sebagai seorang anak kepada keluarga tetapipadasaat akhir proses penulisan lagu ini saya fikir saya perlu ubah sudut pandangan saya ke arah lebih luas dan jadikan lagu ini lebih universal.

 

SIARAN MEDIA“Maka, saya memilih tema lebih kepada cinta, memori dan duka seseorang kepada apa sahaja yang pernah dialami dalam kehidupannya untuk dijadikan kekuatan mahupun pengajaran untuk terus kuat menghadapinya. Saya cuba menjadikan lagu ini sambungan kepada lagu Dipinggirkan yang diterbitkanoleh Malique Ibrahim sebelum ini,” katanya.Menurut Siqma, proses penulisan untuk bahagian korusdan ‘bridge’ lagu BINTANGagak mudah.“Alhamdulillah, proses penulisan lagu ini berjalan lancar dan mudah dengan dibantu  oleh  Kmy Kmo. Cuma di bahagian verse sedikit sukar dan mengambil masa untuk saya pilih, gabungkan dan selarasakan dengan korusdan ‘bridge’yang sudahkami buat,” katanya.Jika sebelum ini Siqma sering

 

berkolaborasi bersama rakan rapper lain, menerusi laguBINTANGdia memilih penyanyi lain iaitu Afif yang juga guru vokal.Malah, bagi Siqma pemilihan Afif tepat selain banyak membantu dalam memudahkan lagi proses rakaman vokal dan video muzik.“Saya pilih Afif kerana sememangnya dia mempunyai suara yang sedap, sesuai dengan lagu ini dan dia seorang yang profesional. Jadi senang untuk kami bekerjasama.“Alhamdulillah,  ketika  proses  rakaman  lagu semuanya  berjalan  dengan  sempurna. Proses rakaman  suara  disempurnakan  di  JK  Music  Vibe  oleh  Johan  Samsudin,  dan  Mixing  Master disempurnakan oleh Felix Voon.

 

SIARAN MEDIA“Begitu juga ketika rakaman video muzik. Penggambaran dijalankan di tiga lokasi dan mengambil masa satu hari tetapi segala proses rakaman sangat mudah dengan kerjasama dan tenaga yang diberikan  olehpasukan  produksi, artisdan bakat  lain  yang membuatkan  saya berasa seronok sehingga tak terasa sedikit letih pun,” katanya.Sama seperti lagu yang pernah dilancarkan sebelum ini, Siqma berharap BINTANGdapat diterima baik pencinta muzik tanah air biarpun di sebalik penghasilan lagu ini dia berdepan cabaran.“Cabaran  yang  amat saya rasakan  adalah  ketika  penulisan  verse.  Ini  kerana  setiap  yang  ingin dituliskan   perlu   saya   rasa   dan   ingat   kembali   setiap   saat   yang   pernah   saya   hadapi.   Itu membuatkan saya rasa sedikit berat pada awalnya untuk menyambung penulisan verse Bintang. Malah  ada  juga saya hampir  terfikir  untuk mengubah  lagu ini, tetapi  alhamdullillah  semuanya selesai.“Jadi, untuk lagu BINTANG ini, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi seperti mana ada saya

 

katakan dalam lagu ini‘sudah ciptakan harapan dibalas radiasi’ yangmana kadang kala harapan yang  tinggi  boleh  menjatuhkan  kita  semula  dengan  kekecewaan. Pendek  kata,lagu  ini  tiada sebarang harapan hanya sekadar lagu yang ingin saya kongsikan kepada pendengar,” katanya.Sementara itu, Afif yang pertama kali bekerjasama dengan Siqma memuji kolaborasi mereka yang disifatkan sesuatu yang profesional.“Alhamdulillah,  ini  satu  kolaborasi  yang  sangat  baik  dari  awal  perbincangan  sehingga  selesai segala urusan. Bekerjasama bersama Siqma, dia seorangyang professional, sungguhsantai dan ‘flexible’dalam segala perbincangan,” katanya.

 

SIARAN MEDIABerbeza dengan Siqma, Afif mengakui cabaran ketika merakamkan lagu ini disebabkan masalah teknikal. “Antara cabarannya ialah semasa sesi rakaman vokal yang dilaksanakan sebanyak dua kaliatas sebab  teknikal  yang  tak  dapat  dielakkan.Semoga lagu BINTANG ini mendapat  tempat  dihati pendengar, dimainkan di merata platform dan menjadi siulan sentiasa,” katanya.Lagu BINTANG sudah  dilancarkan  di  semua  platform  penstriman  muzik  sejak  10  Jun lalu  dan video muzik rasmi Bintang bakal dilancar dan ditayangkan pada 17 Jun ini, jam 9 malam di saluran YouTube Siqma

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!