Skip to main content

AWESOME TV UMUM PELANTIKAN DUA JAWATAN KANAN UTAMA



 

Awesome TV hari ini mengumumkan pelantikan dua ahli

pengurusan kanan syarikat yang terbaharu berkuatkuasa 1 Julai 2022 dengan objektif utama

untuk memacu hala tuju strategik syarikat khususnya dalam beberapa bidang kritikal

terutamanya perkara berkaitan dengan pembangunan dan pengaplikasian teknologi,

pembangunan informasi serta pelaksanaan fungsi dan kecekapan operasi syarikat secara

keseluruhan.

Ts. Mazlan Mahdi dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Awesome TV yang mana beliau

akan mentadbir dan menyelaras aktiviti-aktiviti operasi dalaman syarikat khususnya hal-hal

berkaitan dengan pembangunan infrastruktur teknologi, ‘regulatory’ (kawal selia) dan juga

pengurusan 'stakeholders’ (pihak yang memiliki kepentingan). Dalam pada itu, Dato'

Yushaimi Maulud Yahaya pula menggalas jawatan Ketua Editor Berita 757 yang mana

beliau akan menerajui segmen kewartawanan Berita 757.

Ts. Mazlan Mahdi memiliki pengalaman lebih dari 20 tahun dalam lapangan penyiaran

melibatkan projek berkaitan pembangunan, pelaksanaan, pengoperasian infrastruktur digital

TV. Beliau dipertanggunggjawabkan untuk menerajui pelbagai projek berimpak tinggi dan

terlibat secara langsung dengan pembangunan infrastruktur teknologi untuk stesen-stesen

penyiaran negara seperti MYTV dan Astro. Selain itu, beliau aktif dalam membangunkan kod

teknikal buat Malaysia melalui MTSFB serta penerbitan kandungan multimedia dan muzik.Ts.

Mazlan merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. dan

bertanggungjawab menentukan hala tuju syarikat dalam usaha memacu agenda Projek


2


Pendigitalan Negara untuk mentransformasikan industri penyiaran negara dari analog ke

digital.

Dato’ Yushaimi pula memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam industri media negara,

khususnya di bidang kewartawanan. Beliau diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai

peranan editorial dan jawatan kanan di bahagian pengurusan. Sebelum ini, Dato’ Yushaimi

telah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi NSTP selepas mengemudi

bahagian operasi editorial Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times untuk kedua-

dua segmen digital dan penerbitan tradisional sebagai Ketua Pengarang NSTP selama

beberapa tahun. Beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarang Malay Mail dan

merupakan Penasihat Media Kumpulan Redberry Group.

Kedua-dua Ts. Mazlan Mahdi dan Dato’ Yushaimi melaporkan diri kepada Ketua Pegawai

Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas.


Kami yakin, pelantikan Ts. Mazlan Mahdi sebagai Ketua Pegawai Operasi bakal membawa

Awesome TV ke satu tahap peralihan baharu yang mampu membantu pertumbuhan prestasi

syarikat ke arah kecemerlangan. Pengalaman beliau khususnya dalam bidang

telekomunikasi dan penyiaran digital boleh digunapakai dalam pembangunan operasi

Awesome TV seterusnya membantu menentukan hala tuju syarikat yang lebih berinovasi dan

berteknologi tinggi.

Dato’ Yushaimi pula merupakan seorang tokoh yang sangat dihormati dalam kalangan

pengamal kewartawanan dan pengalaman serta pengetahuan beliau dalam menerajui

syarikat-syarikat penerbitan utama negara seperti Kumpulan NSTP dan Malay Mail Sdn. Bhd.

sudah tentu boleh dimanfaatkan dengan keberadaan beliau mengemudikan ’team’ Berita

757 ini. Saya percaya, dengan ’track record’ yang beliau miliki, Dato’ Yushaimi bersama

’team’ berita sedia ada mampu meletakkan Berita 757 sebaris dengan pemain arus perdana

yang lain di Malaysia dalam sedikit masa sahaja lagi.”


Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas

berkata, syarikat berbesar hati mengalu-alukan

kedatangan saudara Ts. Mazlan Mahdi dan Dato’ Yushaimi

Yahaya, masing-masing sebagai Ketua Pegawai Operasi

Awesome TV dan Ketua Editor Berita 757. ”Kami di

Awesome TV begitu teruja dengan pelantikan dua ahli

pengurusan kanan yang terbaharu syarikat ini. Kedua-

duanya membawa bersama mereka bertahun-tahun

pengalaman dalam bidang masing-masing.


Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak turut

mengulas, ”Awesome TV yang dilancarkan pada

tahun 2020 dilihat berada di landasan yang betul di

mana kami berjaya merekodkan sejumlah 1 bilion

tontonan terkumpul setahun, dan kami yakin jumlah

ini akan terus mencatatkan pertumbuhan positif

dengan adanya saudar Ts. Mazlan dan Dato’ Yushaimi

menyertai keluarga ini, mengemudikan lapangan

masing-masing.


3


Kami akan pastikan peralihan ini berjalan lancar dan prestasi keseluruhan operasi syarikat

dapat dipertingkatkan, seterusnya mengalakkan pertumbuhan pasaran dan menjadikan

Awesome TV sebagai sebuah stesen penyiaran pilihan utama rakyat Malaysia.”

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam