DUA DRAMA HEBAT HIASI SLOT DRAMATIX DAN DRAMEDI DI AWESOME TV Jalan cerita segar bertemakan kisah fantasi cinta dan komedi romantik menjadi taruhan sebagai pelengkap malam hari yang menghiburkan




 Istimewa buat peminat drama Melayu tempatan, saluran stesen

televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV dengan berbesar hati membawakan

dua buah naskhah baharu menampilkan karya asal dengan genre yang berbeza yang

dihidangkan secara berselang-seli untuk menghiburkan penonton secara eksklusif di

platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) sepanjang Julai ini.

Drama bersiri ‘Impian Lara’ terbitan Darkwave Pictures Sdn Bhd yang mengangkat genre

fantasi cinta telah mengisi slot Dramatix pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.00

malam. Ia mengisahkan tentang dua pari-pari adik beradik, Lara dan Lia yang melarikan diri

ke bumi kerana Lara dipaksa untuk berkahwin. Drama 18 episod arahan Hadith Omar ini

dibintangi oleh Reen Rahim yang membawa watak sebagai Lara, Fikry Ibrahim sebagai Andy,

Hanna Aqeela sebagai Lia, Mustaqim Bahadon sebagai Acoi, Marissa Yasmin sebagai Queen

Cahaya, Sherie Merlis sebagai Kenchana, Didi Astillah sebagai Bainun, Qi Razali sebagai

Marakas, Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Munirah, Iman Zulkarnain sebagai Mahrujum,

Riz Amin sebagai Putera Arjuna, Faizul Syaharin sebagai Azman dan Shakilla Khoriri sebagai

Kella serta ramai lagi.

Manakala drama ‘Reen Putus Cinta’ terbitan CTG Vision Sdn. Bhd. yang mengetengahkan

genre komedi romantik pula bersiaran pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 8.30

malam. Ia mengisahkan tentang Reen yang sering gagal dalam percintaan. Kegagalan

tersebut turut berpunca daripada sifat Personaliti Obsessif Kompulsif atau ‘OCD’ yang ada

pada dirinya selain sering menerima nasihat yang salah daripada rakan-rakanya. Drama 12

episod ini turut mendapat sentuhan pelakon popular Zul Huzaimy selaku pengarah serta

turut diserikan dengan kehadiran barisan pelakon seperti Reen Rahim, Yulia, Natasha,

Beego, Fahrin Ahmad, Datin Maria Farida serta ramai lagi. Dato’ Rosyam Nor, Hazama,


2


Azhar Sulaiman, Johan As'ari, Zain Saidin, Nizam Jentik-Jentik, Soffi Jikan, Luqman Hafidz,

Ammar Titan, Mustaqim Bahadon dan Along Eyzendy juga terlibat sebagai penampilan

istimewa dalam rantaian bersiri ini.


Sehubungan dengan itu, buah tangan terbaharu Awesome TV menerusi naskhah ‘Impian

Lara’ dan ‘Reen Putus Cinta’ yang bertemakan kisah fantasi cinta dan komedi romantik telah

dipilih untuk menghiasi slot drama sebagai pelengkap malam hari yang menghiburkan.

Berbeza dengan drama cinta yang biasa disajikan kepada penonton sebelum ini, keunikan

naskhah ‘Impian Lara’ terletak kepada konsep kisah fantasi cinta santai dengan suntikan

elemen magis yang sering diketengahkan dalam drama Korea atau istilah lebih dekat, K-

Drama. Penceritaan kisah cinta fantasi seperti ini pastinya memberi kelainan kepada para

penonton. Manakala kisah ‘Reen Putus Cinta’ pula menampilkan penceritaan ringan tetapi

padat dengan elemen ‘feel good’ yang menyeronokkan.

Semoga kedua-dua buah drama ini diterima baik sekaligus mencipta fenomena yang

tersendiri di kalangan peminat drama Melayu tempatan. Selamat menonton!”.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM