Skip to main content

GERAK KHAS UNDERCOVER MUSIM 2 LEBIH MENCABAR DAN PENUH AKSI MENDEBARKAN!



 Gerak Khas Undercover musim kedua kembali dengan kes-kes jenayah yang lebih mencabar dan penuh dengan aksi mendebarkan. Barisan pelakon hebat seperti Erra Fazira, Salina Saibi, Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Dato’ Rosyam Nor, Farid Amirul, C. Kumaresan, Sheera Iskandar, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim dan Elizabeth Tan tentunya membuatkan penonton terpaku di hadapan televisyen. 


Drama bersiri penuh aksi lasak, Gerak Khas Undercover Musim 2 telahpun mula disiarkan pada 24 Jun 2022, setiap hari Jumaat pukul 10.30 malam. Drama berbentuk penyiasatan dan kepolisian ini merupakan terbitan Skop Production dan merupakan arahan bersama Syafiq Yusof, C. Kumaresan dan Faizal Yusof. Ia mengisahkan tentang anggota undercover dalam menjalankan tugasan risikan dan penyamaran dalam menyelesaikan masalah kes jenayah yang berleluasa. Inilah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh anggota ini bagi memastikan masyarakat kita sentiasa berada dalam keadaan selamat. 


Menerusi episod pertama dan kedua, pasukan unit khas yang dipimpin oleh ACP Zamri (Dato’ Sri Eizlan Yusof) berusaha menjejak ketua sindiket pengedar dadah yang paling dikehendaki. Rita (Ruzana Ibrahim) telah menyamar sebagai gelandangan untuk mengumpul maklumat. Sementara itu, Zaki (Dato’ Aaron Aziz) dan Hafiz (Raja Afiq) pula hampir terkena tembakan curi dari seorang lelaki yang tidak dikenali. Berkat kerja berpasukan dan penyamaran itu, pasukan undercover ini berjaya menangkap Bob Tompo, ketua sindiket tersebut dan dia juga yang telah menembak Zaki dan Hafiz.


Episod minggu ini semakin menarik bertajuk “Proksi”. Ia mengisahkan tentang seorang suspek lelaki (Nordin Ismail) berjaya melarikan diri dengan bantuan rakannya ketika serbuan polis, namun ia menjadi tanda soal kerana polis menemui mayat suspek tidak jauh dari lokasi serbuan dengan dua kesan tembakan. Pasukan undercover mendapat maklumat tiga suspek lelaki mempunyai hubungan dengan si mati. Kumar (C. Kumaresan) dan Lim (Farid Amirul) diarahkan membuatkan penyamaran bagi mengesan aktiviti jenayah itu. Tisya seorang usahawan wanita kini dipantau oleh pihak polis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan Nordin kerana dia dilihat berjumpa dengan si mati sebelum kejadian. 


Pada masa yang sama, berlaku konflik antara ASP Zaki dengan Inspektor Hafiz, atas kecuaian Hafiz dalam menjalankan tugas. Ini membuatkan hubungan mereka berdua semakin renggang. mampukah Hafiz menembus kesilapanya dan berjayakah pasukan undercover dalam membongkar sindiket jenayah yang berluasa? Semuanya terjawab dalam Gerak Khas Undercover musim 2 pada setiap jumaat, 10.30 malam hanya di TV3.


Untuk informasi terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. Bagi perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 



####





Untuk pertanyaan media, sila hubungi:




Farina Ashrudin

: HP 019 663 4584

farina@tv3.com.my

Lee Chai Yin

: HP 012 902 7510

lcyin@mediaprima.com.my

Nurin amaliya 

: HP 012 654 1413

nurinamaliya@gmail.com

Lieu lui meng

: HP 018 765 8736

lui.meng@tv3.com.my   



Mengenai TV3

Stesen No. 1 Negara yang telah beroperasi sejak tahun 1984 telah menerbitkan rancangan pelbagai genre yang sering mendapat tempat tertinggi dan kandungan yang tidak dapat dilupakan. Antaranya adalah drama bersiri – 7 Hari Mencintaiku 2, Kampung People, Takdir Yang Tertulis, Kekasih Hati Mr Bodyguard, Cukup Derita Itu dan Sabarlah Duhai Hati. Rancangan Anugerah – Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah Drama Sangat. Rancangan Realiti – Vokal Mania (VM), I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY), Lagu Cinta Kita (LCK) dan Master In The House Malaysia (MITHM).


Program tunggak utama TV3, Buletin Utama secara konsisten mengekalkan kadar penonton harian tertinggi, sementara saluran YouTube TV3 @TV3MALAYSIAOFFICIAL adalah salah satu saluran YouTube yang paling banyak dilanggan di Malaysia, di mana penonton dapat menstrimkan program TV popular TV3.


Untuk keterangan lanjut mengenai rancangan-rancangan menarik TV3, layari Facebook rasmi dan Instagram (@TV3Malaysia), saluran YouTube (@TV3Malaysia Official), atau tonton menerusi myFreeview CH103, Astro CH103, unifi CH103, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV. 


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam