JERANGKUNG DALAM ALMARI




Minat yang mendalam terhadap filem-filem seram telah mencetuskan idea buat pengarah Shadan Hashim untuk menghasilkan filem Jerangkung Dalam Almari. Tambahan pula, filem seram juga dilihat antara genre yang cukup diminati serta sering mendapat sambutan hangat penonton.

Shadan berkata “Melihat kepada keadaan semasa, adakalanya saya agak terganggu apabila menyedari perbuatan syirik masih lagi dilakukan segelintir masyarakat dan kerana itu saya harus mengutarakan isu ini”.

“Pada masa sama, saya adalah penggemar filem-filem seram dan Jerangkung Dalam Almari ini dihasilkan sebagai memberi penghormatan (pay homage) buat pembikin- pembikin filem seram yang saya gemari.” ujarnya.

Sebelum ini, Shadan pernah menghasilkan sebuah filem seram iaitu Volkswagen Kuning, selain bergelar sutradara menerusi filem Haru Biru dan Cinta 200 Ela.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem berkenaan, Shadan berkata filem dari syarikat produksi Akid Productions Sdn. Bhd dan penerbit Raja Azmi itu, menceritakan tentang tiga orang adik-beradik yang membiarkan syaitan bermaharajalela di dalam dada mereka sehingga berdendam dan prasangka terhadap diri masing-masing. Ujarnya, walaupun ini ialah sebuah filem genre seram tetapi mesej kekeluargaan ialah tunjang kepada jalan cerita filem tersebut.

Tambahnya, untuk filem berkenaan yang terkesan akibat pandemik dan menjalani penggambaran selama 26 hari itu, dia perlu menampilkan sesuatu yang luarbiasa kerana hantu jerangkung itu sendiri memang jarang sekali diangkat di layar lebar berbanding kisah hantu lain seperti pontianak, orang minyak dan hantu raya.

“Bila mendapat peluang ini saya bertanya pada diri, bagaimana untuk menghasilkan sebuah filem seram yang baik, tanpa adegan klise seperti wanita terapung, melekat di dinding atau menjerit apabila ayat-ayat al-Quran dibaca, seperti kelaziman filem seram yang lain?


“Jadi ia mencabar kreativiti saya untuk menghasilkan adegan seram yang lebih mencemaskan, menunjukkan cara yang lebih kreatif untuk mengatasi ancaman jin dan yang paling mencabar ialah untuk memunculkan makhluk jerangkung itu sendiri,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia cuba mencari identiti filem seram yang dekat dengan masyarakat dan percaya penonton akan terhibur dengan jalan cerita yang menarik serta elemen- elemen “surprise” yang terdapat dalam filem Jerangkung Dalam Almari.

“Pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Adiputra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Effendi memberikan lakonan berkualiti dan faktor ini juga pasti akan menarik penonton ke pawagam,” ujarnya.

Filem Jerangkung Dalam Almari bakal menghantui penonton di pawagam seluruh negara mulai 4 OGOS 2022.

SINOPSIS

Kehidupan Fikri (Dato’ Adi Putra) tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya Shikin

(Sophia Albarakbah) dan anaknya (Isaac Iman). Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.

 BARISAN PELAKON

Dato' Adi Putra Sophia Albarakbah Hasnul Rahmat Wan Hanafi Su Anne Abdullah Isaac Iman

Zaidi Omar

Fazlina Ahmad Daud Amerul Effendi

sbg Fikry

sbg Shikin

sbg Ali

sbg Pak Hassan sbg Kak Itah sbg Adam

sbg Wak Ipin sbg Hamidah sbg Ramdan

 Terbitan: Akid Productions Sdn Bhd

Dengan Kerjasama: Northstar Prodigy Pictures Penerbit: Raja Azmi

Penulis dan Pengarah: Shadan Hashim

DOP: Indra Che Muda MYSC

Muzik: Trabye

Lagu tema: Jerangkung Dalam Almari (Wings)


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!