24 Jejaka Malaysia Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022

 



Pencarian  jejaka  idaman  Malaysia  telah  bermula dengan  pengenalan  rasmi  24  finalis  pertandingan  Mr  World  Malaysia  2022  yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM).Pertandingan  ini  yang  bertujuan  untuk  mencungkil  bakat  baharu  dan  mempelbagaikan portfolio  bakat  di  bawah  naungan Celebrity360,  sebuah  agensi  pengurusan  bakat  UM dan  seterusnya  memilih  pemenang  yang  akan  mewakili  Malaysia  di  pertandingan berprestij global  Mr World 2022  yang dijangka  akan  diadakan di United Kingdom pada hujung tahun ini.“Kami sangat teruja memperkenalkan barisan peserta tahun ini yang muda dan berbakat daripada  pelbagai  latar  belakang  yang  mewakili  hampir  semua  negeri  di  Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Universal Music Malaysia berharap melalui projek seperti Mr  World  Malaysia,  kami  dapat  mengukuhkan  lagi  portfolio  bakat  kami  di  samping mengembangkan segmen yang berbeza selain nyanyian dan lakonan,” kata Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia.Pada majlis pengenalan kepada sidang media yang diadakan di citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang, media dan pengkritik industri pertandingan ratu cantik telah diperkenalkan kepada 24 jejaka yang akan bersaing untuk merebut gelaran tersohor ini di mana mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang portfolio termasuk doktor, doktor gigi, ahli farmasi, pelakon, chef, usahawan, barista, jurulatih kecergasan dan banyak lagi.

 

2Turut hadir bersama adalah penaja rasmi utama Mr World Malaysia 2022 termasuk JD Sports,  Lingtea,  Living  Young  Aesthetics  dan  Cookx  manakala  rakan  kongsi  termasuk Number76  (salon  rambut),  MakeUp  Miracle  (juru  solek)  dan  Star  Fitness  (pusat kecergasan).Kim juga berkata, "Kami amat berbesar hati mengalu-alukan penaja serta rakan kongsi untuk bersama kami dalam menjayakan acara yang sangat unik ini dan terus mendokong bakat baharu yang bakal membawa nama Malaysia bersama jenama tempatan ke pentas dunia kelak."Orang ramai dijemput ke program temu mesra bersama kesemua 24 finalis yang akan diadakan pada 28 Ogos ini di Pavilion Bukit Jalil di mana pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk  peluang  memenangi  tiket  ke  acara  gala  akhir  yang  dijadualkan  berlangsung pada bulan September.Berikut  adalah  senarai  24  finalis  Mr  World  Malaysia  2022  (di  halaman  muka  surat seterusnya):

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM