Skip to main content

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) KINI KEMBALI .


 Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) hari ini telah melancarkan edisi ke-23 Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah paling berprestij dalam industri seni muzik tanahair di mana pembukaan tempoh pencalonan, syarat kelayakan dan kriteria untuk setiap kategori yang dipertandingkan juga telah diumumkan. Majlis pelancaran tersebut, yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur amat dinantikan setelah sekian lama AIM menyepi sejak 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM23, En. Rosmin Hashim mengumumkan bahawa RIM buat julung kalinya berkolaborasi bersama penyiar rasmi, Astro bagi penganjuran majlis anugerah AIM23 tahun ini. Rancangan anugerah utama akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Astro RIA dan ERA yang bakal diadakan pada hari Ahad, 11 September 2022 pada jam 9.00 malam (Karpet Merah pada 8.30 malam).

“Kami amat teruja untuk menganjurkan AIM yang ke-23 selepas sekian lama menyepi dan juga amat gembira melihat industri muzik tempatan menuju ke arah pemulihan selepas tempoh pandemik. Sudah agak lama pengamal industri muzik tempatan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya, terutamanya penghormatan yang diperolehi dengan memenangi anugerah AIM. Sejak 1993, AIM telah dikenali sebagai Anugerah Grammy Amerika yang setaraf di Malaysia, satu-satunya persembahan anugerah tempatan yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada pengamal industri muzik tempatan termasuk penyanyi,
 komposer, penulis lirik, penerbit dan jurutera bunyi, berdasarkan merit dan kualiti di samping membantu merangsang kreativiti dan kecemerlangan dalam penciptaan muzik yang boleh menembusi pasaran antarabangsa”, kata Rosmin Hashim, Pengerusi RIM dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM23.

“Terdapat perubahan besar dalam cara muzik digunakan dan didengari oleh orang awam. Untuk mencerminkan keluasan muzik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, kami telah menambah anugerah 'Lagu Cina Tempatan Terbaik' dan 'Lagu India Tempatan Terbaik' dalam kategori anugerah utama. Kami juga telah mengembalikan semula kategori ‘Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Asing’, manakala kategori ‘Lagu Paling Banyak Dimuat Turun’ telah digugurkan memandangkan penggunaan muzik pilihan orang ramai adalah melalui penstriman”, tambah Rosmin.
Beliau kemudiannya mengumumkan perkara berikut berkenaan dengan tempoh pencalonan, kriteria kelayakan, kategori anugerah dan kaedah penghakiman:

  Kriteria Kelayakan dan Tempoh Pencalonan
Pencalonan untuk anugerah AIM 23 tahun ini dibuka untuk Lagu/Album dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan India yang telah dikeluarkan di Malaysia dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022. Tempoh pencalonan dibuka pada hari Rabu, 27 July 2022 dan akan berakhir pada hari Jumaat, 5 August 2022 jam 5.00 petang. Borang pencalonan boleh diisi dan diserahkan di https://aim.org.my/online- submission-2/.
Kategori-Kategori Anugerah
Senarai penuh 26 kategori anugerah yang dipertandingkan tahun ini ialah seperti berikut:

KATEGORI ANUGERAH UTAMA
1. ARTIS BARU TERBAIK
2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)
3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA)
4. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (BERKUMPULAN)
5. PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU
6. VIDEO MUZIK TERBAIK
7. RUNUT BUNYI (OST) TERBAIK DI DALAM FILEM/DRAMA
8. LAGU ROCK TERBAIK
9. LAGU POP TERBAIK
10. LAGU R&B/HIP HOP TERBAIK
11. LAGU POP ELEKTRONIK/DANCE TEBAIK
12. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
13. LAGU CINA TEMPATAN TERBAIK
14. LAGU INDIA TEMPATAN TERBAIK
15. LAGU MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA
16. LAGU NASYID TERBAIK
17. LAGU POP ETNIK TERBAIK
18. ALBUM TERBAIK
19. LAGU TERBAIK
ANUGERAH KHAS
20. ANUGERAH SRI WIRAMA
KATEGORI PRA-ANUGERAH
21. KULIT SINGLE/ALBUM TERBAIK
22. RAKAMAN ALBUM TERBAIK
23. RAKAMAN LAGU TERBAIK
24. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU 25. LAGU PALING TINGGI DI STRIM
         
  26. LAGU NADA DERING JUALAN PALING TINGGI
Penghakiman Anugerah
Seperti amalan bagi anugerah AIM, penghakiman untuk pencalonan yang diterima akan dikendalikan oleh panel hakim terpilih yang terdiri daripada pengamal yang dihormati dan pakar terkemuka daripada pelbagai disiplin dalam industri muzik tempatan, diketuai oleh Ketua Hakim yang dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur AIM. Markah yang diberikan oleh hakim-hakim ini akan dijadualkan dan diaudit oleh juruaudit bebas sebelum keputusan dikeluarkan dan diumumkan. Penerima anugerah pencapaian seumur hidup ‘Sri Wirama’ akan ditentukan oleh Ahli Majlis RIM. Keputusan 5 Calon Akhir AIM23 dijangka diumumkan dalam bulan Ogos 2022.

“Kami berasa teruja untuk menjadi sebahagian daripada AIM23 bagi mengiktiraf bakat-bakat luar biasa yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam industri muzik. Sebagai penyiar rasmi, ia merupakan sesuatu keistimewaan bagi kami untuk mempamerkan pengkarya-pengkarya yang telah memberi impak berkekalan terhadap industri sepanjang tahun lalu.

Astro amat kagum untuk melihat industri muzik terus berkembang hingga ke hari ini walaupun telah menghadapi pelbagai kekangan sejak dua tahun lalu.
Sebagai sebuah syarikat penyiaran terkemuka Malaysia, kami akan terus menyokong usaha-usaha yang memartabatkan industri muzik tempatan kerana AIM telah menjadi penanda aras dalam mengiktiraf bakat-bakat dalam bidang muzik untuk bertahun lamanya, termasuk penggerak dan pengolah industri, serta bintang-bintang yang sedang meningkat naik”, kata Norzeha Mohd Salleh, Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna.

“Kami berharap para peminat dan penyokong akan bersama-sama menantikan penganjuran semula AIM dengan memberikan sokongan kepada artis kegemaran mereka di Astro menerusi saluran Astro Ria (104) dan ERA. Pelanggan Astro turut boleh strim AIM23 menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.
Nantikan Anugerah Industri Muzik (AIM23) dengan persembahan-persembahan yang luar biasa daripada barisan pemuzik dan penghibur yang menakjubkan. Yang pasti, ia akan menjadi memori yang tidak akan dilupakan”, tambah Norzeha.
Untuk maklumat selanjutnya, sila lawati www.aim.org.my

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam