Iss Arffan kembali mempertaruhkan single kedua " Cinta Lenyap "



 Setelah muncul dengan Tiada Bernoktah, Iss Arffan kembali  mempertaruhkan single kedua "

Cinta Lenyap " Hasil nukilan dari saya berdasarkan pengalaman sendiri. Lagu bergenre ballad dengan

naratif lirik yang terinspirasi dari kisah sebenar tentang percintaan seorang lelaki kelainan upaya

pendengaran dan bisu sewaktu di bangku sekolah, yang mana pengakhir kisahnya telah ditinggalkan kerana  kekurangannya.

Saya benar-benar cuba menghayati sebaik mungkin melodi dan lirik “ Cinta Lenyap ” sewaktu

rakaman, sebak mengenangkan kisah dibalik lagu ini setelah membayangkan perasaan ditinggal

kekasih semata-mata kerana beliau merupakan insan Orang Kelainan Upaya (OKU). Sebuah lagu

cinta tentang harapan, keikhlasan hati yang akhirnya di persiakan " Ujar Iss Arffan menceritakan

pengalaman sewaktu merakamkan lagu ini.

Pemenang tempat ketiga Lagu Cinta Kita 2021 musim kedua yang disiarkan di TV3 ini turut

menceritakan survival seni beliau sebelum merakamkan single secara professional dibawah label

MAP Music diatas minat yang tidak bertepi didalam bidang ini.

Cita-cita sejak kecil ialah menjadi seorang pemain bola sepak sebenarnya, sehingga saya berjaya

mewakili Negeri Sarawak untuk pertandingan futsal pada usia 11 tahun. Suatu hari secara tidak

sengaja ibu saya telah mendengar nyanyian saya dan terus mengambil keputusan menghantar

saya ke Kelas Vokal yang memfokuskan kepada Irama melayu asli, dan saya terus mencuba

pelbagai perkara untuk memperluaskan lagi pengalaman seni saya dengan menyertai pelbagai

pertandingan serta turut berbusking di seluruh Sarawak. Pencapaian tertinggi ketika itu setelah

menggondol tempat ketiga didalam pertandingan lagu melayu Asli diantara sekolah seluruh

Sarawak.


PRESS RELEASE


Melihatkan bakat serta komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk terus maju didalam bidang

nyanyian, diharapkan single kedua beliau " Cinta Lenyap " akan mendapat tempat di hati para

pendengar pelbagai lapisan masyarakat. Cinta Lenyap bukan sekadar halwa telinga, malah sarat

dengan pelbagai mesej, umpamanya bahana memberi harapan dan pedihnya setelah

ditinggalkan, apatah lagi kerana kekurangan yang dialami sejak azali.

Cinta lenyap akan diluncurkan di platform digital dan streaming pada 15hb Julai 2022, semoga

cubaan kali ini mencapai jaya seperti di impikan. #cintalenyap #issarffan #singleterbaru2022


▶ Iss Arffan – CINTA LENYAP (Official MV)


FOLLOW ISS ARFFAN

» Facebook: Iss Arffan

» Instagram: issarffan_

» TikTok: IssArffan

» Twitter: IssArffan

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM