Konsert Kembara Ubat Rindu Peminat
Malam tadi menyaksikan konsert Kumpulan Kembara yang berlansung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
konsert kali ini, Kembara muncul dengan gabungan tenaga dan kehebatan Dato’ M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) .
Untuk konsert Kembara pada malam tadi Terdapat dua pemain muzik addiotional iaitu Kuzai di gitar dan Adam di keyboard . Eja dan Awe pula merupakan backing vocal. Dan
30 buah lagu dimainkan malam pada maam tadi dan Kebanyakan dari album keempat hingga ketujuh.
Disamping itu juga Pyan Habib AKA OSMAN TIKUS muncul sebagai tetamu istimewa membawakan ingatan kembali ke zaman Kembara Seniman Jalanan dengan mengalunkan puisi.
Mana kala Tribute untuk A.Ali menghimpunkan lagu-lagu medley seperti Ada Sepasang Mata, Di Perhentian Puduraya, Impian Seorang Nelayan dan Kiambang. Allahyarham A.Ali meninggal dunia pada 21 November 2022.
Menurut Dato M. Nasir tentang keistimewaan konsert malam kali ini, Istimewanya kerana ia merupakan suara satu generasi. Generasi yang saya maksudkan ialah generasi 80 an. Selain rock muzik yang keras, Kembara membawakan satu muzik yang berbeza iaitu dari segi senikata. Kembara banyak bertemakan kerakyatan dan itu ciri khas dia,”terangnya yang merupakan vokalis dan pengasas kumpulan ini.
Tambahnya, “Ini bukan muzik lama tapi muzik sekarang. Bila kita buat muzik, kita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80 an) sahaja. Dan bentuk muzik akan menjangkau generasi.”
Zoul tentang pemilihan lagu-lagu untuk malam ini:
“Kita banyak nak kena main lagu-lagu yang kita belum pernah mainkan lagi. Jadi praktis kena lebih. Tentang pemilihan lagu yang belum pernah dimainkan, istimewanya kerana lagu-lagu itu dirakamkan lebih 30 tahun. Tak disangka bila Kembara semak balik lagu-lagu kita ada, kita sendiri jadi ‘ehh lagu ni sedap’ dan patut diketengahkan sebelum ini.
Pemilihan tajuk konsert Panorama Jingga
Kita (Kembara) lahir zaman Dayabumi didirikan dan dalam gelombang kerakyatan dan politik pada waktu itu, kita lahir era itu. Kita rasa sesuai kembalikan nostalgia itu. Dan mungkin ada persamaan dengan gelombang orang masa kini.
Comments
Post a Comment