Skip to main content

‘KONSERT SYAMEL & ERNIE ZAKRI: AKU CINTA’




 Pasangan selebriti popular tanah air paling romantis iaitu Syamel dan Ernie Zakri sepakat bersatu hati untuk menghiburkan peminat-peminat kesayangan mereka dalam sebuah konsert istimewa sebagai tanda apresiasi sepanjang penglibatan dalam industri muzik, dinamakan ‘Konsert Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta’ yang direncanakan berlangsung pada 23 Oktober 2022, jam 8:00 malam, bertempat di dewan konsert serba baharu dan moden, Zepp Kuala Lumpur, dan dibawakan oleh label hiburan paling top, Rocketfuel Entertainment. “Alhamdulillah, ini merupakan impian kami berdua untuk mengadakan konsert bersama sejak sekian lamanya,” kata Syamel yang bakal mengeluarkan album sulung tidak lama lagi. Menurut Ernie yang baharu sahaja muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Hal Hebat’ nyanyian semula bersama band terkenal dari Indonesia, Govinda, “Sebenarnya idea di sebalik konsert duo ini sudah lama diidamkan oleh kami berdua ketika mula-mula muncul dengan single duet pertama iaitu ‘Aku Cinta’. “Jadi, kami bercadang untuk menamakannya Konsert Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta kerana lagu itulah menjadi titik permulaan yang menemukan kami berdua, dan melalui lagu tersebut jugalah kami dikenali sebagai pasangan duet sehingga sekarang. Selain impian pasangan bahagia ini untuk mengadakan konsert bersama, tujuan utamanya juga adalah sebagai tanda

 penghargaan terhadap peminat yang setia menyokong perjalanan seni mereka dari awal kemunculan sehingga sekarang. “Konsert ini adalah apresiasi teristimewa kami khas buat peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat buat kami berdua untuk terus berkarya dan berjuang dalam bidang seni. “Kini, setelah kebebasan untuk bekerja telah dibenarkan, kami rasakan masanya amat sesuai untuk diadakan konsert tersebut. Selain itu, konsert ini juga merupakan platform terbaik bagi kami berdua untuk beraksi di atas pentas selepas hampir 2 tahun tidak berpeluang berbuat demikian kerana keterbatasan pandemik COVID-19 yang melanda dunia,” tambah Syamel. Persiapan konsert yang kini berada pada tahap 60 peratus masih lagi giat diteruskan bersamasama pengarah muzik tersohor, Aubrey Suwito yang menjadi pilihan pasangan ini. “Ini juga merupakan impian kami untuk bekerjasama dengan pengarah muzik seperti Aubrey kerana kehebatannya dalam bidang muzik tidak perlu disangkal lagi. “Kami sudah pun memulakan sesi latihan bersama Aubrey dan sentiasa berbincang untuk memperbaiki susunan muzik untuk dari semasa ke semasa. Selain itu juga, kami giat mengadakan sesi latihan vokal bersama Datuk Syafinaz Selamat bagi memastikan kotak suara dalam keadaan yang baik dan mampu menyanyi ketika konsert nanti,” jelas Ernie. Konsert yang dianggarkan akan berlangsung selama 2 jam tanpa henti turut diiringi seramai 20 pemuzik profesional dengan

 membawakan lebih kurang 23 buah lagu kesemuanya, tergantung kepada sebarang perubahan. “Bilangan lagu yang akan kami sampaikan masih lagi dalam perbincangan kerana terlalu banyak lagu yang ingin kami sampaikan pada malam konsert nanti, jadi harus betul-betul memilihnya. “Walaupun kami berdua sinonim dengan lagu berentak balada, lagu rancak juga bakal dipersembahkan dengan koreografi istimewa, direka oleh penari profesional. “Pengunjung juga bakal menyaksikan beberapa kejutan istimewa yang akan membuat semua yang hadir tergamam, jika hendak tahu apakah ia, kenalah beli tiket segera apabila dijual nanti,” kongsi Syamel. Encik Feros Sayna, Ketua Rocketfuel Entertainment berkata: “Syamel dan Ernie adalah pasangan duet kesayangan tanah air yang sering mendapat perhatian kerana masing-masing mempunyai keistimewaan sendiri, dan apabila digabungkan, magis yang terhasil. “Saya jangkakan kesemua yang bakal hadir akan terhibur dengan persembahan bertenaga dari mereka berdua. Ini juga salah satu langkah yang diambil Rocketfuel dalam membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara secara tidak langsung. Akhiri Ernie: “Harapan saya hanyalah yang baik-baik sahaja, kerana ini dalah pertama kali kami mengadakan persembahan berskala konsert, semoga ramai yang datang menyaksikan kami dan Insya-Allah kami akan berikan yang terbaik.

 Terdapat 5 kategori tiket bermula daripada RM500 (DIAMOND), RM400.00 (PLATINUM), RM300.00 (GOLD), RM250 (SILVER) dan RM200 (BRONZE) akan disediakan kepada peminat pasangan hebat ini. Pembeli tiket DIAMOND bakal mendapat peluang untuk sesi beramah mesra bersama artis dan layak mendapatkan cenderahati eksklusif. Terdapat jugak lapan kotak VIP bagi mereka yang berminat boleh ke www.ticket@rocketfuel.com. Tiket -tiket akan mula dijual pada 15 Ogos 2022 di platform UBERTICKETS.MY. Radio No 1 Malaysia, ERA akan menjadi radio rasmi bagi konsert ini. Terdapat 3 pasang tiket akan diberikan kepada pasangan pendengar bertuah melalui peraduan ‘AKU CINTA’ yang akan bermula pada awal bulan Oktober 2022 nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam