Menanti Mu Disana Dari Iskandar Ismail
Iskandar Bin Ismail, atau lebih mesra dikenali sebagai Isk bakal mengeluarkan single terbarunya
setelah menghasilkan dua buah album sebelum ini, iaitu Menanti Mu Disana hasil nukilan Addy
Cradle sebagai Senilagu dan Jaybon sebagai Senikata.Lagu berjudul “Menanti Mu
Disana” ini mengisahkan seorang pemuda yang mengimbaukembali detik-detik bersama
kekasihnya apabila berjauhan. Dia terkenangkan nasib hubungan mereka apabila berjauhan antara
satu sama lain. Bibit-bibit percintaan dan perasaan ketika dilamun cinta pada suatu ketika dahulu tidak dapat lagi dirasai kini. Adalah lebih baik si pemuda fikir mereka berpisah sahaja demi kebaikan untuk kekasih
hatinya itu. Pada masa yang sama, pemuda tersebut turut mendoakan agar kekasihnya itu
dipertemukan dengan pengganti dirinya yang lebih baik, agar kekasihnya mampu menjadi lebih
bahagia bersama pilihan hati yang telah menggantikan dirinya suatu hari nanti.
Artis kelahiran Singapura ini merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang nyanyian yang
diceburinya. Isk pernah dinobatkan sebagai pemenang dalam suatu pertandingan kebangsaan
iaitu ‘SG Mania Singing Competition’. Isk yang gemar bermain billiard dan sukan bola sepak ini
turut memenangi acara-acara lain yang pernah disertainya iaitu, Lagu Tema Terbaik (Bingit ) Pesta
Perdana, Lagu Tema Terbaik (Anak Metropolitan) Pesta Perdana, dan Lagu Terbaik Singapura -
Anugerah Planet Muzik 2006 dan tahun 2005. Anak watan Singapura ini juga telah berjaya
menonjolkan bakat nyanyiannya apabila dia berjaya memenangi Tempat Ketiga dalam Festival
Muzik Shanghai Asian, serta mendapat Tempat Kedua dalam Acara Nyanyian Anugerah 2001.
PRESS RELEASE
Bapa borek anak rintik, itulah pepatah yang sesuai digandingkan untuk Isk dan bapa
kesayangannya, Almarhum Tuan Haji Ismail bin Abdul Rahman, seorang penyanyi yang digelar R.
Ismail. Seperti Isk, bapanya R. Ismail juga merupakan seorang yang sangat berbakat dalam bidang
nyanyian. Beliau terkenal sebagai seorang penyanyi Melayu era 1960-an dan awal 1970-an yang
sering mendendangkan lagu-lagu di radio dan TV di Malaya mahupun di Singapura. Dua orang
anaknya, Elfee Ismail dan Iskandar Ismail mengikut jejak langkah ayahnya sebagai seorang
penyanyi di Singapura dan Malaysia. Justeru, penyanyi legenda ini yakni merupakan seorang idola
buat ramai penyanyi sehingga ke hari ini. Semoga rohnya tenang dan ditempatkan di kalangan
orang yang beriman.
Single terbaru ini MENANTI MU DISANA akan diluncurkan di platform digital dan streaming pada
12hb Ogos 2022, semoga cubaan kali ini mencapai jaya seperti di impikan. #iskandarismail
#imenantimudisana #singleterbaru2022
▶ Iskandar Ismail – Menanti Mu Disana (Official MV)
https://youtu.be/ORVA2hrstYY
FOLLOW Iskandar Ismail
» Facebook: iskandar_ismail78
Comments
Post a Comment