PERSEMBAHAN DI “BETADIA NIGHT” BERSAMA ARTIS TEMPATAN ANDREW TAN DAN JESS LEE
Semenjak pintu sempadan Malaysia dibuka, Malaysia menjadi salah satu tempat pilihan
untuk artis luar negara datang buat persembahan dan terkini, superstar korea
terkenal Rain akan datang ke Malaysia untuk mengadakan persembahan bersama
artis tempatan Andrew Tan dan Jess Lee sempena “Betadia Night” pada 27 Ogos 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala
Lumpur.
Rain, superstar korea yang
cukup dikenali sebagai seorang penyanyi , penari, pelakon dan juga pengacara
pelbagai rancangan telah dijemput ke Malaysia untuk mengadakan persembahan
sejak penampilannya yang terakhir di pentas konsert di Malaysia 5 tahun yang lepas.
Selain dari Rain, turut
diundang dua penyanyi tempatan Andrew Tan dan Jess Lee yang bakal menghiburkan
pada “Betadia Night”. Andrew Tan
adalah penyanyi Mandapop yang sudah lama menceburi bidang nyanyian sejak tahun
2006 selepas memenangi pertandingan ‘Astro Talent Quest’ di Malaysia dan TVB
International Chinese New Talent Singing Championship” di Hong Kong. Pada tahun
2010, Andrew Tan mula menjadi perhatian selepas lagunya ‘Tian Hou’ mula
mendapat tempat di industri muzik Taiwan dan bermula disitu, dia terus
mengembangkan bakatnya di bidang lakonan.
Jess Lee memulakan kariernya
sebagai penyanyi setelah menjadi juara dalam pertandingan nyanyian televisyen
popular “One Million Star (Musim ke-7)” dan berjaya mengumpulkan markah
tertinggi dan memecah rekod pada pusingan akhir. Kini, dia menetap di Taiwan
bagi mengukuhkan lagi bakatnya.
Ketiga-tiga artis – Rain,
Andrew Tan and Jess Lee akan tampil persembahan dan bakal menyanyikan beberapa
lagu di “Betadia Night” pada 27 Ogos
2022, jam 8 malam di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. “Betadia Night” merupakan malam
persembahan istimewa dari bintang artis terkenal yang turut dilancar oleh hos
Betadia Malaysia.
Apa yang lebih mengembirakan
bagi peminat Rain, Andrew Tan dan Jess Lee, “Betadia Night” adalah satu persembahan percuma dimana dia membuka
peluang kepada orang awam untuk menyertai peraduan untuk mendapatkan tiket di talian
secara percuma. Untuk mendapatkan tiket percuma menonton persembahan Rain,
Andrew Tan dan Jess Lee, orang awam perlu mengikuti langkah-langkah untuk
mendaftar di dalam talian.
Untuk maklumat lanjut
tentang program “Betadia Night” dan cara mendaftar
untuk melihat persembahan secara langsung artis kesayangan anda – Rain, Andrew
dan Jess Lee di atas pentas, sila ikuti laman Facebook Betadia Malaysia di https://www.facebook.com/betadiamy/
dan http://www.betadia.asia/ untuk rebut tiket di dalam talian
sekarang.
Comments
Post a Comment