Skip to main content

PROGRAM HIBURAN TERBAHARU TV3 YANG PALING HEBAT DAN ‘WOW’!


 Terbaharu di TV3, program hiburan yang bakal menyaksikan penyanyi legenda berentap dengan bintang baharu di bawah bimbingan tiga pemenang Anugerah Juara Lagu untuk merebut gelaran ‘Terpaling Juara’. Program ini akan membuka gelanggang mulai 21 Ogos 2022, setiap hari Ahad, siaran langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. 


Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, “TV3 sangat berbesar hati untuk memperkenalkan program hiburan yang berkonsep baharu. Saya sangat yakin akan kemampuan tenaga kerja produksi dalam menghasilkan program TV yang berkualiti dan menghiburkan. Pastinya, Terpaling Juara bakal mendapat tempat di hati penonton setia TV3 dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.”


‘Terpaling Juara’ mempertaruhkan 3 kapten bersama-sama dengan 6 peserta sepanjang 8 minggu. Akim Ahmad (Juara Lagu 30 - Potret), Hael Husaini (Juara Lagu 32 - Jampi & Juara Lagu 33 - Haram), dan Naim Daniel (Juara Lagu 34 - Sumpah), merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij, Anugerah Juara Lagu akan menggalas tugas sebagai kapten, membimbing seorang penyanyi legenda dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL. Lagu - lagu popular AJL akan diberikan nafas baharu dan pasti menggamit nostalgia penonton Terpaling Juara! Siapakah bakal bergelar Terpaling Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000? 


Ifa Raziah, Hazami dan Rahmad Mega, tiga nama besar yang popular dengan genre muzik masing-masing telah menyahut cabaran untuk melakukan anjakan paradigma dalam kerjaya nyanyian mereka. Ifa Raziah dikenali sebagai penyanyi dangdut, vokal Hazami yang lunak dalam menyanyikan lagu genre balada dan Rahmad Mega pula seorang penyanyi rock yang pernah berentap di pentas akhir AJL. Apakah senjata rahsia mereka dalam menjuarai program ini, berjayakah mereka bertahan untuk bersaing dengan bintang baharu?


Shaz (Shazreen Shaharum, 26 tahun), Aqmal (Aqmal Ramdan, 26 tahun) dan Aqeesh (Aqeesh Aleeya, 18 tahun), mereka bertiga terpilih menerusi uji bakat yang berlangsung pada 2 & 3 Julai 2022. Dalam saingan hebat yang mencatatkan jumlah 380 orang peserta di sesi uji bakat, Shaz, Aqmal dan Aqeesh berjaya menempah tiket ke Terpaling Juara. Bagaimanakah mereka berdepan dengan barisan penyanyi senior yang lebih berpengalaman? 


Terpaling Juara menampilkan Haziq Hussni dan Shiha Zikir sebagai hos serta Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap. Bakal bersiaran selama 8 episod, Terpaling Juara membuka gelanggang dengan konsert pengenalan keenam - enam peserta sebelum 3 kapten mengumumkan siapakah 2 peserta pilihan mereka. Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM 100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000. 


Terpaling Juara menampilkan Vivo sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.  


Sidang produksi Terpaling Juara diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid, Ikha Arnisya Mohd Anuar sebagai penerbit eksekutif, dan Azrul Affendi Abdullah sebagai penerbit. Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara mulai 21 Ogos 2022, setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam