AIM 23: PENGUMUMAN LIMA CALON AKHIR

Acara industri muzik mengujakan yang dinantikan oleh seluruh industri muzik tempatan serta peminat muzik – lima calon teratas dalam setiap kategori anugerah untuk edisi ke-23 rancangan anugerah muzik tempatan yang paling berprestij, 'Anugerah Industri Muzik' (AIM) akhirnya diumumkan hari ini oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
Seramai 105 calon yang disenarai pendek daripada sejumlah 21 kategori diumumkan dengan pengiraan markah juri yang diaudit oleh firma pengauditan, Mazars. Proses penjurian juga ditadbirkan oleh pihak ketiga yang bebas, Macomm Management Services Sdn. Bhd.
“Kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa RIM menerima jumlah yang memberangsangkan sebanyak 650 pencalonan untuk AIM23. Sebahagiannya boleh dikaitkan dengan tempoh kelayakan 18 bulan yang lebih lama untuk keluaran lagu dan album baru dari 1 Jan '21 – 30 Jun '22 , tetapi ia juga merupakan petunjuk bahawa industri muzik tempatan berada dalam keadaan baik dan dalam perjalanan ke pemulihan selepas pandemik. Penambahan beberapa kategori anugerah baru turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan untuk tahun ini. Kami juga berbesar hati kerana proses penjurian yang ditadbirkan oleh Macomm Management Services Sdn. Bhd. berjalan lancar dengan penyertaan kumpulan terpilih penggiat yang disegani dalam industri muzik dan filem tempatan (untuk kategori 'Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama') yang menduduki panel juri” kata Rosmin Hashim, Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM23.
Beliau seterusnya menambah bahawa “proses penjurian untuk dua kategori anugerah pertama - 'Rakaman Lagu Terbaik' dan 'Rakaman Album Terbaik' berlangsung di MVM Studio pada 12 Ogos '22, diikuti dengan kebanyakan kategori anugerah lain pada 15 dan 16 Ogos '22 di Pullman KLCC. Penjurian bagi kategori anugerah 'Lagu Terbaik' yang memilih lagu terbaik daripada 8 kategori anugerah genre lagu berbeza adalah kategori terakhir yang dijuri pada 24 Ogos '22 di Timeless Studio.
“Kami juga berdukacita untuk mengumumkan penyingkiran kategori anugerah 'Lagu India Tempatan Terbaik' kerana kebanyakan lagu yang dicalonkan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, menyebabkan lagu yang tidak mencukupi untuk menduduki 'Top 5' dalam kategori ini," Rosmin mengulas selanjutnya.
Beliau turut mengumumkan nama-nama juri terkemuka yang menganggotai panel juri pencalonan AIM23 termasuk penggiat industri muzik yang dihormati seperti LY, Fauzi Marzuki dan Dato’ Acis. Mengetuai keseluruhan proses penjurian sebagai Ketua Juri adalah komposer, arranger, konduktor dan pemain
Kami hampir tiba masanya mengira hari, minit dan saat ke malam yang paling glamor di negara ini. Anugerah Industri Muzik Ke-23 akan menjadi malam untuk kecemerlangan muzik.
Astro sekali lagi menjadi rakan media RIM dalam pementasan dan penyiaran malam penuh bintang artis ini yang akan padat dengan persembahan yang tidak dapat dilupakan dan sudah tentu, para pemenang melakar detik kegemilangan mereka,” kata Norzeha Mohd Salleh, Ketua Astro Ria, Prima dan Warna.
“Astro menjanjikan gabungan persembahan artis yang eklektik dan serba boleh; daripada diva pentas yang mendapat pujian secara kritis, kepada muka baru dan segar.
Bintang-bintang akan bersinar terang dengan penyampai dari semua lapisan masyarakat, mewakili kepelbagaian industri hiburan Malaysia. Barisan penyampai yang menakjubkan ini akan memastikan malam itu berada dalam suasana yang baik,” katanya.

 “Sekali lagi, Astro ingin mengulangi dedikasi kami dalam menyokong persada muzik tempatan. Bakat tempatan adalah penting dalam memastikan kemampanan industri muzik, seperti yang kita sedia maklum dua tahun yang lalu yang telah mencabar ramai penggiat industri muzik tempatan. Dengan peningkatan bakat dan lagu-lagu inovatif yang tercetus daripada persada muzik tempatan, kami berbesar hati untuk mengatakan bahawa senario muzik tempatan berada di sini untuk kekal dan menguasai gelombang udara untuk selamanya.
“Tontoni Anugerah Industri Muzik Ke-23 pada 11 September, 9 malam melalui Astro Ria (104). Sebagai alternatif, pelanggan Astro boleh menstrimnya melalui Astro GO atau On Demand. AIM23 juga disokong oleh Astro Radio, sebagai rakan radio rasmi” tambah Norzeha.
Sila rujuk lampiran untuk senarai lengkap para juri yang mengambil bahagian panel juri AIM23.
Untuk maklumat lanjut tentang RIM dan aktivitinya, sila layari www.rim.org.my . Untuk semua urusan
AIM, sila layari www.aim.org.my.
 
   

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Datin Alyah Duta TWOMEE