Skip to main content

KECEWA BONGKAR KISAH PERIBADI YONNYBOII

 


Selepas  mencipta  kejayaan  manis  dalam  kategori  Album  Terbaik menerusi  album  Yonny  (Deluxe  Version)  di  Anugerah  Industri  Muzik  (AIM)  ke-23pada  awal  bulan  ini,penyanyi hip hop, Yonnyboii tampil dengan single baharu berjudul KECEWAyang dilancarkan di kesemua platform digital pada 23 September 2022tepat jam12 tengah malam.Yonnyboii  atau  nama  sebenarnya  Muhammad  Haqeem  Nuriman  Nor  Azrin  berkata,  Kecewa  sudah menjalani proses rakaman  sejak  dua  tahun  lalu  namunbaru  kini  dia  mengambil  keputusan  untuk melancarkannya.“Lagu KECEWAini adalah  ciptaan  sepenuhnya  oleh  saya.  Lagu  ini  siap  dirakam  dalam  satu  malam saja ketika saya dapat inspirasi mengenai kisah masa lalu serta ada mengaitkan emosi orang lain yang mungkin pernah mengalami situasi kecewa.“Jujurnya  saya  hanya  mengambil  waktu  beberapa  jam  saja  untuk  menyiapkan  demo  lagu  ini.    Selepas setahun disimpan rapi saya baru menghantar demo lagu ini kepada syarikat rakaman, Def Jam Recordings Malaysia/Universal  Music Malaysia untuk  menjalani  proses  rakaman  yang  lebih  baik dan  menjalani penggambaran video muzik(MV)KECEWA.“Alhamdulillah penantian untuk melancarkan lagu ini akhirnya tercapai dan saya sangat teruja untuk menantikanmaklum  balas  peminat  mengenai karya terbaharu  ini.  Saya  percaya  setiap  daripada  kita pernah mengalami fasa kecewa dalamhidup,”katanya.

SIARAN MEDIABagi  Yonnyboii, KECEWAmembawa  pengertian  yang  cukup  mendalam  dalam  hidup  seseorang  selain mencabar diri membawakan lagu yangtidakpernah diterokai sebelum ini.“Ketika rakamkan lagu ini saya dapat rasakan kesedihannya. KECEWAadalah  satu  cerita  yang  saya  nak sampaikan kepada semua dan saya harap pendengar dapat memahami setiap bait-bait lirik lagu ini.“Saya cipta lagu ini khas buat semua pendengar. Tunjang utama lagu ini adalah hasil  perspektif sayaserta individu yang pernah meluahkan perasaan mereka kepada saya.“Sebagai  seorang  remaja  yang  membesar  dalam  keadaan  sukardan mempunyai ‘darah  muda’ pasti mudah  beremosi kerana belum benar-benar memahami erti perasaan sehinggalah  ketika meningkat dewasa. Jadi melalui pengalamanitu terciptalah KECEWA,”katanya.Biarpun KECEWAmemberi maksud yang seakan-akan negatif, namun Yonnyboii berharap pendengar dan peminat dapat membuka minda dan jangan menghakiminya terlalu awal.“Saya berharap lagu ini dapat membuka minda para pendengar tentang topik yang dianggap sensitif. Saya hanya menyuarakan pendapat saya dan juga perasaan remaja remaja di luar sana, kita semua ada sesuatu untuk diceritakan dan ini adalah satu cerita yang saya cipta untuk semua orang dengar. Saya juga harap lagu ini akan distrim dan didengari ramai,”katanya.Menyentuh mengenai video muzik KECEWAyang bakal dilancarkan pada 4 Oktober ini di saluranYouTube Yonnyboii,  jejaka  berusia  24  tahun  itu  berkata,  dia  berasa bertuahapabiladapatkembali  bekerjasama dengan individu yang pernah menghasilkan video muziknya sebelum ini.“Proses rakaman MV ini sangat seronok sebab saya dah selalu bekerja dengan pengarah MV ini iaitu Thaqif Saadon.  Kebanyakkan  MV  saya  seperti  Salahku  dan  Aku  Itu  Aku  adalah  hasil  kerja  Thaqif.  Untuk  MV KECEWAkami berbincang   bersama-sama   daripada   sudut   idea dan   bertukar   pendapat.   Proses

SIARAN MEDIApenggambaran juga berjalan dengan mudah dan cepat. Malah kebanyakan babak yang dilakukan hanya dilakukan sekali saja.“Selain itu, menerusi MV ini juga saya dapatberkenalan  dengan pelakonyang  terbabit dalam  MV  iniseperti  “Yonny  kecil”  dan  juga  yang  melakonkan  watak  ibu  bapa  saya  dalam  MV  itu.   Sebelum penggambaran dimulakan kami saling berkenalan supaya dapat memudahkan perjalanan penggambaran dan memahami jalan cerita MV ini.“Saya juga ingin berterima kasih kepada barisan pelakon kerana mereka banyakmemberi  tunjukajar mengenaicara menjiwai watak lebih mendalam, maklumlah saya tak berapa pandai berlakon,”katanya

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba