Skip to main content

MUNGKIN INI ADALAH LAGU YANG PALING SEDIH PERNAH KU BUAT - DOLLA & NAIM DABIEL

 


Kumpulan  DOLLAyang  dianggotai  Sabronzo,  Tabby,  Syasya dan Angel meluahkan rasa teruja apabila dapat berduet dengan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34,  Naim  Daniel  menerusi  lagu MUNGKIN  INI  ADALAH LAGU  YANG  PALING  SEDIH  PERNAH  KU BUATyang  bakal  dilancarkan  di  kesemua  platform  digital  pada  30  September 2022  jam12 tengah malam.Lebih menarik, pelancaran single terbabit turut dilancarkan serentak dengan muzik video yang akan disiarkan secara rasmi di laman YouTube, DOLLAOfficial Vevo pada 30 September 2022, jam 11 malam.MUNGKIN  INI  ADALAH  LAGU  YANG  PALING  SEDIH  PERNAH  KU  BUATadalah lagu  ciptaan  Naim bersama  Adib  Hamdi sebagai  percaturan  baharukumpulan  DOLLAyang  bakal  membawakan  lagu bergenre  baladaselepas  kejayaan  lagupop  mereka  sepertiImpikan, BADdan  Berani  yang terbukti berjaya dan meraih jutaan tontonan di YouTube.Menurut  Sabronzo, lagu  iniadalah  sebuah  karya  yang  bukan  hanya  mengisahkan tentang cinta semata-mata, malahsetiap individu boleh mempunyai definisi tersendiri terhadap lagu terbabit.“Lagu ini boleh dikatakan sangat jelas dan bukan hanya berkisarkan cinta.  Walaupun lirik  dan melodinya kedengaran kearah itu, tetapisesiapa saja berhak menentukan maksud lagu ini mengikut situasi yang sedang merekahadapi.

 

SIARAN MEDIA“Namun mesej utama lagu ini adalah mengenai muhasabah diri dim

ana kita mengharapkan orang lain dapat merasai dugaan atau situasi yang sedang ditanggung. Saya akuilagu ini agak beremosi dan sedih.“Walaupun lagu ini adalah sebuah karya yang berat untuk dibawakankerana kali pertama juga kami memberanikan diri membawa genre sebegini, tapi kami bersyukur kerana dikelilingioleh insan-insan hebat ketika proses rakaman dijalankan.“Setiap  anggota  kumpulan  DOLLAdiberikan  bahagian  untuk  dinyanyikan  dan  kami  sama-sama membantu   dalam   memperkemaskan   lagi   lagu   ini   supaya   menjadi   hadiah   yang   indah buatpeminat,”katanya.Dalam pada itu, Tabby mengaku teruja apabilaDOLLAdiberi peluang bekerjasama dengan Naim, lebih-lebih lagi penyanyi berbakat besar itu tidak lokek berkongsi ilmu bagi ‘menghidupkan’lagu berkenaan supaya dapat menyentuh emosi pendengar.“Naim banyak membantu danmemberikan  tunjuk  ajar bagi  memenuhi  ekspektasi  yang diinginkan. Sebelum  rakaman  bermula kamiakan  meminta  Naim  untuk  menyanyikan  bahagian  tertentu  yang ingin ditekankan supayapeminat dan pendengar dapat menghayati lagu ini dengan penuh emosi.“Selain bantuan Naim, kami juga diajaroleh Cikgu Shafi terlebih dahulu dalam memastikan setiap bait-bait lirik yang disampaikan mengikut melodi lagu ini selain mengajar kami untuk lebih menjiwai ketika proses rakaman,” katanya.Sementara itu, Naim berkata, lagu yang ditulis sejak lebih setahun lalu itu diharapkan dapat diterima ramai memandangkan pendengar akan melihat sisi berbeza DOLLA.“Mungkin ini  adalah  lagu  paling  sedih  pernah  saya  hasilkan.  Lagu  ini  mengisahkan  semangat  yang hilang terhadap sesuatu perkara terutama berkaitan cinta. Karakter lagu ini juga sedih dan pemilihan tajuk juga saya pilihpaling mudah dan menangkap di jiwa pendengar.

SIARAN MEDIA“Lagu  ini  sudah  ditulis  lebih  setahun  setengah  dan  liriknya  sangat  mudah  difahami  setiap  lapisan masyarakat.  Lagu  ini  nak  mengajak  kita  untuk  sentiasa  mengaku  khilaf  dan  bagaimana  nak  luahkan sesuatu kepada orang. Saya gunakan bahasa yang sangat mudah dan bersesuaian dengan masyarakat sekarang.“Pada awalnya lagu ini dicipta dan sesuai dibawakan oleh penyanyi lelaki tapi dalam masa sama saya rasa ada sesuatu yang boleh ditambah bagi memberi lebih warna. Tiba-tiba saya dapat ilham sekiranya lagu ini dibawakan secara duet oleh penyanyi wanita solo atau berkumpulan.“Saya memilih DOLLAkerana  kumpulan  ini  memiliki  banyak  kelebihan  yang  belum  diterokai.  Kita sering melihat DOLLAsebagai sebuah kumpulan urban dengan kelincahan aksitarian mereka, tapi kali ini kita melihat sisi berbeza Dolla dalam membawakan lagu yang penuh emosi,”katanya.Tambah Naim,  bekerjasama dengan DOLLAtidak memberi sebarang cabaran kerana masing-masing memberikan sepenuh tumpuan terhadap karya itu.“Mereka sangat ‘gila-gila’, baik dan energetik. Saya tiada berdepan sebarang kesukaran untuk kerjasama inikerana sepanjang proses rakaman dan penggambaran muzik video kami bukan seperti sedang bekerja, lebih kepada berseronok dengan kerja yang dibuat.“Alhamdulillah lagu ini dapat disampaikan dengan baik. Saya berterima kasih kepada setiap ahli kumpulan  DOLLAkerana  berjaya  meletakkan justifikasi  yang  baik  terhadap  lagu  ini.  Saya  harap pendengar akan menyukai dan menikmati lagu ini nanti,”katanya.Ditanya mengenai  penghasilkan muzik video,  Syasya memberitahu sesi penggambaran dijalankan di Pulau Indah, Klang dan proses mengambil masa kira-kira 16 jam untuk disiapkan.Muzik video ini juga diarahkan oleh Chuan Looiyang baru sahaja memenangi kategori Muzik Video Terbaik di AIM23 baru-baru ini.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba