Skip to main content

ERNIE ZAKRI BUKTIKAN KEHEBATAN ‘HAL HEBAT’ BERSAMA GOVINDA DI MALAYSIA


 


Paduan Mantap Dua Negara Malaysia-Indonesia Temukan Penyanyi Wanita Popular Tanah Air Dengan Band Spektakuler Dari Seberang

Setelah melancarkan single hit ‘HAL HEBAT’ PADA 22 Julai 2022 yang lalu, koloberasi bersama kumpulan dari negara seberang GOVINDA, Ernie Zakri telah membuktikan penerimaan rakyat Malaysia terhadap projek istimewa tersebut. Lagu yang menjadi siulan pendengar pendengar serta sering menjadi runut bunyi bagi video percintaan dilaman sosial TIK TOK dan majlis majlis perkahwinan ini juga telah berjaya menduduki tempat pertama beberapa carta utama di radio serta online streaming di Malaysia.


Sebagaimana yang diketahui, Hal Hebat adalah single paling hit pernah dinyanyikan oleh Govinda dengan jumlah tonton menghampiri 20 juta sejak pelancarannya kira-kira 2 tahun lalu. 

Pada tanggal 22 Ogos 2022 sehingga 27 Ogos  yang lalu, Ernie Zakri bersama sama wakil daripada pihak Rocketfuel Entertainment telah diterbangkan ke Indonesia bagi mempromosikan duet tersebut di sana. “Alhamdulillah, sambutan yang di luar jangkaan saya, lagu yang diubah melodinya sedikit untuk disesuaikan dengan kehendak permintaan pendengar di Malaysia, telah pun diterima baik di negara seberang sana” – Ernie Zakri. 

Pihak MyMusic Records Indonesia telah menyusun hampir 10 acara temubual di stesyen televisyen, promosi di radio serta persembahan secara ‘live’ sewaktu rangka promosi di Jakarta serta kota besar Bandung. 

Govinda akan berada di tanah air sebagai artis jemputan khas bagi konsert sulung Ernie Zakri bersama suaminya Syamel yang berlangsung pada 23 Oktober 2022 di Zepp Kuala Lumpur. Selesai sahaja konsert tersebut, Govinda akan berada di tanah air sehingga tanggal 28 Oktober 2022 bagi mempromosikan single “HAL HEBAT’ di sini. 

Lagu ‘Hal Hebat’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba