Skip to main content

BELAGU II BAKAL DILANCARKAN PADA 27 JANUARI 2023

 



Detik yang dinanti akhirnya tiba! Penyanyi terkenal yang

juga sudah meraih pelbagai anugerah Dayang Nurfaizah atau lebih mesra dikenali sebagai Dayang
sudah bersedia untuk melancarkan album studio ke-10, BELAGU II. Album ini juga merupakan
sekuel kepada album BELAGU yang dilancarkan pada tahun 2021 yang mana album tersebut
menerima pelbagai reaksi positif malah diangkat sebagai penerima bagi beberapa kategori di
Anugerah Industri Muzik tahun lalu. Perkataan ‘Belagu’ membawa maksud menyanyi, diambil dari
dialek Melayu Sarawak merupakan sebuah album yang dibarisi lagu-lagu klasik Melayu malar segar
yang disusun semula muziknya.
“BELAGU II adalah kesinambungan dari album BELAGU yang dilancarkan awal tahun 2021 yang
lalu Tujuannya sama, bagi album kedua ini, Dayang mahu meraikan lebih banyak lagu
memandangkan kesemuanya sangat indah dan boleh dipertontonkan. Kini, dengan Budapest
Scoring Orchestra, kami berharap ia dapat menjangkau lebih ramai pencinta muzik antarabangsa”
kata penyanyi yang berasal dari Sarawak ini.
Album ini akan dilancarkan di semua platform digital bermula 27 Januari 2023 dan para peminat
sudah boleh membuat pra-tempahan/pra-simpanan/pra-tambah album ini sekarang!
Berdasarkan kejayaan BELAGU, Dayang berharap dapat terus menarik minat semua peminat muzik
menerusi satu produksi muzik yang akan menyajikan satu pengalaman menikmati muzik yang lebih
mengasyikkan.
BELAGU II dibarisi lapan (8) lagu klasik Melayu yang disusun semula berserta satu (1) lagu baharu
dan kesemuanya diiringi muzik Budapest Scoring Orchestra bersama pemuzik handalan Malaysia.
Album ini juga sekali lagi disusun dan diterbitkan oleh penerbit yang tidak asing lagi, Aubrey Suwito.
Belagu II juga diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

SIARAN MEDIA
Dayang turut menganggap album ini adalah sebagai satu cara untuknya memperkenalkan kembali
lagu Melayu klasik kepada generasi muda, dan dalam masa yang sama untuk semua yang
mendengar menghayati kembali keindahan lagu-lagu klasik ini.
“Dayang berharap agar semua peminat Dayang akan menghargai album ini dan menerima mesej
yang mahu Dayang sampaikan. Dayang mahu semua pendengar khususnya generasi muda
mengenali lantas menghargai khazanah lagu-lagu klasik Melayu kita.”
“Jika kita sendiri tidak mengangkat warisan ini, lambat-laun ia akan berkubur begitu sahaja. Dayang
anggap penghasilan album ini bukan saja satu penghargaan kepada orang-orang lama tapi juga
sebagai satu tanggungjawab sebagai anak seni.”
“Dayang berharap BELAGU II akan terus mengingatkan kita semua untuk meraikan lagu-lagu
klasik melayu warisan kita demi generasi masa hari ini dan akan datang.”- DAYANG NURFAIZAH
DAYANG NURFAIZAH – BELAGU II
Senarai Lagu:
1. Nak Dara Rindu
2. Menanti Di Ambang Syurga
3. Ketipang Payung
4. Jauh Di Mata
5. Mengapa Dirindu
6. Sejak Ku Bertemu Padamu
7. Dari Hati Ke Hati
8. Umpan Jinak Di Air Tenang
9. Rindu Menyapa (Original Song)
PRA-SIMPAN/PRA-TEMPAH/PRA-TAMBAH SEKARANG!
Spotify | iTunes | Apple Music | Deezer
Dekati Dayang Nurfaizah menerusi:
Website | Facebook | Instagram | TikTok
Untuk maklumat lanjut tentang Budapest Scoring Orchestra:

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba