Skip to main content

Francais Fantasi Legenda Kembali Dengan ‘Legenda Puteri Qaseh’ Yang Menampilkan Bintang-Bintang Baharu & A-Listers





 Dengan kejayaan telefilem ‘Legenda Puteri Bulan’ dan ‘Legenda Puteri Felora’, Astro Ceria kini membawakan siri pertama daripada francais ‘Legenda’ iaitu ‘Legenda Puteri Qaseh’. Francais ‘Legenda’ direka bertujuan untuk menjana kisah-kisah klasik fiksyen yang moden sejajar dengan perubahan waktu. Selain daripada itu, ‘Legenda Puteri Qaseh’ turut melihat francais ini dikembangkan dalam bentuk drama rantaian untuk memenuhi kehendak para penonton di pelbagai platform Astro terutamanya mereka yang menggemarkan ‘binge watching’ atau penstriman. Malah Astro Ceria akan memperkasakan genre penceritaan yang turut merangkumi genre superhero untuk tahun 2023 demi memperkukuhkan posisi Astro Ceria sebagai destinasi saluran tempatan utama untuk kanak-kanak dan golongan muda di negara ini.

Menerusi penceritaan 9 episod ‘Legenda Puteri Qaseh’ berkisarkan seorang gadis bernama Qaseh berhati mulia yang mendapat tahu bahawa dirinya merupakan seorang puteri dari kerajaan KayaJaya. Dengan kemangkatan kedua orang ibu bapanya, kini kerajaan tersebut diperintah oleh bapa saudaranya, Raja Sulung. Qaseh dibawa kembali ke istana Kayajaya untuk menjalani kehidupan

  1

 

    sebagai seorang puteri. Dalam menjalani kehidupan baharunya, Qaseh berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran demi mengembalikan kebaikan ke kerajaan KayaJaya.

‘Legenda Puteri Qaseh’ diterajui bintang baharu yang semakin bersinar di persada seni kita Qasrina Qarim sebagai Puteri Qaseh, nama yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan media sekarang, Daniel Fong sebagai Laksamana Andika dan Bella Dowanna sebagai Laila, rakan karib Puteri Qaseh. ‘Legenda Puteri Qaseh’ juga dibintangi para pelakon A-lister Norman Hakim sebagai Raja Sulung serta penampilan istimewa Datin Lisa Surihani sebagai Pemaisuri Kalsom dan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Raja Budi. Manakala runut bunyi berjudul ‘Takkan Mengalah’ dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Saksikan ‘Legenda Puteri Qaseh’ bermula 9 Januari setiap hari Isnin pada jam 9 malam di Astro Ceria (Saluran 611). Tayangan episod pertama turut merupakan tayangan istimewa dengan tontonan ulung berdurasi satu jam yang padat dengan penceritaan permulaan siri ini. Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box dengan Pek Entertainment. Whatsapp "Nak ASTRO" ke 03- 9543 3838.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Farah Fauzana Zainol Kamar

Pengurus Kandungan Kanak-Kanak Astro

“Kisah fantasi begitu sinonim dengan golongan muda di mana minda usia sebegini begitu reseptif terhadap imaginasi yang tiada batasan. Tatkala usia beginilah, kebanyakkan mereka ingin melayari pengembaraan dunia yang berelemenkan magis dan fantasi. Bahkan, hiburan Hollywood tidak pernah henti dari menghasilkan kandungan-kandungan seperti ini dengan interpretasi penceritaan berdasarkan pergerakkan masa dan budaya popular di kalangan segmen penonton tersebut.

Di Astro Ceria, kami mempunyai kapasiti dan kemampuan untuk menjana kandungan-kandungan yang mengutamakan kandungan positif dalam membentuk generasi yang senantiasa mahukan kandungan yang lain daripada lain dan dipenuhi dengan elemen fantasi yang berimaginatif tinggi. ‘Legenda Puteri Qaseh’ berpaksikan pemodenan kisah klasik fiksyen yang

menerapkan elemen self-discovery serta girl empowerment di kalangan mereka pada usia muda dan menggalakkan mereka menguatkan jati diri.

Bukan itu sahaja, barisan pelakon ‘Legenda Puteri Qaseh’ terdiri daripada mereka yang baharu serta berpengalaman. Qasrina merupakan antara pelakon di negara kita yang ramai anak-anak muda memandang tinggi terhadapnya. Dia merupakan idola positif dan pesona Qasrina sesuai membawa watak Qaseh yakni tunggak utama siri ini. Kami turut memperkenalkan wajah-wajah baharu, Daniel Fong yang memegang watak Laksamana Andika dan Bella Dowanna sebagai Laila, rakan karib

      2

 

    Puteri Qaseh. Kami kagum dengan dedikasi dan komitmen mereka. Manakala, kami terharu dengan penglibatan Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim yang membuat penampilan istimewa dalam siri ini. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton pasangan suami isteri popular ini bersama di skrin.

Akhir sekali, jangan pernah henti bermimpi kerana mimpi itu boleh menjadi realiti. Kami berharap agar generasi muda terinspirasi dengan ‘Legenda Puteri Qaseh’ yang sarat dengan penceritaan positif dalam dunia yang penuh dengan imaginasi dan fantasi. Nescaya, Baik Hati Cerminan Diri.”

Shamyl Othman

Penerbit Eksekutif, Red Communications

“Apabila Astro Ceria datang kepada Red Communications untuk menerbitkan siri seterusnya francais Legenda, kami tahu bahawa projek ini pasti akan datang dengan beberapa cabaran. Tetapi dengan tunggak utama merupakan seorang wanita muda, kami tidak teragak-agak untuk menyahut cabaran tersebut. Kami merasakan siri ini bakal memperkasakan lagi ramai gadis-gadis muda serta menjadi pengalaman tontonan yang harus ditonton oleh seisi keluarga.

Menerusi ‘Legenda Puteri Qaseh’, kami mahu menceritakan kisah seorang remaja perempuan yang mempunyai hati baik namun aspirasinya diduga. Dia masih mampu mencari kekuatan dalam dirinya untuk menghadapi cabaran mendatang. Kisah ini turut menceritakan bagaimana dia mengetahui asal-usulnya yang berasal dari dunia fantasi kami, KayaJaya. Kami menyelit kisah-kisah cabaran yang ramai pasti dapat kaitkan diri mereka.

Qaseh mengharungi pelbagai onak dan duri untuk membuktikan kemampuan dia sebagai seorang puteri.

Mereka yang berniat buruk mahu Qaseh gagal dengan memaksanya berkompromi dengan prinsip hidupnya iaitu kemuliaan hatinya. Perjalanan Qaseh turut didukung oleh sahabat-sahabatnya, Bella, Zaindaya dan bapa, Hidayat. Qaseh juga mendapat sokongan laksamana kacak, Andika.

Kami berharap agar pengembaraan dunia fantasi ini mampu menarik minat bukan sahaja golongan kanak-kanak, mahupun remaja tetapi juga seisi keluarga. Perjalanan Qaseh pasti akan menyentuh hati mereka yang menonton.”

PECAHAN WATAK SIRI ‘LEGENDA PUTERI QASEH’

      Qasrina Karim Bella Dowanna Norman Hakim Aziz M.Osman Daniel Fong

Puteri Qaseh

Laila

Raja Sulong Hidayat Laksamana Andika

3

 

    Chelsia Ng

Satthiya Kandi

Chew Kin Wah

Datin Lisa Surihani Datuk Yusry Abdul Halim

Che Sri Chan Lee Za Zaindaya

Tabib Chan Teck Tuck Permaisuri Kalsom Raja Budi

 SINOPSIS SIRI ‘LEGENDA PUTERI QASEH’

Qaseh, seorang penjual nasi lemak yang baik hati, terpaksa mencari jalan untuk bebaskan ayahnya, Hidayat, yang telah ditangkap kerana mencuri. Qaseh, bersama temannya, Laila, mendapatkan bantuan ajaib dari Tabib Chan. Dengan kuasa sakti Tabib Chan, Qaseh dan Laila bertukar pakaian ala-ala orang istana dan berjaya menyelinap masuk ke Majlis Hari Keputeraan Raja Sulong. Namun, ketika mencari ayahnya, Qaseh 'tertarik' dengan Gong Diraja Ajaib yang hanya boleh berbunyi bila dipukul oleh kerabat Diraja KayaJaya. Apa yang Qaseh tidak tahu ialah gong ini bakal mengubah hidupnya selamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam