Skip to main content

SELAGI KU ADA SATUKAN KHAI BAHAR & NABILA RAZALI

 



 

Penyanyi Khai Bahar dan Nabila Razali membuka tahun
baharu dengan buah tangan istimewa buat peminat mereka menerusi lagu duet SELAGI KU
ADA.
SELAGI KU ADA juga merupakan runut bunyi bagi drama Kerana Cinta Itu Ada (lakonan Nabila
Razali & Aedy Ashraf) merupakan ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi Amylea
Azizan. Drama Kerana Cinta Itu Ada sedang bersiaran di Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga
Jumaat jam 7 petang.
SELAGI KU ADA merupakan lagu duet kedua Nabila Razali selepas melancarkan Tak Ingin Usai
bersama penyanyi sensasi dari Indonesia, Keisya Levronka dan tujuh single sebelum ini,
manakala lagu duet ke tujuh bagi Khai Bahar.
Kata Nabila, dia bersyukur projek istimewa itu berjalan lancar dan gembira dengan respon
luar bisa peminat walaupun sebelum lagu ini dilancarkan secara rasmi.

Alhamdulillah, saya bersyukur rancangan untuk menghasilkan lagu duet berjalan lancar. Juga
berterima kasih kepada Khai yang sudi untuk menjadi rakan duet saya.”
“Saya harap lagu ini dapat diterima peminat kami dan disukai pendengar muzik tempatan,”
ujarnya.
Nabila dan Khai Bahar ditemui pada majlis pelancaran SELAGI KU ADA di Dadi Cinema,
Pavilion pada Rabu.
Sementara itu, Khai pula berkata, ini merupakan kolaborasi yang sememangnya ditunggu-
tunggu.
“Alhamdulillah, ini adalah kolaborasi yang saya nantikan dan bersyukur semuanya berjalan
seperti dirancang.”
“Pertama kali dengar lagu ciptaan Amylea membuatkan saya teruja dan berharap peminat
juga dapat jatuh cinta dengan lagu ini,” ujarnya.
SELAGI KU ADA berkisahkan tentang pasangan yang terpaksa berjauhan dan merindukan satu
sama lain setelah satu krisis yg telah memisahkan mereka berdua. Namun selagi masih ada
waktu mereka akan cuba untuk kembali bersama.
Muzik video SELAGI KU ADA telah menjalani penggambaran selama dua hari di sebuah resort
di Janda Baik, Pahang dan diarahkan sendiri oleh pengarah drama Kerana Cinta Itu Ada iaitu
Azri Izhar.
SELAGI KU ADA merupakan kolaborasi 4 syarikat iaitu Nabila Razali Entertainment, Global
Keynote, Alternate Records Sdn Bhd & Grateful Music Entertainment dan diedarkan oleh
Universal Music Malaysia.
Lagu & muzik video rasmi SELAGI KU ADA boleh di strim dan ditonton di semua platform
streaming bermula 11 Januari 2023 di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment.

Single SELAGI KU ADA boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music,
Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 11 Januari lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam