ALYPH MEMBERIKAN ‘CHECK’ UNTUK 2023 SELEPAS MENUNAIKAN KEJAYAAN DI TAHUN 2022




tahun baharu ini selepas lagu tular ‘SWIPE’, yang berjaya mengembangkan namanya dengan
penuh jaya tahun lalu. Kini, ‘CHECK’, sebuah karya yang ditulis, diterbit dan dipersembahkan
sendiri oleh bintang hip hop itu, dilancarkan di semua platform digital di bawah Def Jam South
East Asia.
‘CHECK’ merupakan sebuah lagu yang ALYPH harap dapat “mengingatkan orang ramai untuk
sentiasa ‘check’ atau memastikan diri sendiri,” jelasnya.“Untuk melaksanakannya bukanlah
dengan menetapkan segalanya di dalam ‘kepala’ sendiri – tapi anda juga harus memastikan
persekitaran, tenaga dan orang di sekeliling anda sama-sama searah dan sependapat.”

SIARAN MEDIA
Tidak dinafikan, belum ramai artis hip-hop Asia Tenggara yang sudah mengecapi loncatan
kerjaya seperti ALYPH. ‘SWIPE’ telah mencipta suatu fenomena serantau saat ia dilancarkan –
lagu itu telah mengumpul lebih tujuh juta putaran di YouTube dan lima juta penstriman di Spotify.
Dan ia bukanlah semata-mata kerana kualiti lagunya yang hebat tetapi juga rentaknya yang
rancak.
Semestinya, ia menjadi fenomena tular di platform TikTok, sehingga menjadi inspirasi para
selebriti serta ahli poiltik yang mengikuti trend di aplikasi itu. Jadi apa selepas itu? ‘CHECK’,
sebuah lagu yang bukan sahaja mempunyai harapan berdasarkan keyakinan dari ‘SWIPE’, ia
mengalir dengan penuh pesan kebijaksanaan serta penilaian yang datang bersama bertahun-
tahun pengalaman yang sudah dikumpul ALYPH dalam berkarya.
Dengan rentak trap yang bernuansa kelam namun kemas, ALYPH berkongsi senarai semakan
mental yang memastikan fikirannya sentiasa berada di tempat yang betul.
Rentaknya mengalir mudah – sambil dirinya cuba memastikan atau ‘check’ teman-teman
disampingnya, suasana persekitaran dan juga refleksi sendiri lelaki di dalam cermin, lagu ini
mengingatkan bahawa risiko bahaya itu sentiasa ada, jadi dia tidak boleh tersilap langkah.
“Check member kenapa vibe dia pelik / Check check, dia nak apa yang ku milik,” rapnya berbunyi.
‘CHECK’ ditulis lama sebelum ‘SWIPE’ dihasilkan – seolah-olah ALYPH sudah dapat melihat
kejayaan lagu SWIPE yang bakal menjana kecemerlangan lagu CHECK pula.
ALYPH juga tahu cara mengumpulkan pasukan yang sesuai untuk setiap projeknya – selepas
bertahun-tahun bekerjasama dengan ramai bintang, keputusan ALYPH bergerak solo berjaya
menampilkan sisi terbaiknya selain mempertajamkan lagi bakatnya di bawah bimbingan dan
persahabatan pihak lain.
“Kini, saya hanya bekerja keras untuk menyiapkan sebanyak lagu yang sempat dengan setiap
peluang yang ada,” katanya, sambil menambah bahawa 2023 adalah tahun terbaik untuk
memperluaskan fenomena yang telah dicipta melalui ‘SWIPE’. Lagipun, ada album yang sedang
disiapkan – sebuah album yang akan menampilkan lagu-lagu yang mudah dinikmati namun, tetap
mempunyai maksud yang dalam tentang erti kehidupan.

SIARAN MEDIA
“Karya-karya saya lebih konsisten sekarang dan saya harap ia akan membawa kepada sebuah
projek di hujungnya. Saya perlu membina katalog saya sendiri – ia memerlukan kerja yang
banyak!”
Untuk menghasilkan karya muzik yang berterusan ia memerlukan kerja yang banyak –
semestinya ia harus dilaksanakan dengan fikiran yang tenang dan tenaga yang wajar. Kejayaan
‘SWIPE’ hanyalah sekadar satu pengesahan, namun kerja tetap bersambung. “Kadangkala ini
membantu saya untuk mengetahui bahawa saya sedang melakukan sesuatu yang betul,”
katanya.
CHECK kini boleh distrim di semua platform digital. Strim di sini. Video muzik lagu ini boleh
ditonton di YouTube bermula 10 Februari, jam 9 malam


tahun baharu ini selepas lagu tular ‘SWIPE’, yang berjaya mengembangkan namanya dengan
penuh jaya tahun lalu. Kini, ‘CHECK’, sebuah karya yang ditulis, diterbit dan dipersembahkan
sendiri oleh bintang hip hop itu, dilancarkan di semua platform digital di bawah Def Jam South
East Asia.

CHECK merupakan sebuah lagu yang ALYPH harap dapat mengingatkan orang ramai untuk
sentiasa ‘check’ atau memastikan diri sendiri,” jelasnya.Untuk melaksanakannya bukanlah
dengan menetapkan segalanya di dalam ‘kepala’ sendiri tapi anda juga harus memastikan
persekitaran, tenaga dan orang di sekeliling anda sama-sama searah dan sependapat.”

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!