Skip to main content

SEE MY LEVEL, ASYRAF NASIR FT KOWACHEE HEBAT!



 Dunia hip hop tempatan terus meraih perhatian pencinta muzik
tanah air terutama dalam kalangan generasi muda. Tidak terkecuali memeriahkan genre ini adalah
bintang hip hop yang kian mencipta nama, ASYRAF NASIR.
Dia yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan hip hop, RapStar anjuran stesen radio Era, ASYRAF
NASIR berjaya mencuri perhatian penggemar muzik tempatan dengan beberapa lagu dan projek
kolaborasi.


Selepas muncul dengan single 2PAI (2021) dan Hati Terbaik (2022), ASYRAF NASIR kini
mempertaruhkan sebuah karya yang dijangka akan mengukuhkan lagi nama serta kedudukannya
dalam industri iaitu lagu berjudul SEE MY LEVEL.
ASYRAF NASIR berkata, lagu hasil ciptaan Shazee Ishak itu mampu menjadi sebuah 'lagu tema' untuk
setiap orang yang sudah bertungkus lumus untuk mencapai tahap yang tinggi dalam perjalanan hidup
mereka.


“Lagu SEE MY LEVEL adalah lagu untuk mereka yang ada 'standard' yang tinggi, seperti tagline yang
dipopularkan oleh Diva AA (Azwan Ali). Kami iaitu saya, Shazee, dan Kowachee bersemuka di dalam
studio untuk lebih mengenali apakah perkara yang dialami oleh seorang 13 tahun pada zaman
sekarang.


“Di era digital ini mungkin orang zaman sekarang lebih matang dan cepat memahami mengenai
pelbagai perkara. Satu benda yang saya sedar, Kowachee sangatlah matang bagi umur dia. Macam
bersembang dengan orang 20 tahun. Tapi antara perkara yang kita faham sebagai seorang insan yang
dah lama dan muda dalam industri hiburan ini, ada masa yang dia rasa tak boleh nak masuk sama
pemikiran dengan mereka yang sama umur dengannya.
"’Susah betul nak relate’ adalah kata-kata yang pertama dikeluarkan ketika lagu ini ditulis dan memang
padan kenyataan ini dimulakan dalam lagu,” katanya.
Biarpun masih usia remaja, ASYRAF NASIR menyifatkan Kowachee seorang penyanyi yang cepat yang
‘tangkap’.


“Kowachee orang yang cepat tangkap. Sebagai orang baru kiranya dalam bidang rap, dia ni memang
faham mengenai penyampaian dan 'flow' dalam rap. Kadang-kadang orang dewasa pun tak dapat nak
capai pemahaman yang cekap seperti itu.
“Proses rakaman agak seronok sebab penerbit, Shazee seorang yang suka membawa keluar yang
terbaik dalam setiap penyanyi, jadi dia memang berkali-kali mintak kita rakam semula. Bagi saya ia
bagus, sebab kita cakap mengenai ‘level’ atasan yang berkualiti, maka ia perlu dilihat dalam hasil kita
juga,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman bekerjasama dengan semua pihak yang menjayakan lagu dan video
muzik SEE MY LEVEL, ASYRAF NASIR berkata masing-masing memberikan aura bertenaga.
“Kita saling menjaga tenaga masing-masing. Sebab satu hari padat dengan penggambatan dari awal
pagi hingga malam. Saya rasa yang paling memberangsangkan adalah bila kita ada Diva AA datang ke
set sebagai penampilan istimewa.


“Sememangnya tuan punya badan bagi tagline 'SEE MY LEVEL' pun berada di set, memang tidak
mengecewakan. Aura dia sangat kuat dan sangatlah memukau. Bagi saya dan Kowachee ini satu
pengalaman baru sebab kita nak kena samakan tenaga dengan dia,” katanya.
Sementara itu, Kowachee mengakui teruja dan paling menantikan lagu SEE MY LEVEL itu kerana dapat
bekerjasama dengan ASYRAF NASIR selain belajar menulis ‘verse’ tersendiri.
“Sesi proses rakaman agak santai. Kami berkomunikasi bersama untuk membina idea. Saya juga dapat
belajar sambil menulis lirik sendiri. Semasa proses rakaman lagu, ini pertama kali saya masuk studio.
Sebelumnya, saya ada sesi berborak dengan penerbit dan ASYRAF NASIR.
“Macam rakaman video muzik pula, alhamdulilah tidak ada pengalaman yang sukar. Semua berjalan
dengan lancar. Kru dan pasukan produksi pun sangat menepati waktu. Saya juga dapat jumpa Diva AA
dan dia seorang yang sangat baik dan lawak. Apa yang penting kami semua seronok dapat
bekerjasama,” katanya.


Menurut Kowachee, dia berterima kasih dan gembira dapat bekerjasama dengan semua pasukan yang
dianggap profesional.
“Bekerja dengan orang yang sangat kreatif dan menyeronokkan dalam video muzik adalah
pengalaman yang menarik dan tidak boleh dilupakan. ASYRAF NASIR seorang yang sangat berkarisma
dan ada aura yang gembira, jadi bila bekerja dengan dia proses menjadi seronok.
“Cuma, cabaran saya untuk penggambaran video muzik ini adalah memandangkan saya masih
bersekolah, jadi kena asingkan masa sekolah dan ASYRAF NASIR pun ada projek dia sendiri tetapi kerja
berpasukan yang ada membuatkan semunya menjadi nyata dan mudah.
“Apa pun, saya berharap peminat suka, menonton dan mendengar berulang kali lagu SEE MY LEVEL
ini. Saya juga berharap dapat banyak maklum balas positif jadi saya boleh menambahbaik untuk lagu
lain,” katanya.


Single SEE MY LEVEL boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox,
KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 3 Mac lalu, muzik lagu SEE MY LEVEL ini telah ditayangkan
secara eksklusif di saluran YouTube Defjam Malaysia pada 10 Mac lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam