Airliftz Membawa Kisah Pengembaraan Cinta Melalui “Princess Bubblegum”
Penyanyi rap, penulis dan penerbit, Airliftz kembali
menunjukkan belang dalam penghasilan karya pop
dengan single terbarunya bertajuk “Princess Bubblegum”. Dari dunia Soundcloud ke
pentas utama, Airliftz merupakan nama
yang tidak asing lagi di persada muzik tanah air. Mula dikenali sebagai bakat muda,
Airliftz meneruskan perkembangannya dengan membuka tirai buat artis
antarabangsa seperti Anderson Paak.
dan Joji serta menempa nama di festival muzik di seluruh negara sebelum dilamar
label arus perdana, RedRecords. Berbekalkan pendengar dari seluruh
Asia Tenggara, Jepun,
Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta
kolaborasi seantero nusantara, Airliftz kembali menggegarkan carta dengan perspektif
baru tentang cinta dan kerinduan menerusi lirik dan irama dalam karyanya yang terbaru
ini.
Jemu dengan formula pop generasi masa kini, Airliftz
membawakan campuran perisa dan pendekatan yang
lebih segar tentang perasaan angau ketika kemaruk bercinta menerusi treknya
ini. Dengan tajuk yang diinspirasikan
oleh watak Princess Bubblegum dari siri animasi “Adventure Time”, lagu ini
ditulis dalam dwibahasa (Bahasa
Inggeris dan Bahasa Malaysia) dan disaduri bunyian jazz, afrobeat dan R&B alternatif.
Bagi projek kali ini Airliftz bergabung tenaga bersama
artis dan penerbit serba boleh, Shelhiel untuk
merealisasikan dunia “Princess Bubblegum” dalam bentuk sebuah lagu yang
juga menjadi bukti bakat yang bertunas
di Asia Tenggara.
“Sebahagian proses pembikinan lagu ini melibatkan saya
mengenali Shelhiel dan kekuatan kami yang tersendiri
dalam bidang muzik. Bagi saya cabarannya (dalam proses menulis lagu ini) ialah
untuk saya membuka diri dan bersahaja
dalam berkarya.” kata Airliftz.
Muzik video yang menjadi komponen visual untuk karya ini
akan dilancarkan pada 26 Mei dan bakal menyaksikan Airliftz
menerokai bakatnya dalam tarian ‘ballroom’ bersama pasangan.
“Muzik video ini cukup sempurna bagi saya sebagai seorang
lelaki Melayu Islam yang mahu cuba untuk memecahkan sempadan
dalam berkarya. Ia seksi dan sensual tapi tidaklah keterlaluan.”
“Saya inginkan pendengar
untuk memahami bahawa terdapat banyak cabang muzik selain aliran perdana. Saya mahu
mereka untuk merasai getaran dan membenarkan diri untuk berasa seksi dan berkeyakinan.”, tambahannya lagi.
"Princess Bubblegum" menandakan rilisan single
keempatnya di bawah RedRecords setelah kejayaan "Not Today", "Honest" dan “Smile Strong”.
Trek ini tersedia untuk dimuat turun di iTunes dan laman strim seperti Apple Music, Deezer,
JOOX music, KKBox,
Spotify, YouTube dan YouTube Music.
Comments
Post a Comment