Skip to main content

Doakan Kami Shuib Dan Watie




Astro mempersembahkan rancangan siri mini terbaharu yang memaparkan detik-detik manis dua bakal mempelai yang akan disatukan dalam ‘Walimatulurus Shuib & Watie’. Program istimewa ini akan menemui para penonton pada 24 Jun ini di Astro Ria.


‘Walimatulurus Shuib & Watie’ akan menunjukkan perjalanan pelawak dan pengacara popular, Shuib bersama pasangan pilihannya, Watie sebelum meniti hari bahagia mereka termasuk klip-klip belakang tabir persiapan pertunangan dan perkahwinan mereka.


‘Walimatulurus Shuib & Watie’ mempunyai tiga episod istimewa yang akan bermula dengan pertemuan di antara dua keluarga buat pertama kalinya. Episod pertama ini turut akan menunjukkan majlis pertunangan mereka yang telah berlangsung pada awal Mei tahun ini.

Manakala episod dua akan memaparkan persiapan perkahwinan mereka serta temu bual eksklusif bersama Shuib, Watie, ahli keluarga mereka, sahabat handai dan rakan-rakan artis industri hiburan tentang pasangan romantis ini.


Episod tiga pula menyajikan momen-momen indah pembinaan mahligai perkahwinan bersama termasuk mengadakan majlis Khatam Al-Quran dan malam berinai di rumah keluarga pasangannya, Watie yang dihadiri tetamu-tetamu khas seperti Ustazah Sharifah Qhasif, Ustaz Tarmizi dan ramai lagi.


Astro turut akan menyiarkan kelangsungan majlis pernikahan mereka secara langsung yang merupakan antara eksklusiviti siaran walimatulurus pasangan popular ini.

“Kami rasa teruja kerana menjadi penyiar rasmi untuk majlis perkahwinan di antara Shuib & Watie. Astro sentiasa komited dalam memberikan hiburan terbaik dan kami merasakan perkahwinan 

Di antara Shuib & Watie merupakan antara perkahwinan yang dinanti-nantikan oleh peminat dan penonton”, ulas Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria.


“Pihak kami bakal memberikan pelbagai sisi romantik mempelai ini dan kami berharap agar para penonton turut terhibur dengan percintaan mereka serta mengimbau kembali momen-momen manis sehingga mereka disatukan. Pihak Astro ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu kepada Shuib & Watie”, sambung Idlan. 


Detik bersejarah penyatuan Shuib & Watie bakal dikekalkan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam rancangan ‘Walimatulurus Shuib & Watie’ yang akan ditayangkan secara eksklusif bermula 24 Jun 2023, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria. Majlis perkahwinan Shuib & Watie turut akan disiarkan secara langsung menerusi platform Gempak pada pukul 8.30 malam, 23 Jun 2023 ini. 


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam