KILLA DRIZ TAMPIL DENGAN RAP$TAR

 


 Mula dikenali dalam dunia hiphop indie dan bakal menyinar di arena
popular, bintang terbaharu di bawah naungan Def Jam Malaysia, Killa Driz muncul dengan karya yang
berjudul Rap$tar.

Killa Driz yang baru-baru ini telah ditandatangani oleh Def Jam Malaysia. Bakat Killa Driz dalam
penulisan lagu dan rap ditekankan, menunjukkan bahawa beliau mempunyai kebolehan berganda
dalam bidang ini. Beliau juga telah mendapat pengiktirafan yang signifikan sebagai seorang rapper
bawah tanah dalam arena hip-hop indie, yang membezakan beliau daripada yang lain dan menjadikan
beliau luar biasa atau istimewa.


Penyanyi rap muda yang berusia 23 tahun ini menyatakan bahawa beliau sangat gembira dapat
memperkenalkan lagu sulungnya di bawah terbitan Def Jam Malaysia.
“Lagu yang berjudul Rap$tar ini menampilkan sisi tekun saya dalam bidang yang saya ceburi. Ia
mencerminkan keinginan saya untuk bekerja keras dan menjadi lebih baik sambil mencuba meneroka
perkara-perkara baharu.


Ia juga memberi peluang kepada saya untuk meluahkan perasaan peribadi tentang ketidak pedulian
terhadap pendapat orang lain dan apa yang mereka fikirkan tentang kita. Yang penting kita terus
berusaha untuk berjaya,” ujar Killa Driz membuka bicara.


Lagu yang dihasilkan bersama Luca Sickta ini mengambil masa tiga bulan untuk selesai rakaman dan ia
turut mendapat sentuhan bintang hiphop tersohor SonaOne.
“Sona juga sempat membuat beberapa perubahan pada lagu ini selepas mendengar demonya dan
saya sangat berpuas hati dengan hasil kerjasama ini. Saya rasa inilah versi diri saya yang selama ini
ingin ditampilkan pada dunia,” tambah Killa Driz lagi.


Semestinya karya ini juga didatangkan dengan sebuah video muzik yang hebat.
“Proses rakaman video muzik sangat mudah. Saya berpeluang bekerja dengan Unfold yang mengarah
dan merakam klip video Sengkek dendangan Yonnyboi dan ALYPH. Saya memberi mereka kepercayaan
sepenuhnya untuk penghasilan video muzik tersebut. Semuanya berjalan lancar dan suntingannya juga
sangat luar biasa. Saya memang teruja untuk orang lain menyaksikannya.
Konsepnya juga agak unik kerana ia banyak menampilkan karya seni Lukis. Ada juga karya seniman
agung Van Gogh yang sempat diselitkan bersama. Konsep ini dipilih kerana saya sendiri suka melukis
sepanjang saya membesar. Ia merupakan satu lagi cara untuk meluahkan emosi selain melalui lagu.
Malah, saya juga berkesempatan untuk menghasilkan sebuah karya seni lukis sendiri selain diberi
peluang memilih karya-karya yang ingin saya tampilkan dalam lagu ini. Lukisan saya juga
mencerminkan perasaan saya serta apa yang pernah saya lalui dan bakal tempuhi. Pada saya ia sangat
lengkap.


Karya-karya seni lukis itu juga merupakan tanda simbolik tentang perasaan saya serta keinginan untuk
mendapat lebih banyak keuntungan dalam hidup. Segalanya ada makna. Saya idamkan sesuatu yang
mampu membawa kejayaan serta ketenangan dalam hidup. Sesuai dengan pesan lagu ini yang tidak
pedulikan tentang kata-kata orang lain,” jelas Killa Driz Panjang lebar.

SIARAN MEDIA
Killa Driz juga berharap supaya karyanya ini dapat diterima oleh semua yang mendengar dan mampu
membakar semangat orang lain untuk terus mengejar impian masing-masing tanpa perlu
menggadaikan keperibadian diri demi mengecapi kejayaan.
Single Rap$tar boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer
dan YouTube Music pada 16 Jun 2023, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran
YouTube rasmi Def Jam Malaysia.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL