KISAH PERJALANAN PERIBADI DALAM DUNIA SENI SUNTIK SEMANGAT KMY KMO HASILKAN 21A
KISA
melalui pelbagai onak dan duri sebelum mencapai
kejayaan yang gemilang. Begitulah mesej
yang cuba disampaikan dalam single terbaharu
penyanyi hip hop terkenal, Kmy Kmo berjudul
21A yang baru dilancarkan di platform YouTube Kmy
Kmo pada 30 Mei lalu.
Lebih mengujakan, single hasil tulisannya itu turut
berjaya memasuki tiga playlist di platform
digital Spotify iaitu Border Beats, Made in
Malaysia dan Pop Terkini! dalam tempoh sehari
selepas dilancarkan.
Pencapaian ini tentunya memberi sedikit kelegaan
kepada pemilik nama sebenar Lukmanul
Hakim apabila single solo yang mengisahkan
perjalanan peribadinya mendapat tempat di hati
pendengar tanah air.
Bercerita mengenai lagu 21A, Kmy memberitahu lagu
yang dihasilkan itu adalah luahan ikhlas
dirinya dalam menceritakan kepayahan yang terpaksa
dilalui untuk menempa nama dalam
pasaran muzik hip hop sebelum ini.
"Sebagai anak jati Kuantan yang begitu
meminati muzik hip hop saya akui perjalanan yang
saya tempoh sebelum ini adalah satu proses yang
panjang dan tidak mudah untuk saya lalui.
"Jika dulu saya perlu yakinkan bakat kecil
yang saya miliki ini untuk menambat hati pendengar
di Malaysia selain cabaran untuk menembusi pasaran
mainstream.
"Walau bagaimanapun segala pengalaman yang
saya lalui sebelum ini akan menjadi satu
cerita indah yang tidak mampu saya lupakan selain
menjadi pengajaran terbaik untuk saya
terus bersyukur dengan apa yang saya miliki
sekarang ini,"katanya.
Tambah Kmy, sepanjang penulisan lagu ini dia tidak
berdepan sebarang kesukaran kerana
lagu dan liriknya bersifat santai serta luahan hati
peribadinya.
“Tiada tekanan untuk hasilkan lagu ini berbanding
lagu-lagu yang pernah saya hasilkan
sebelum ini.
"Menerusi lagu ini saya hanya santai-santai
saja. Tambah pula, lagu ini menceritakan
mengenai luahan hati serta semangat yang ingin saya
bawa buat kawan-kawan atau kenalan
yang berasa diri mereka kerdil dalam memasuki
pasaran muzik hip hop.
"Saya sedar masih ramai bakat-bakat muda yang
kurang keyakinan diri untuk
memperkenalkan bakat mereka kerana takut dengan
anasir negatif yang mereka dengar
dalam dunia hiburan.
"Ada yang bimbang jika kehadiran mereka dalam
pasaran mainstream akan ditindas,
diketawakan, atau dipergunakan sedangkan mereka
perlu berani dan yakin dengan sesuatu
produk yang ingin ditampilkan,” katanya.
Bagi yang meminati setiap lagu hasil ciptaan Kmy
pasti pernah mendengar lagu 21A sekitar
tahun 2016 apabila demo yang dihasilkan dimuat naik
di YouTube.
Baru-baru ini, lagu Ayuh hasil paduan Kmy Kmo
bersama Malique, Aman RA dan Ernie Zakri
menjadi bualan peminat muzik hip hop apabila
menduduki tangga teratas ‘trending’ di
YouTube.
Tampil merakam dengan nafas baharu, Kmy berharap
21A yang diperkenalkan ini dapat
memberi lebih kepuasan kepada pendengar.
"Sebenarnya pada 2016, saya pernah rakamkan
lagu ini bersama seorang sahabat dikenali
Fareed. Kemudian rakaman kedua dibuat dengan versi
baharu bersama Luca Sickta sekitar
2022.
"Tujuan saya merakamkan semula lagu ini kerana
saya mempunyai perancangan dan stratergi
yang berbeza. Saya seorang yang suka mendengar
maklum balas jujur dan ikhlas daripada
pendengar.
"Ketika saya rakam lagu itu untuk album solo pada tahun 2016, namun masih belum
dikeluarkan, saya muat naik kesemua lagu di
YouTube.
"Ini kerana, saya ingin melihat maklum balas
yang jujur daripada pendengar yang sentiasa
menyokong kerjaya saya. Mereka ini semua akan
menilai lagu yang paling mereka gemari dan
daripada situlah saya tahu kekuatan setiap lagu
saya.
"Melihat respons positif daripada peminat
untuk lagu 21A ini, saya pun nekad merakam
semula lagu ini dengan versi baharu dan lebih
tersusun," katanya yang berharap lagu 21A
dapat diterima dengan baik oleh pendengar tanah
air.
21A boleh didengarkan di semua platform penstriman
digital seperti Spotify, Apple Music,
Deezer, KKBOX dan YouTube Music sejak 30 Mei yang
lalu
H PERJALANAN PERIBADI
Comments
Post a Comment