Skip to main content

KONSERT MUZIKA LAWAK NUSANTARA GABUNGKAN PELAWAK DUA NEGARA!




 IFIX STUDIO dan MESATON VENTURES dengan berbesar hati mempersembahkan acara KONSERT MUZIKA LAWAK NUSANTARA yang akan menggabungkan pelawak dari Malaysia dan Indonesia di atas satu pentas! KONSERT MUZIKA LAWAK NUSANTARA yang akan menjadi konsert komedi pertama dianjurkan, dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos 2023 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam. Acara yang akan berlangsung bermula jam 8 malam hingga 11 malam itu akan menyaksikan persembahan hebat dan mencuit hati daripada pelawak-pelawak kedua-dua negara. Antaranya, pelawak Malaysia, kumpulan Zero yang menggabungkan trio adik beradik, Sharif, Atu dan Melati, Bocey yang menggabungkan Achey dan Fad serta pelawak dari Indonesia iaitu Rina Nose, Sule dan Aziz Gagap. Pengarah Mesaton Ventures, Azroy berkata, objektif utama penganjuran Konsert Muzika Lawak Nusantara adalah untuk memberi penghargaan kepada pelawak di samping

 mengukuhkan lagi industri komedi antara kedua-dua negara. “Objektif utamanya adalah untuk menghargai pelawak-pelawak dari Malaysia dan Indonesia di mana, pelawak menjadi pemain industri yang dilihat hanya mengisi slot-slot kecil di kaca TV. “Tujuan utama penganjuran Konsert Muzika Lawak Nusantara adalah bagi mengetengahkan gabungan pelawak ini, sekaligus ingin menjadikan acara ini sebagai satu fenomena untuk industri komedi di antara kedua-dua negara. “Secara tidak langsung, gabungan ini juga akan menyatu serta mengukuhkan lagu ikatan antara kedua-dua negara,” katanya. Pengarah acara, Khairul Afizi menambah, pemilihan pelawak-pelawak yang akan terbabit dalam acara ini adalah berdasarkan prestasi mereka di arena masing-masing. “Pemilihan artis dan pelawak-pelawak ini dibuat selepas melalui sesi perbincangan dan pemilihan. Tiga nama besar pelawak Indonesia dipilih memandangkan mereka mempunyai peminat mereka sendiri di Malaysia. “Pemilihan Bocey dan Zero adalah kerana prestasi mereka yang pernah menjuarai program TV dan ini juga menjadi gabungan semula mereka di pentas yang berskala mega. Secara tidak langsung, ini

 menampakkan konsep nusantara yang ingin diketengahkan,” katanya. Pihak IFix mengumumkan pemberian Iphone secara percuma untuk peminat yang bertuah apabila hadir menonton Konsert Muzika Lawak Nusantara nanti. Harga tiket untuk KONSERT MUZIKA LAWAK NUSANTARA bermula dari RM368 (VVIP), RM328 (VIP), RM188 (Red Zone), RM188 (Yellow Zone), RM188 (Purple Zone) dan RM128 (Blue Zone).

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba