Skip to main content

Afgan dan Lyodra Berkolaborasi Lewat Lagu Berjudul “Ada”

 


Dua penyanyi bersuara merdu, Afgan dan Lyodra, berkolaborasi dalam lagu berjudul “Ada”. Lagu tersebut ditulis oleh Afgan pada tahun 2020 apabila dia menerima berita bahawa salah satu orang yang paling rapat dalam hidupnya memutuskan untuk berpisah dengan pasangannya setelah bertahun-tahun menjalani hubungan. Mendengar berita itu, Afgan merasa sedih dan memutuskan untuk meluahkan perasaannya dengan menulis “Ada” dengan harapan, mereka berdua dapat kembali bersama suatu hari nanti.

 

Pada suatu hari di tahun 2023, Afgan dan Lyodra menjalin komunikasi di media sosial. Hasrat mereka berduet kerana sama-sama mengagumi satu sama lain pun menjadi kenyataan iaitu menerusi “Ada” yang sebelumnya Afgan sempat lupa akan kewujudan lagu tersebut.

 

“Saya dan Lyodra bersama-sama mencari lagu yang sesuai untuk kita berdua, tapi tidak dapat juga. Sampai akhirnya, saya diingatkan soal lagu “Ada” yang saya tulis tiga tahun lalu. Saya memperdengarkannya pada Lyodra dan dia langsung suka. Ternyata, lagu tersebut memiliki waktunya sendiri dan lebih bagus dibawakan berdua,” jelas Afgan.

 

Ketika rakaman, Afgan sering memberi perhatian kepada Lyodra sekaligus mengarahkan vokalnya. Di satu sisi, Afgan memang ingin lagu yang melankolia namun di saat yang sama juga mahu ia dibuat sesempurna mungkin. Sebabnya, kerana “Ada” amat bermakna baginya. “Lagu ini sangat peribadi untuk saya dan saya sayang sekali pada lagu ini. Lyodra sendiri juga mahu menerokainya dan dirinya sangat menyenangkan, membuat saya yakin bahawa hanya Lyodra yang sesuai membawakan lagu ini bersama saya,” kata Afgan.

 

Rakaman video muzik “Ada” berlangsung di Tulamben, Bali, dan diarahkan oleh Bramsky. Segala-galanya yang ada di klip videonya, dari konsep hingga nada sudah lebih dibincangkan oleh Afgan dan Lyodra. Walaupun Lyodra sakit dan hampir pengsan semasa pengambilan gambar, proses penggambaran berlangsung dengan baik dan lancar.

 

Afgan adalah pasangan yang baik dan sangat merendah diri. Kami banyak berbincang tentang “Ada” dari awal sehingga lagunya dikeluarkan, bermula dari rakaman hingga klip video. Afgan memberi kebebasan pada saya untuk mencuba apa sahaja dan dia sangat menyokong tindakan saya. Proses rakaman pun menyenangkan kerana dia menemani dan mengarahkan saya. Semoga ramai suka akan lagu ini, boleh menemani hari-hari para pendengar, banyak yang merasai, dan menjadi doa bagi kalian yang tengah mengalami konflik dengan pasangan. Ingat, apa yang anda hadapi, anda akan tetap bersama. Semoga dipermudahkan langkah anda agar kita bersama menjadi lebih baik. Selamat mendengarkan “Ada” di semua platform digital!” kata Lyodra.

 

“Universal Music Indonesia sangat menyokong kolaborasi kreatif untuk mempersembahkan lagu terbaik untuk peminat dan pencinta muzik di seluruh rantau ini. Pada kolaborasi ini keunikan setiap artis memberikan warna tersendiri yang saling melengkapi dan menjadi harmoni yang sempurna,” kata Perry Parikesit, Pengarah A&R Universal Music Indonesia.

 

“Kolaborasi Afgan dan Lyodra ini adalah hadiah bagi para pencinta muzik Indonesia, terutama untuk para peminat tegar mereka, peminat Afganisme dan MyLyodra. Selain perpaduan suara keduanya yang menghasilkan rasa yang indah, pesan di lagu tersebut juga tersampaikan dengan baik. Kami harap banyak penampilan dan lagu berkualiti yang lahir dari Afgan mahupun Lyodra ke depannya,” kata Dwi Santoso, Ketua A&R (Music Production & Talent Scouting) Trinity Optima Production.

 


ADA (LIRIK)

KU TAHU

KISAH KITA SEDANG DIUJI WAKTU

SEPERTI, TAK PERNAH TERBAYANG,

KEMBALI SATU

 

NAMUN KU DI SINI

PEGANG TEGUH JANJI

BERI KESEMPATAN UNTUKKU

 

GENGGAM TANGANKU JANGAN KAU

LEPASKAN

KEMBALI PADAKU SEPERTI DULU

AKU DAN KAMU

 

DITAKDIRKAN SATU

KUYAKIN CINTAMU MASIH ADA

 

TAK PERNAH

TEBERSIT NIATKU

MENYAKITIMU

 

NAMUN KU DI SINI

PEGANG TEGUH JANJI

BERI KESEMPATAN UNTUKKU

 

INGATKAH

RASA PERTAMA DULU

SAAT KITA JATUH CINTA

 


 

Penerbit Eksekutif UNIVERSAL MUSIC INDONESIA / TRINITY OPTIMA PRODUCTION

Komposer AFGANSYAH REZA / ADRIAN RAHMAT PURWANTO / RISHANDA SINGGIH / SIMHALA AVADANA

Published by MASSIVE MUSIC ENTERTAINTMENT / SONY MUSIC PUBLISHING INDONESIA

Terbitan S/EEK Keys & Synth oleh ADRIAN RAHMAT PURWANTO / Gitar oleh DEVINZA KENDRANATA Strings oleh ERIKSON JAYANTO / Deram & Program oleh MARCO STEFFIANO & JESSILARDUS MATES

Rakaman Vokal @SEMBUNYI Std, JKT, Jurutera bunyi STEVANO, arahan BARSENA BESTANDHI, suntingan HERY ALESIS Adunan & Master oleh DIMAS PRADIPTA @SumIt! Std, JKT Dolby Atmos

Mastered by DIMAS PRADIPTA ©UNIVERSAL MUSIC INDONESIA/TRINITY OPTIMA PRODUCTION 2023

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba