Skip to main content

ANGAN UNTUK BERTEMU DENGAN JEJAKA IDAMAN, AMANDA AMRY KONGSIKAN DALAM LAGU PERTAMANYA BERJUDUL ‘SANG PANGERAN’




 Seorang pelakon, model dan pencipta kandungan media sosial (content creator), Amanda Amry, 20 tahun melancarkan single sulungnya yang berjudul ‘Sang Pangeran’. Nama panggilan yang manis, Amanda juga telah mula menceburi dunia model sejak usia 5 tahun, malah telah membuat penampilan sulung di skrin menerusi klip video lagu ‘Sayangi Dirimu’ oleh Nur Fazura ketika berusia 12 tahun. Sejak itu, Amanda aktif dalam bidang lakonan dan telah membintangi dalam satu drama ‘Kau Cipta Kasih’ bersama pelakon utama yang lain seperti Nazim Othman, Uyaina Arshad, dan Fify Azmi.

Walaupun sibuk dengan dunia lakonan dan permodelan, Amanda juga turut berminat dalam bidang nyanyian. Pada awalnya, Amanda membuat kandungan sosial media (content social media) sehingga telah dilamar oleh pihak Sony Music Malaysia. Hasil dari minatnya dalam bidang nyanyian kini menglancarkan single pertamanya yang bertajuk Sang Pangeran pada tahun ini.

Single sulungnya yang bertajuk ‘Sang Pangeran’ (Bahasa Minangkabau) mengisahkan tentang impian untuk memiliki seorang Putera atau dalam konteks Amanda, lelaki idaman dan pasangan impian yang harus dimiliki. 

“Saya sejak kecil sering mempunyai angan-angan untuk berkahwin dengan anak raja, namum perkara ini tidak bergitu tekad dan hanya sekadar mimpi di siang hari. Apabila menerima lagu ini seolah-olah mimpi menjadi kenyataan biarpun bukan memiliki putera raja malah dapat berkongsi angan-angan ini kepada orang ramai ia sangat membuatkan saya rasa teruja.” Kata Amanda dengan senyumannya yang manis.

Amanda juga menjelaskan bahawa lagu ini boleh dikaitankan dengan dirinya yang mempunyai angan-angan memiliki anak raja. Walau bagaimanapun, ia hanyalah angan kosong ketika Amanda masih kecil yang mungkin terpengaruh dengan cerita dongeng dan kisah drama atau filem.

Selain itu, lagu ini dihasilkan oleh Akram Kadir dari kumpulan muzik yang popular di tanah air iaitu Floor 88. Akram Kadir seolah-olah tahu tentang angan Amanda dalam menghasilkan lagu ini. Serta melodi dan susunan lagu Sang Pangeran ini juga telah dihasilkan mengikut tren zaman sekarang.

“Saya telah mencipta lagu ‘Sang Pangeran’ khas untuk Amanda Amry kerana saya melihat potensi yang tinggi dalam dia untuk menyampaikan lagu ini dengan baik. Saya sangat teruja dalam menghasilkan lagu ini kerana saya bekerjasama dengan seorang pemuzik terkenal dari Indonesia,Rakam Drum. Walaupun kami hanya berkomunikasi melalui atas talian tapi ia bukan penghalang bagi saya. Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan lagu ini dalam tempoh yang ditetapkan.” Kata Akram apabila ditanya tentang lagu ‘Sang Pangeran’

Hasil daripada hubungan itu tercipta tajuk lagu ‘Sang Pangeran’ yang berasal daripada  bahasa Indonesia yang bermakna ‘Putera’.

Amanda juga menjelaskan tentang cabaran dalam lagu ini seperti perasaan yang gementar ketika dalam menghasilkan lagu ini dan takut akan penerimaan orang ramai terhadap lagu ini. Nanum itu bukan penghalang untuk Amanda dalam menghasilkan lagu Sang Pangeran dan ia merupakan penguat semangat dalam meluaskan lagi karya yang bakal memberi impak yang positif pada orang ramai pada masa akan datang.

“Secara jujurnya memang ada perasaan gementar, jika lagu ini tidak dapat diterima oleh orang ramai. Malah itu bukan penghalang bagi saya kerana dari situ kita mengambil peluang untuk meningkatkan lagi mutu dalam karya yang akan datang.” Amanda berkata dengan nada yang tenang dan bersemangat.

Lagu ‘Sang Pangeran’ dirangka untuk memenuhi permintaan dan citarasa orang sekarang, dengan irama yang cathy dan mudah didengar. Amanda amat berharap agar lagu ini diterima dengan baik oleh pendengar, serta dapat dijadikan permulaan peringkat pengenalan dengan semua orang. Dengan lirik yang menyentuh hati dan melodi yang sedap didengar, ‘Sang Pangeran’ berpotensi menjadi satu lagu yang diingati dan membuatkan orang ramai tersenyum.

Lagu ‘Sang Pangeran’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.


Akaun Media Sosial Amanda Amry

Instagram: https://www.instagram.com/amandaamry/ 

TikTok: https://www.tiktok.com/@amandaamryyy 

YouTube: https://www.youtube.com/@amandaamry8073 

YouTube VEVO: https://www.youtube.com/channel/UCDYykGst9Qxx6gbYm0HqH_Q 



Kredit:

Artis: Amanda Amry 

Tajuk: Sang Pangeran

Produser: Akram Kadir

Komposer: Akram Kadir

Penulis Lirik: Akram Kadir


Tentang Amanda Amry:

Amanda Amry adalah seorang pelakon, model, dan pencipta kandungan media sosial yang berbakat. Bermula dari dunia model dan perlahan menceburi dunia lakonan, Amanda kini menjunjung impian dalam bidang muzik dengan menandatangani kontrak bersama Sony Music Malaysia untuk melancarkan single pertamanya, "Sang Pangeran". Dengan latar belakang seni yang pelbagai, Amanda berhasrat untuk terus mengukir nama dalam industri hiburan Malaysia.


Tentang Syarikat Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd:

Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd adalah anak syarikat Sony Music, kumpulan hiburan muzik terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Syarikat ini memiliki lebih daripada 200 label muzik dan mempunyai kehadiran di lebih daripada 50 negara dan kawasan di seluruh dunia, menjadikannya pemain utama dalam industri muzik global. Selama bertahun-tahun, Sony Music telah menghasilkan muzik dan produk berkaitan dengan muzik yang meliputi sembilan genre utama di dunia, termasuk muzik pop, rock, tarian, alternatif, hip hop, jazz, klasik, country, dan muzik baru. Kumpulan Sony Music sentiasa menggalakkan pertukaran seni muzik melintasi sempadan negara, dengan membawa muzik pop dunia yang terbaik ke pasaran Malaysia, sambil secara aktif mencari, membangunkan, dan mempromosikan bakat-bakat muzik dari kalangan rakyat Malaysia ke pentas dunia.


Sosial Media Sony Music Entertainment Malaysia:

Sony Music Malaysia Instagram  

Sony Music Malaysia Domestic Instagram 

Sony Music Malaysia Regional Instagram 



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba