Skip to main content

Cerita Kita kolaborasi lagu terbesar 2023

 



Selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri menerusi lagu

Pulang dan Sempurna, kumpulan Insomniacks sekali lagi muncul dengan karya hebat berjudul Cerita Kita.

Lebih istimewa lagu ini merupakan kolaborasi pertama kumpulan itu yang mana turut menampilkan

penyanyi popular Nabila Razali.

Karya berentak pop balada ini merupakan ciptaan Iqie, Iskandar dan Danial mengisahkan tentang

persahabatan yang terjalin sejak kecil sehingga timbul rasa cinta antara mereka.

“Saya ingin mengembalikan memori kisah percintaan zaman kanak-kanak. Saya percaya ramai pernah

mengalami pengalaman manis seperti ini.”

“Namun tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Ada yang berjaya sehingga ke jinjang pelamin

ada yang terputus di tengah jalan,” ujarnya.

Bagi Nabila Razali, kolaborasi bersama Insomniack merupakan peluang keemasan dan satu pencapaian

baharu dalam kerjaya nyanyiannya.

“Saya melihat Insomniacks satu kumpulan anak muda yang kreatif dan berjaya menghasilkan karya-karya

segar. Mereka mempunyai identiti tersendiri yang membuatkan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian mereka

berjaya menambat hati pendengar.

SIARAN MEDIA

“Dalam perancangan kerjaya saya memang ada plan untuk berkolaborasi bersama mereka dan

Alhamdulillah akhirnya tercapai. Saya sangat berpuas hati dengan lagu dan muzik video yang dihasilkan,”

ujarnya.

Muzik video Cerita Kita yang dilancarkan pada 22 September lalu kini sudah mencecah lebih 100,000

tontonan di saluran Youtube dalam masa 5 hari.

Lagu tersebut juga kini menjadi trending di laman Youtube dan platform streaming.

Untuk rekod, lagu Cerita Kita merupakan single ke-6 bagi Insomniacks, manakala single ke-10 bagi Nabila

Razali.

Lagu ini merupakan hasil kolaborasi antara syarikat rakaman Universal Music Sdn Bhd dan Nabila Razali

Entertainment.

Selain itu, bagi merancakkan lagi proses promosi, majlis pelancaran Malam Cerita Kita telah diadakan

pada 30 September yang bertempat di Bsync Hall, Kuala Kumpur.

Sekadar info, Insomniacks yang dianggotai oleh Iqie (vokalis utama), Iskandar (bass) dan Danial (gitar) ini

ditubuhkan pada 2015.

Kumpulan ini berjaya mencipta nama pada tahun 2018 menerusi single kedua mereka berjudul Pulang

yang mendapat sambutan menggalakkan dengan 32 juta tontonan Youtube dan menjadi lagu paling tinggi

distrim di Malaysia pada 2019.

Diikuti single Sempurna yang dilancarkan pada 2022 berjaya meraih 15 juta tontonan YouTube dan berada

selama 88 minggu di carta RIM

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba