Skip to main content

KEHANGATAN ALYPH TERASA DALAM KARYA TERBAHARUNYA ‘HEAT’

 



Penyanyi rap serba boleh asal Singapura ALYPH, terus maju lewat projek terbaharunya yang berjudul ‘HEAT’. Ia adalah single kedua daripadanya untuk tahun 2023 selepas ‘CHECK’ yang dilancarkan Februari lalu.

 

Sama seperti single yang terakhir, ‘HEAT’ menyala masuk ke dalam minit kehidupan sehari-hari beliau. Jika ‘CHECK’ menceritakan keadaan hidup beliau, ‘HEAT’ menganalisa ruang fikiran pejuang hip-hop ini yang telah mencapai kejayaan menakjubkan.

 

Walau berada di puncak, kadang perlu tetap perlahan-lahan dalam menempuhi kehidupan. ALYPH ingin menjelaskan bahawa kekal dan diam tidak semestinya perkara yang buruk – tapi yang penting adalah bagaimana kita meneruskan pergerakan ke hadapan, dan menyimpan tenaga sebanyak mungkin sehingga ia diperlukan.

 

HEAT ialah tentang mencari tenaga selepas berehat untuk seketika,” jelas ALYPH. “Ini adalah perkara biasa – setiap kali saya mahu pergi bekerja, atau melakukan sesuatu, saya perlu diberikan semangat, untuk bersiap sedia buat hari tersebut.”

 

Walaupun tajuknya mungkin menggambarkan sesuatu yang panas, 'HEAT' seumpama kereta laju yang menelusuri persekitaran yang tidak dikenali. Setiap hari menawarkan sesuatu yang baru buat ALYPH – dia perlu membawa kehangatan, tetapi dia mesti melakukannya dengan tujuan yang betul.

 

“Tuhan menguji / mental pernah trip / badan pernah trip/ tapi aku switch / get a grip,” nyanyi beliau dalam rap Bahasa Melayu dengan selingan piano dan rentak ‘trap’. Garis ini menjelaskan bagaimana beliau melihat ujian kehidupan sebagai ujian keyakinan dan kewaspadaan. Malah apabila dia keletihan, dia harus melatih dirinya untuk menukar tenaganya supaya meningkat kembali untuk langkah seterusnya.

 

Kemudian di dalam lagu, beliau mendedahkan bahawa tenaga beliau datang daripada semangat serta keinginan seseorang yang pernah bermula dari bawah atau "rookie energy", seperti yang beliau sebut dalam ayat permulaan – even as he continues to perform at the top of his game. “Ini bukan tentang membuktikan diri kepada sesiapa. Ia adalah tentang tidak mahu menjadi selesa kerana sentiasa ada sesuatu yang lebih besar yang saya mahu capai untuk diri sendiri," katanya.

 

“Ada banyak lagi yang boleh saya sumbang kepada ruang dan industri ini, lebih banyak cerita yang boleh saya ceritakan dan lebih banyak orang yang boleh saya capai. Tiada ‘tujuan’ tertentu yang saya mahu kecapi. Saya hanya mahu menjadi lebih besar dan lebih baik."

 

Bagi peminat ALYPH, mereka boleh mengharapkan lebih banyak lagi daripada bintang ini sesuai dengan perancangan yang ada di balik tabir. Walaupun ‘HEAT’ hanyalah single kedua buat tahun ini, terdapat banyak lagi yang akan muncul. "Ia berasa seperti saya sedang berlatih secara konsisten dan diam," dedah beliau. “Sekarang, saya bersedia untuk menunjukkan kepada dunia apa yang saya boleh lakukan.” Pada tahun 2023, ALYPH membawa kehangatan yang hebat secara santai dengan hasil luar biasa. Video muzik untuk HEAT akan berada di YouTube pada 22 September, 9 malam.

 

 

Mengenai Alif

 

Dekad hip-hop yang lalu di Malaysia dan Singapura tidak boleh dipisahkan daripada ALYPH. Hasil kerjanya terserlah dengan ajnas lagu hit yang berterusan dari tahun ke tahun – sama ada dalam tempoh beliau dengan duo rap yang mendominasi carta, SleeQ, atau di bawah nama Magic Potions (Andi Bernadee, Ismail Izzani, Kaka Azraff, Elizabeth Tan), dan kerjasama yang meninggalkan kesan dengan nama-nama tersohor dunia rap Malaysia seperti Joe Flizzow, K-Clique, SonaOne, dan banyak lagi.

 

Yang paling memeberi kesan adalah kerjaya ALYPH sebagai seorang artis solo, dengan kemahiran beliau sebagai seorang rapper, penyanyi, dan penerbit sejak menandatangani kontrak bersama Def Jam Asia Tenggara. Kejayaan yang menyerlah termasuk pelancaran EP 'III / III' beliau, dan kemuncak yang seterusnya lewat single tersohor "SWIPE". ALYPH adalah seorang artis yang berdedikasi untuk menyempurnakan kemahirannya dan membina identiti yang unik. Berkat korus yang mudah diingati dan kerjasama dengan usahawan kosmetik Dato Seri Vida, "SWIPE" mencuri perhatian di seluruh Asia Tenggara - dengan lebih 10 juta aliran di kedua-dua Spotify dan YouTube. Karya ini juga telah ditampilkan sebagai bunyi latar dalam lebih 1.6 juta hantaran TikTok yang dicipta oleh peminat di seluruh dunia.

 

Kejayaan ALYPH di seluruh Asia Tenggara juga telah membawa kepada kerjasama dengan jenama terkenal seperti JD Sports untuk #AirMaxDay, McDonalds Malaysia #McDDoDaDipChallenge, Valentino dan banyak lagi.

 

Kini seorang penghibur popular, ALYPH kini menjadi tumpuan di aneka pesta dan estival di seluruh Asia Tenggara,seperti Rolling Loud Thailand, We The Fest, dan Baybeats pada tahun 2023. Dengan aura tersendiri di atas panggung, ALYPH secara konsisten menghibur para peminatnya. Seorang artis yang terus kekal dalam elemennya dan sentiasa berusaha untuk mengatasi dirinya sendiri, karya ALYPH yang akan datang akan mengejutkan semua jangkaan.

 

 

 

 

 

 

Maklumat lanjut Def Jam South East Asia

 

Sejak pelancaran yang mengubah permainan industri hiphop pada tahun 2019, Def Jam Asia Tenggara mempunyai senarai yang semakin meningkat dan merupakan rumah kepada artis baharu muda, pelbagai bangsa dan bahasa seperti Yonnyboii dari Malaysia, A.Nayaka dari Indonesia, RIGHT yang berpusat di Vietnam, IronBoy dari Thailand dan 8 BALLIN’ dari Filipina bersama-sama dengan bintang seperti Yung Raja dari Singapura.

 

Label ini telah mengembangkan pergerakan hip-hop di atas panggung dengan 28 bakat menarik di seluruh rantau dan telah memperluaskan jejaknya dengan landasan penting termasuk Konser Virtual Coach x Def Jam SEA yang mempamerkan 13 artis di empat negara, serta kerjasama JDT untuk lagu rasmi kelab bola sepak bertajuk "Pioneers" dengan maestro hip hop Malaysia sendiri, Joe Flizzow dan Snoop Dogg yang legendaris.

 

Def Jam Asia Tenggara memimpin masa depan hip-hop Asia kerana label ini terus mengangkat gelombang artis ke hadapan, di peringkat serantau dan global.Laman web: Defjamsea.com

 

 

 

Discover more ALYPH via:

 


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba