Kolaborasi Eksklusif Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur

 



Tempoh 17 tahun bukan satu jeda waktu yang pendek. Tempoh 17 tahun juga bukan  bermakna pintu hati tertutup rapat sehingga menolak kecintaan yang sudah sebati di  dalam jiwa ; misalnya muzik. 

Tempoh 17 tahun hanya menjadi sebuah kembara panjang buat seorang mantan gitaris  kugiran tersohor Indonesia, Salman Al Jugjawyy yang dikenali dengan nama pentas  Sakti meninggalkan Sheila On 7 dan menemukan kedamaian hati dalam pencarian  rohaninya. 

Kini ucapkan selamat kembali ke panggung buat Sakti atau nama sebenarnya Saktia Ari  Seno kerana buat pertama kali, secara eksklusif akan berkolaborasi dengan rakan  dakwah dalam muzik, Opick, untuk sebuah konsert yang akan meninggalkan momen  manis tersendiri. 

Ini akan menjadi penampilan pertama Sakti atau Salman Al Jugjawy, nama yang dipilih  seiring pencarian rohani dan menyebarkan dakwah bermain gitar di atas panggung  untuk sebuah konsert besar.



Sakti tidak pernah tampil penuh di konsert sejak meninggalkan Sheila On 7 pada 2006,  kecuali muncul sebagai tetamu undangan sahabat-sahabat sejatinya pada sebuah  persembahan, Mei lalu. 

Kolaborasi pemain gitar berusia 43 tahun ini akan menambah magis di sebalik alunan  merdu dan mendamaikan vokal Opick, sang penyanyi berusia 46 tahun. Bersama Opick,  penyanyi Nur Fazura, UNIC, Zizi Kirana, Adi Priyo dan Yabang Khalifah akan  menambahkan kehangatan Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi - Opick & Sakti Live In Kuala  Lumpur. 

Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi - Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur bakal berlangsung  pada 11 November 2023 di Zepp Kuala Lumpur pukul 8.30 malam. 

Menerusi konsert yang dibawa Al Kauthar Eduqids, Sakti percaya penampilan bersama  Opick akan membuahkan ‘hasil’ dengan niatnya yang benar. 

“Sebagai mantan pemain gitar secara komersial, lamaran ikut terlibat dalam Konsert  Tombo Ati Ridho Ilahi - Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur ini jujurnya agak  menakutkan bagi saya yang sudah belasan tahun tidak bermain di pentas. 

“Namun pada akhirnya setelah difikirkan saya hanya mahu sama-sama menyebarkan  dakwah dengan cara paling ‘tidak menakutkan’. Saya mahu berbagi manfaat, sama  seperti Opick. 

“Bersama Opick yang punya segudang karya berunsur kerohanian, mengajak kita  pulang kepada Ilahi dan mencari redhonya, saya percaya apa yang cuba disampaikan  oleh pihak Al Kauthar Eduqids dan Icon Entertainment dalam konsep persembahan ini  bertujuan baik. 

“Persembahan ini bukan untuk melalaikan tetapi bakal membawa kita berasa damai  dan senang lewat untaian karya kerohanian yang nanti disampaikan oleh teman-teman  lain. Sampai jumpa nanti dan merasakan kedamaian lewat persembahan di konsert ini  nanti,” ujar Sakti. 

Penganjur, Iman Tang dari Icon Entertainment mengatakan usaha membawa Sakti  pulang ke belantika muzik bukan untuk menganggu istiqamah beliau dalam menelusuri  jalan kerohaniannya. 

“Icon Entertainment sebenarnya cukup bertuah kerana Sakti bersetuju tampil di  panggung dan Malaysia melakar sejarah kerana beliau belum pernah muncul memetik  gitar dalam konsert penuh walaupun di Indonesia. 

“Sebagai penganjur dan sahabat, saya percaya Sakti juga boleh menyebarkan dakwah  menerusi kecintaannya terhadap muzik. 

“Apatah lagi beliau akan memainkan karya-karya dakwah yang telah digarap cukup  indah daripada Opick dan selama ini menjadi ‘santapan jiwa’ buat kita semua.

“Semoga Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi - Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur mencapai  matlamat dan memberi manfaat buat kita semua,” ujar Iman Tang. 

Bagi Opick yang cukup terkenal dengan karya hitnya seperti Dealova, Shollu Ala  Muhammad, Di Bawah Langit Mu, Cahaya Hati, Ya Rasul dan Semesta Bertasbih, beliau  menyambut lamaran penganjur dengan senang hati apabila melihat rakan yang akan  mengiringinya adalah Sakti. 

“Nah, ini akan menjadi momen peribadi buat saya sendiri kerana bertemankan Sakti di  atas panggung yang akan mengalunkan dengan indah karya-karya saya. 

“Setelah itu ada juga rakan penyanyi dari Malaysia yang punya bakat luar biasa seperti  Fazura, Amir Masdi, Zizi Kirana, Adi Priyo, Yabang Khalifah dan UNIC akan  mengalunkan lagu-lagu kerohanian dengan manis,” ujar Opick. 

Untuk anda yang sekian lama menantikan ‘kepulangan’ Sakti dan merindui indahnya  alunan vokal Opick bersama persembahan Amir Masdi, Fazura, Zizi Kirana, Adi Priyo,  Yabang Khalifah dan UNIC, catat dalam kalender. 

Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi - Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur, 11 November 2023  di Zepp Kuala Lumpur. 

Harga tiket bermula dari RM228 (Cahaya Terang), RM268 (Dealova), RM288 (Buat Aku  Tersenyum), RM308 (Tombo Ati) & RM4, 888 (Di Bawah Langitmu) untuk lapan orang  boleh dibeli menerusi https://www.ticket2u.com.my/opickdansakti 

INFORMASI 

ACARA: TOMBO ATI RIDHO ILAHI - OPICK & SAKTI LIVE IN KUALA LUMPUR 

BINTANG JEMPUTAN: NUR FAZURA, ZIZI KIRANA, ADI PRIYO, AMIR MASDI, UNIC,  YABANG KHALIFAH LOKASI: ZEPP KUALA LUMPUR 

TARIKH: 11 NOVEMBER 2023’ 

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT 

TIKET: RM228 (CAHAYA TERANG), RM268 (DEALOVA), RM288 (BUAT AKU  TERSENYUM), RM308 (TOMBO ATI), RM4,888 (DI BAWAH LANGITMU / 8 PAX) 

PEMBELIAN TIKET: https://www.ticket2u.com.my/opickdansakti 

MEDIA RASMI DIGITAL:  ASTRO GEMPAK & SALAM MUSLIM 

MEDIA RASMI RADIO:  ERA FM & ZAYAN 






Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL