MAN ON THE RUN
Tidak dinafikan skandal 1MDB antara yang kejadian yang bukan sahaja menggemparkan
Malaysia, malah mendapat perhatian di seluruh dunia.
Ia berikutan skandal kewangan ini melibatkan bekas pemimpin nombor satu negara, Datuk
Seri Najib Tun Razak serta seorang individu yang sedang diburu iaiyu Jho Low.
Melihat kepada tumpuan terhadap skandal berkenaan, maka sebuah filem dokumentari telah
dihasilkan berjudul MAN ON THE RUN (MOTR).
Pengarahnya, Cassius Michael Kim berkata, dia tertarik untuk menghasil filem dokumentari
ini kerana liputan yang cukup meluas terhadap kisah 1MDB ini.
“Walapun ia mendapat liputan yang meluas, namun masih ramai lagi yang tidak tahu tentang
perjalanan sebenar mengenai skandal ini dengan lebih mendalam.
“Jadi, filem ini akan memberi penerangan terhadap apa yang berlaku, terutama sekali untuk
mereka yang mengikuti perkembangan kes ini,” ujarnya.
MOTR mendedahkan kisah benar yang mengejutkan tentang rasuah dan pengkhianatan yang
menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara. Ia turut membabitkan Jho Low, seorang
ahli perniagaan misteri serta playboy dengan merancang mengeksploitasi dana kekayaan
Malaysia menerusi apa yang diketahui umum sebagai 1MDB.
Dengan kerjasama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, Low dipercayai
menyalurkan berbilion-bilion duit ke dalam akaun bank global untuk memupuk gaya hidupnya
yang mewah, termasuk pesta Hollywood dan bahkan membiayai pembikinan filem The Wolf
Of Wall Street.
‘Penyelidikan’ yang dilakukan oleh Cassius Michael Kim ini membongkar rangkaian rasuah
serta mendedahkan kesan mendalam skandal kewangan yang besar ini.
Menurut Cassius, antara yang menarik dalam MOTR ini apabila pihaknya dapat membuat
temu bual dengan individu serta pihak yang mempunyai hubung kait dengan kisah 1MDB ini.
Bagaimanapun, dia tidak menafikan terdapat cuba cabaran apabila ada segelintir yang tidak
mahu ditemu bual untuk menjayakan filem dokumentari ini atas sebab-sebab tertentu.
“Apa yang paling menarik perhatian apabila kami dapat membuat temu bual dengan individu
terdekat yang dikaitkan dengan skandal ini iaitu Datuk Seri Najib sendiri.
“Sepanjang wawancara bersamanya, saya akui cukup kagum dengan keupayaannya untuk
menjawab setiap soalan yang diberikan,” jelasnya.
Pada masa sama, Cassius yang juga penerbit eksekutif berharap agar MOTR dapat memberi
penerangan kepada orang ramai terhadap keburukan yang berlaku kesan terhadap skandal
tersebut.
“Mengenai Jho Low pula, saya juga mengharapkan agar dia akan dibawa ke muka pengadilan
suatu hari nanti. Cuma mungkin ia agak sukar dan khabarnya dia kini sedang berada di Macau
atau China.
“Sudah tentu saya sangat berminat untuk membuat wawancara dengannya jika saya ada
peluang untuk berbuat demikian,” jelasnya.
Filem dokumentari MOTR akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 19
OKTOBER 2023.
PRODUKSI MAN ON THE RUN
PENGARAH & PENULIS Cassius Michael Kim
PENERBIT Alyse Shorland
Rhana Natour
Fabian W. Joseph
Davidian Shaw
PENERBIT EKSEKUTIF Scott Norville
Cassius Michael Kim
PENOLONG PENERBIT Birgitta Karlén
EDITOR Jon Connor
Karl Dawson
PENGARAH FOTOGRAFI Joe Simon
MUZIK ASAL Jordan Asher Cruz
PENOLONG EDITOR Rachel Sophia Stewart
Andrew Hoffman
KESAN KHAS Jon Connor
Comments
Post a Comment