Skip to main content

Qasrina, Hael & Nadhir Tunjangi ‘My Famous Ex-Boyfriend’ di Astro



 Diadaptasi daripada novel popular bertajuk Petrichor, Astro Ria tampil mempersembahkan karya terbaharu bertajuk ‘My Famous Ex-Boyfriend’, sebuah drama percintaan penuh suka duka yang bakal menghidupkan slot MegaDrama. Siri drama ini diterajui barisan pelakon dan penyanyi terkenal tempatan seperti Qasrina Karim, Hael Husaini dan Nadhir Nasar. 

‘My Famous Ex-Boyfriend’ merupakan drama yang menggambarkan kesan buruk buli siber yakni salah satu isu sosial popular yang kerap berlaku di kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda yang lebih dikenali sebagai ‘digital natives’.

Drama rantaian ini mengisahkan kehidupan Sameera yang bertemu dengan Ishaak ketika remaja dan saling jatuh cinta sebelum Ishaak ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama Haque Zuhal. Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut sosial media. Sukar buat Sameera untuk melupakan cinta pertamanya sehingga dia bertemu dengan Jamie yang berkongsi peristiwa silam yang sama. 


Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “Isu sosial semasa seperti buli siber ini lebih banyak berlaku pada zaman sekarang di mana rakyat malaysia lebih selesa meluahkan semuanya di sosial media berbanding secara bersemuka. Naratif drama ini mempertengahkan tekanan yang dihadapi mangsa siber buli terutamanya  di kalangan orang muda. Lantas drama rantaian ‘My Famous Ex-Boyfriend’ menerusi slot MegaDrama ini amat relevan untuk penonton-penonton bahkan masyarakat umum yang berkemungkinan terkesan dengan isu yang dipaparkan sebagai satu langkah untuk menyebarkan kesedaran tentang buli siber, dan ini turut dikuatkan dengan pemilihan barisan pelakonnya yang datang daripada latar belakang yang berbeza. 

Selain itu, plot utamanya yang menerokai first love ketika di usia remaja serta perasaan suka duka yang dirasai selepas itu merupakan satu genre yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Penceritaan sebegini amatlah popular di mana-mana sahaja. Lebih-lebih lagi dengan gandingan baharu yakni Qasrina Karim dan Hael Husaini yang akan membuat para penonton tertunggu-tunggu episod baharu pada setiap minggu. Para peminat Hael Husaini juga pasti akan teruja untuk menyaksikan lakonannya buat pertama kali di kaca TV. Kami berharap para penonton terhibur dengan penceritaan setiap watak sekaligus mengambil ikhtibar daripada pengajaran-pengajaran yang terselit”, tambahnya lagi. 


‘My Famous Ex-Boyfriend’ merupakan drama pertama Hael Husaini selepas 17 tahun bergelar penyanyi dan penulis lagu dalam industri hiburan. Hael juga merupakan pelantun runut bunyi drama ini yang bertajuk Diam. Menerajui drama ini sebagai Ishaak/Haque Zuhal, Hael Husaini bakal bergandingan bersama pelakon cantik Qasrina Karim sebagai Sameera. Drama arahan Hadith Omar ini mempamerkan kemunculan perdana Qasrina sebagai heroin MegaDrama. 

Turut menjadi tunjang utama drama ini merupakan hero kesayangan ramai, Nadhir Nasar yang membawa watak chef bernama Jamie yang juga dipamerkan sebagai seorang ‘suami syaitan’ kerana meninggalkan isterinya yang lumpuh. Adakah para penonton akan membenci  Jamie atau sebaliknya seiring perjalanan roller coaster drama ini?

Pempengaruh media sosial serta Youtuber terkenal, Cupcake Aisyah juga membuat penampilan dalam drama ini sebagai sebagai Dahlia, seorang artis yang sedang meningkat naik. 

‘My famous Ex-Boyfriend’ bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Ia juga akan ditayangkan di sooka menerusi pelan langganan mudah alih pelan Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba