Skip to main content

RTM TERBIT DRAMA “DIALOG SESUDAH SENJA”, SEMPENA HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA





Apabila bercakap soal kesihatan mental, setiap daripada kita perlu menolak stigma 'takut jumpa kaunselor' atau hanya yang 'sakit mental' saja perlu jumpa kaunselor. Kesihatan mental melibatkan semua individu.

 

Berharap lebih banyak aktiviti kesedaran kesihatan mental dapat dilaksanakan di setiap komuniti bagi mencegah masalah yang lebih meruncing, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadirkan sebuah lagi karya baharu terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV) khas bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang diraikan bulan Oktober ini.  

 

Drama pendek bertajuk “Dialog Sesudah Senja’ yang mengetengahkan pelakon utama Jay Iswazir, Fadhli Masoot, Izzendra dan Fadilah Mansor ini menemui penonton pada 25 Oktober ini, pukul 9.30 malammenerusi saluran TV2 dan boleh diikuti menerusi penstriman langsung RTMKlik.




 

Karya arahan Danny Alamsyah, UDTV RTM ini berkongsi kisah watak pemuda bernama Hasib berasal daripada keluarga yang berantakan dan mengalami tekanan akibat perasaan serba salah melihat ibunya yang bersusah-payah berusaha memastikannya berhasil menggenggam segulung ijazah. Keadaan diburukkan lagi apabila ibunya didera oleh ayahnya yang bengis. 

 

Sementara itu Hakim pula merupakan pensyarah di sebuah universiti dengan karier sukses tampak normal namun hakikatnya tertekan untuk terus mengekalkan momentumnya sebagai ahli akademik yang berjaya. Ini diburukkan lagi dengan keluarganya berpecah-belah apabila pilihannya terhadap kerjaya adalah lebih utama. 

 

Menjalani penggambaran pada 23 hingga 27 September lalu, saksikan kesudahan drama pendek sarat pengajaran diterbitkan RTM ini.

 

Comments

Popular posts from this blog

Salammusik menyeru agar segera menghentikan kitaran keganasan antara Israel dan Palestin ini.

  Kumpulan tempatan Salammusik menggunakan kreativiti mereka untuk memberi kesan positif, mengenai keadaan atau situasi semasa dengan catatan baru mereka "Kuasa".   Punca keganasan yang sama selama beberapa dekad: kesan dari konflik yang tidak dapat diselesaikan antara Israel dan Palestin. Lebih dari satu abad mereka berjuang untuk tanah antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan.   “Selagi konflik ini tidak dapat diselesaikan, ia akan berlaku berulang kali. Kita harus menyatukan para pemimpin dan mengembalikan pihak-pihak ke meja rundingan. Penggunaan kekuatan hanya menimbulkan lebih banyak kebencian ”, tegas Salammusik   Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), jumlah perbelanjaan ketenteraan global meningkat kepada $1981 bilion pada tahun lalu. Melihat dengan lebih mendalam, anda akan menjumpai banyak syarikat yang memperoleh keuntungan berbilion dolar setiap tahun kerana perperangan.   “Kami percaya bahawa para pemimpin perl

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.