Skip to main content

Selebriti Malaysia Sahut Cabaran ‘Gelak 90 Saat’

 


‘Gelak 90 Saat’ bersama rancangan ‘game show’ komedi terbaharu Astro  yang mencabar selebriti-selebriti popular tempatan membuat kumpulan juri (Target Misteri) daripada latar belakang yang berbeza ketawa dalam masa 90 saat. Daripada selebriti, pempengaruh media sosial, BBNU, atlet, pekerja profesional sehingga ke orang awam, hanya tawa mereka sahaja yang boleh menentukan nasib selebriti-selebriti ini untuk mara ke pusingan Akhir.

‘Gelak 90 Saat’ merupakan rancangan permainan realiti berbentuk perlawanan liga ‘kalah mati’ antara kumpulan pelawak yang perlu membuat target atau barisan juri yang dipilih ketawa dengan persembahan spontan mengikut tema yang mereka pilih. Setiap target mempunyai hint masing-masing untuk menjadi tarikan di mata para peserta sebelum ‘Pintu Misteri’ dibuka dan mereka diperkenalkan.  Para peserta  yang terlibat hanya perlu membuat juri pilihan mereka (Target Misteri yang dipilih) gelak dalam masa 90 saat.

Kumpulan yang bertanding adalah berlainan pada setiap minggu. Penentu markah mereka bergantung pada saat ke berapa juri atau target mereka ketawa. Setiap saat mempunyai markah/wang tunai  yang berbeza dan kumpulan yang berjaya mengumpul markah/wang tunai tertinggi setiap minggu akan berlawan semula di peringkat Separuh Akhir & Akhir.

 

Menurut Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, “Kami teruja untuk mempersembahkan rancangan ini kepada para peminat komedi Astro dengan format yang belum pernah diketengahkan. Dalam tekanan masa yang singkat, pastinya pelbagai kerenah akan ditunjukkan. Apatah lagi apabila diberi tema atau props yang berlainan, gelagat yang mereka bakal tunjukkan pasti akan menghiburkan para penonton.

 

‘Gelak 90 Saat’ merupakan sesuatu yang baharu. Padat dan cepat, di mana peserta-pesertanya perlu bertindak dengan bijak. Tetapi nasib mereka untuk menang bergantung kepada satu gelakan. Format unik ini pasti dapat menarik ramai penonton komedi serta peminat genre yang lain ke saluran Astro Warna”, tambahnya lagi.

Antara nama-nama pelawak yang bukan asing lagi dalam industri komedi yang menyertai rancangan ini sebagai peserta termasuk Namie, Achey, Dewa, Has, Ieda Moin dan Norkhiriah. Manakala target atau juri terdiri daripada selebriti tempatan, pempengaruh media sosial, atlet serta orang awam. Dato’ AC Mizal pula bakal menggamatkan rancangan ini sebagai pengacara.

Juara setiap episod akan memenangi wang berjumlah sehingga RM5,000, manakala juara keseluruhan akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 di peringkat Akhir.

‘Gelak 90 Saat’ bakal menemui para penonton Astro mulai 20 Oktober setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 107). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba