Skip to main content

DRAMA PERCINTAAN PENUH RINTANGAN ‘BEAUTIFUL LOVE REVENGE’ BAKAL BERSIARAN DI ASTRO MULAI 1 NOVEMBER

 




Peminat drama tempatan boleh menantikan tayangan perdana ‘Beautiful Love Revenge’, sebuah drama rantaian baharu Astro Ria yang diadaptasi dari novel percintaan dengan tajuk yang sama, karya penulis Wannie Nordin. Siri drama ini berkisarkan tentang keindahan cinta Ammara dan Noah, disebabkan bekas suaminya Farid, hubungan mereka diuji. ‘Beautiful Love Revenge’ mula bersiaran pada 1 November di slot DramaVaganza, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Drama percintaan penuh rintangan ini diilhamkan oleh pengarah Jamal Khan menerusi terbitan SUHAN Movies & Trading yang membariskan pelakon-pelakon tempatan baharu dan berpengalaman termasuk Harissa Adlynn (Ammara), Luqman Hafidz (Farid) dan Daniel Fong (Noah) yang bertanggungjawab selaku teraju utama. Manakala penceritaan di seluruh drama pula turut menampilkan Jihaa Sham (Aina), Syafi Tee (Ariel), Mikael Noah (Aidaan), Heidi Nur Aleesya (Aafia), Aljeffri Sherry (Nanny), Nizam Kama (Halim) dan Firdaus Ghufran (Izmal).


Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “Kami teruja untuk mempersembahkan satu drama rantaian baharu Astro Ria menerusi slot DramaVaganza iaitu ‘Beautiful Love Revenge’ untuk semua peminat drama di Astro. Naratif drama ini sedikit sebanyak mencerminkan kehidupan yang dialami oleh masyarakat umum, terutamanya di dalam hubungan berpasangan. Menerusi drama ini, para penonton dapat menyusuri sisi kerumitan hidup yang dialami oleh Ammara setelah ditinggalkan oleh pasangannya, namun berbekalkan kekuatan dan sifat keupaayan untuk bangkit, Ammara mampu membina semula kehidupannya apabila bertemu dengan Noah, seorang jejaka yang banyak memberi dorongan menerusi plot penceritaan yang cukup menyayat hati dan mampu memberi impak mendalam kepada para penonton.  Meskipun drama ini bertemakan pencintaan, namun ianya turut mengetengahkan pengajaran dan nilai murni yang boleh dijadikan ikhtibar untuk semua.

 

Selain itu, drama penuh emosi yang akhirnya dipertemukan dengan kebahagiaan ini juga membuka peluang kepada pelakon-pelakon baharu untuk menonjolkan bakat-bakat mereka. Para penonton dapat melihat nama-nama baharu di dalam industri hiburan lakonan tempatan seperti Daniel Fong, Harissa Adlynn, Syafi Tee, Jihaa Sham dan ramai lagi. Kami berharap para penonton dapat menerima naskhah terbaharu ini dan memberi sokongan kepada pelakon-pelakon di slot DramaVaganza, ‘Beautiful Love Revenge’ ini”, tambahnya lagi.


 

‘Beautiful Love Revenge’, siri drama 20 episod ini merungkai kisah perkahwinan bahagia Ammara bersama Farid yang berakhir di pertengahan jalan apabila Ammara ditinggalkan akibat kehadiran orang baharu di dalam kehidupan Farid. Ammara diceraikan ketika sambutan ulang tahun perkahwinan ke-10 mereka dan ditinggalkan bersama dua orang anak tanpa tempat untuk bergantung. Dalam keadaan tidak menentu, Ammara secara tidak sengaja telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh Noah, seorang jejaka tampan yang pada akhinrya telah menyimpan perasaan terhadap Ammara. Kisah percintaan Ammara dan Noah membawa ke alam perkahwinan namun ditentang Farid, bekas suami kepada Ammara. Kehidupan Ammara dan Noah semakin mencabar apabila Farid merencana untuk membalas dendam terhadap Noah dengan satu kemalangan jalan raya. Mampukah Ammara kembali bersama Noah? Segalanya bakal terjawab menerusi drama ini.

Para penonton boleh menyaksikan ‘Beautiful Love Revenge’ mulai 1 November, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba