ERNIE ZAKRI MEMANCARKAN ‘AURA’
Penantian yang sudah agak lama berlarutan
bakal menemui penghujungnya buat bintang berbakat besar Ernie Zakri dan para
peminat tegarnya. Setelah mengumumkan perpindahannya ke syarikat rakaman
antarabangsa Universal Music Malaysia tidak lama dahulu, Ernie juga sempat
memaklumkan bahawa dirinya bakal tampil dengan sebuah album penuh. Setelah memberi gambaran sedikit demi sedikit
lewat wadah media sosialnya beberapa minggu lalu, album solo pertama Ernie di
bawah Universal Music Malaysia yang berjudul AURA akhirnya muncul menemui
peminat.
AURA merupakan sebuah album yang membawa
pesan tentang peneguhan diri dan sikap positif. Ia diolah khas oleh Ernie
sendiri untuk memberi keyakinan kepada mereka yang rasa terluka dalam
menghadapi kehidupan harian. Album ini mengajak pendengar untuk menghayati aura
yang ada pada diri sendiri, sambil mengingatkan bahawa setiap yang berlaku
dalam hidup ini adalah takdir yang sudah tersusun, dan bertujuan memberikan
kesedaran untuk menerima segala kekurangan tanpa rasa takut.
Ernie menjelaskan mukadimah tentang
mahakarya terbaharunya ini, album AURA ini sangat istimewa kerana ia
menceritakan tentang sumber kekuatan seseorang. Semua lagu dalam album ini
berkisahkan nasihat, motivasi dan sumber kekuatan untuk insan yang memerlukan
semangat. Sebagai pembuka cerita kepada album ini, lagu berjudul Masing-Masing
diberi penghormatan menjadi single
pertama untuk memperkenalkan AURA.
Masing-Masing adalah sebuah lagu galau
yang bertemakan putus cinta. Digubah dan ditulis oleh Ade dari kumpulan Govinda
bersama Nabila V, ia mempunyai jalan cerita tersendiri.
“Saya dan Mas Ade bersependapat untuk
menghasilkan lagu galau dengan kisah putus cinta yang sedikit berbeza.
Masing-Masing mengisahkan pasangan yang terpaksa teruskan kehidupan mereka
dengan cara berpisah demi mencari kebahagiaan diri sendiri. Tidak semua
perpisahan tentang pertengkaran atau pergaduhan. Ada perpisahan yang berlaku
atas persetujuan kedua-dua pihak demi mencapai kebahagiaan sendiri. Saya tahu
ramai rakyat Malaysia yang suka lagu galau sebegini,” tambah Ernie lagi.
Lagu tersebut menjalani proses rakaman di
Yogyakarta, Indonesia dengan begitu mudah.
Ernie Zakri menceritakan bahawa, ia tidak
terasa seperti bekerja malah seolah-olah sedang bercuti kerana semuanya lancar
dan senang. Kami hanya mengambil masa sehari untuk rakaman. Buat video muzik
pula kami hanya perlukan setengah hari sahaja untuk penggambaran.
Video muzik yang berkonsep penuh kesenian
itu menampilkan dua orang penari yang menyampaikan jalan cerita secara simbolik
lewat setiap pergerakan yang ditampilkan dalam bentuk seni tari.
Ernie menceritakan tentang video muzik
Masing Masing, terdapat dua orang penari yang bercerita dengan pergerakan.
Setiap gerak tari ada maknanya. Sebagai contoh, ada babak mereka jatuh, itu ada
maksud simbolik yang tersirat tentang mesej yang disampaikan dalam lagu itu.
Album AURA yang membabitkan ramai
komposer dan penerbit mengambil masa perancangan sekitar setahun kerana Ernie
mempunyai beberapa permintaan khas.
“Saya yang meminta sendiri lagu daripada
penulis serta pencipta yang terbabit dalam album ini. Proses rakaman kesemua
lagu juga memakan waktu sekitar tiga hingga empat bulan untuk disiapkan. Jadi
saya harap para pendengar akan dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan di
dalam album ini. Semoga ia menjadi teman buat mereka yang memerlukan semangat
serta kekuatan itu,” bingkas Ernie menutup bicara.
Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music
Malaysia, turut menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan dan potensi Ernie
Zakri untuk meluncur lebih jauh dalam kareer muziknya di bawah label ini. “Kami mempunyai perancangan yang rapi untuk
memastikan nama Ernie Zakri bukan sahaja terpahat di hati peminat Malaysia,
malah di rantau ini terutamanya Indonesia. Selain menghasilkan karya muzik yang
berkualiti untuk para peminat, Ernie juga akan berkolaborasi bersama beberapa
jenama tempatan sebagai salah satu strategi mengembangkan kareer beliau.
Sebagai contoh, hari ini kami melancarkan album AURA Ernie Zakri bersama dengan
koleksi tudung jenama tempatan Ayuwan.”
Album ini menampilkan 10 buah lagu dengan
pembabitan nama-nama besar industri muzik serantau seperti Aubrey Suwito, Ezra
Kong, Faizal Tahir, Amylea Azizan, Rozi Sangdewi, Helen Yap, Firdaus Rahmat,
John Jeeves, Ade Govinda dan beberapa orang lagi. Ia turut menampilkan suami
Ernie sendiri, Syamel yang menyumbangkan lagu ‘Jangan Hilang Percaya’.
AURA bakal berada di semua platform
digital bermula Jumaat 3 November 2023, dan video muzik lagu Masing-Masing pula
akan berada di laman YouTube pada hari yang sama.
SENARAI LAGU DALAM ALBUM AURA:
Judul: Intro Buat Kamu
Lirik:
Ernie Zakri, John Jeeves
Komposer:
Ernie Zakri, John Jeeves
Susunan:
John Jeeves
Penerbit:
John Jeeves
Judul: Aura
Lirik:
Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat
Komposer:
Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat
Susunan:
John Jeeves
Penerbit:
John Jeeves
Judul: Masing-Masing
Lirik:
Ade Govinda & Nabila V
Komposer:
Ade Govinda
Penerbit:
William Chow
Judul: Terima Seadanya
Lirik:
Mage, Faizal Tahir
Komposer:
Mage, Faizal Tahir
Penerbit:
Adib Hussain
Judul: The Best
Lirik:
Firdaus Rahmat, John Jeeves, Shazriq Azeman
Komposer:
Firdaus Rahmat, John Jeeves, Shazriq Azeman
Penerbit:
Firdaus Rahmat, John Jeeves
Judul: Gelita
Lirik:
Slen Fadzil
Komposer:
Slen Fadzil, Helen Yap
Penerbit:
Helen Yap
Judul: Tercipta Sempurna
Lirik:
Ezra Kong
Komposer:
Ezra Kong
Penerbit:
Ezra Kong
Judul: Jangan Hilang Percaya
Lirik:
Syamel
Komposer:
Syamel, Jiwa
Penerbit:
Aubrey Suwito
Judul: Satu Cinta
Lirik:
Amylea Azizan
Komposer:
Amylea Azizan
Penerbit:
Amylea Azizan
Judul: Persis Katarsis
Lirik:
Rozi Sangdewi
Komposer:
Aubrey Suwito
Penerbit:
Aubrey Suwito
Comments
Post a Comment