Skip to main content

NAQIU BERSAMA MENJAYAKAN KONSERT HETTY KOES ENDANG DI MALAYSIA

Penyanyi juga komposer tempatan, Naqiu bakal menjadi penyanyi undangan di acara After Hours With Hetty Koes Endang (AHHKE) yang bakal berlangsung pada 24 Februari depan bertempat di Grand Shah Alam, SACC.

Konsert bintang legenda dari Indonesia, Hetty Koes Endang yang dianjurkan oleh Visual Print Sdn Bhd ini adalah acara julung kali yang bakal menghimpunkan 1,000 penonton berkonsepkan majlis makan malam penuh romantis secara intimasi, dekat dan peribadi bersama Hetty yang mesra disapa Bunda.


Pembabitan Naqiu yang baru saja menamatkan perjuangan 12 minggu program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) ini dipilih oleh pihak penganjur dan Hetty sendiri bagi melengkapi penganjuran konsert selama tiga jam ini nanti.

Menurut Pengarah Eksekutif Visual Print Sdn Bhd, Anis Fathiah Abd Hamid, Naqiu dipilih sebulat suara kerana pesona persembahannya di atas pentas yang cukup bersesuaian dengan konsep dan tema acara AHHKE. Malah, vokalis kumpulan Boboy yang sinonim dengan lagu Episod Cinta ini mempunyai penjiwaan yang sangat baik ketika menyanyi hingga seringkali mendapat pujian daripada Hetty Koes Endang yang juga juri tetap ASGV.

“Kami mencadangkan beberapa nama penyanyi tempatan bagi memeriahkan lagi malam AHHKE namun nama Naqiu menjadi pilihan utama kami dan juga Bunda. Mungkin impak daripada persembahan Naqiu yang menyanyikan lagu Kuda Hitam pada minggu kelapan ASGV hingga diperkatakan di semua platform sosial media juga menjadi tarikan utama kepada pemilihan juara Gegar Vaganza 6 (GV6) itu.

“Malah komitmen serta kemampuan Naqiu yang terkenal dengan gerak persembahan memukau setiap kali menyanyi adalah sebab utama kami memilih dia bagi menjadi penyanyi undangan malam 24 Februari nanti,” katanya.
Naqiu berkata, peluang untuk tampil memeriahkan AHHKE adalah satu penghargaan buat dirinya yang menyifatkan Hetty sebagai idola.

“Terkejut pada awalnya tapi saya sangat teruja untuk berkongsi pentas bersama Bunda yang sebelum ini menjuri saya selama 11 minggu ketika GV6 pada 2019 dan terbaru di ASGV. Inilah yang dikatakan rezeki,” katanya.
Naqiu bakal menyampaikan lima lagu manakala Hetty Koes Endang selaku teraju utama menghiburkan peminat dengan 10 lagu. Lebih istimewa, Hetty dan Naqiu juga akan berduet untuk beberapa lagu yang menjadi kejutan kepada hadirin kelak.

AHHKE bermula seawal jam 8 malam dengan sajian makan malam terbaik turut menampilkan puteri Hetty Koes Endang, Afifah Yusuf selaku penyanyi undangan, Zul 2By2 atau nama sebenarnya Zulkefli Majid dan Intan Maya (bekas anggota kumpulan The Girls) pada malam konsert nanti.

Untuk pembelian tiket, boleh klik di web www.tix-box.com, IG @tixboxmy atau hubungi hotline di talian 017-7118945.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba