Skip to main content

Wali ke Pulau Pinang menerusi konsert Cari Jodoh & Dawai In Penang


Untuk memenuhi permintaan peminat, syarikat Orange International bakal membawa kumpulan terkenal Indonesia, Wali ke Pulau Pinang menerusi konsert Cari Jodoh & Dawai In Penang pada 3 Februari ini

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas syarikat berkenaan, Datuk Mohd Fadzli Idrus, penganjuran konsert berkenaan adalah susulan kejayaan dua konsert, Radja dan Ella yang diadakan di negeri tersebut sebelum ini

“Alhamdulillah, selepas beberapa siri konsert yang diadakan, pihak Orange International terus berkembang dan berhasrat untuk memajukan industri hiburan tanah air, ekonomi serta aktiviti pelancongan dalam negara.

“Setelah kejayaan konsert Radja dan Ella tempoh hari, pihak kami sekali lagi membawakan hiburan dari seberang iaitu kumpulan pop popular Indonesia,  Wali Band buat peminat yang berada di sebelah utara khususnya Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan.

 Wali Band yang dianggotai Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (pemain dram) dan juga Ovie (pemain keyboard) ditubuhkan pada 1999 merupakan kumpulan pop Indonesia popular dalam menyampaikan lagu-lagu bergenre alternatif, rock, religi, balada dengan sentuhan etnik Melayu.



Kumpulan tersebut terkenal menerusi lagu-lagu hit antaranya Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh, Doaku Untukmu Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu.

Tambah Fadzli, kehadiran Fadhilah yang kini hangat dengan lagu Dawai juga menjadi antara tarikan selain kemunculan penyanyi bersuara lantang, Khai Bahar dan penyanyi rap berbakat besar, Saixse..

Konsert yang dijangkakan akan berlangsung selama 2 jam lebih ini bakal menyajikan 13 sehingga 15 buah lagu. Tambah menarik, warna hijau yang dipilih sebagai tema menambah kemeriahan konsert itu nanti.konset ini jugak akan Di host kan oleh Selebriti sensasi Kelly Azman. 


“Kami menggalakkan penonton untuk mengenakan pakaian berwarna hijau pada konsert tersebut sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools. 

“Saya berharap agar peminat muzik akan terus menyokong kami dalam memberikan hiburan yang terbaik dan yang paling penting agar semua ‘enjoy’ dan ‘sing-along’ pada malam konsert nanti selama 2 jam tanpa henti kerana seleksi lagu dari pelbagai genre yang bakal dibawakan.


Tiket Konsert  Wali Cari Jodoh & Dawai boleh didapati menerusi laman sesawang ticket2u.com.my/walipenang. Hubungi hotline 011-1133 7638 untuk makluman lanjut.



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba