Skip to main content

BERBEKALKAN BAKAT SUARA YANG ADA,AIMAN COCO MENCUBA NASIB DALAM BIDANG NYANYIAN”

Bermula dengan program reality di media social “SUPERLAKI”,pendatang baru AIMAN COCO telah melangkah kan kaki beliau setapak lagi ke hadapan di dalam bidang nyanyian iaitu bidang yang di minatinya sejak dari kecil lagi. Sangat meminati penyanyi dari seeberang iaitu CHARLIE ST12,

Aiman Coco cuba mempertaruhkan lagu berentak balada untuk SINGLE PERTAMA nya bertajuk “SILAM”. Nama sebenarnya MUHAMMAD NASRUL BIN ALI berasal dari Hulu Langat Selangor telah mula berjinak-jinak dalam industri suara semenjak di bangku sekolah lagi .Bukan hanya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian malah Aiman sangat berkebolehan dalam bidang QASIDAH dan seringkali mendapat gelaran JUARA dalam mana-mana pertandingan yang di masukinya .

Beliau seorang yang agak pendiam,pemalu dan sangat ringan tulang, tapi seorang yang sangat mesra jika seseoarng telah mula mengenali beliau. Aiman Coco yang pernah mempunyai SINGLE RAYA bertajuk “RAYA 4 SUARA” pada tahun ini (2023) bersama tiga orang lagi rakan artis di bawah label muzik yang sama iaitu RR ENTERTAINMENT . Dengan pembabitannya dalam lagu telah menyebabkan pihak RR ENTERTAINMENT menawarkan beliau untuk menghasilkan lagu
 “ SILAM”.

Bila bertanyakan apa perasaannya setelah di beri peluang uttuk mengeluarkan SINGLE lagu SILAM?.“Apa yang saya impikan ,Alhamdulillah Allah makbulkan,terima kasih RR ENTERTAINMENT dan SONY MUSIC MALAYSIA kerana memberi peluang dan ruang untuk mengetengahkan bakat saya dalam bidang nyanyian .Saya amat menghargainya dan akan cuba yang terbaik selagi boleh”.Kata Aiman yang sudah lama mengimpikan untuk mempunyai lagu sendiri dan saya sangat tidak sangka benda ini berlaku selepas sahaja menghasilkan lagu raya ‘RAYA 4 SUARA”.

Bercerita pula tentang pengalaman menghasilkan single barunya,lagu ini bukanlah pengalaman atau cerita peribadinya.”Mula-mula saya dengar lagu tu memang saya jatuh cinta sangat jadi saya terus setuju untuk menyanyikan lagu SILAM dan ini lah juga peluang yang saya nanti-nantikan selama ini dan berharap akan dapat menyampaikan yang terbaik untuk pendengar- pendengar di luar sana supaya cerita di sebali lagu ini dapat di rasai oleh pendengar.Harap-harap pendengar dapat la rasa.”, kata Aiman Coco sambil tersenyum. 

“Proses menyiapkaan lagu ini agak mencabar tapi saya rasa tak perlu lah saya menceritaknnya biar abang Herda dan Kak Reen dari RR ENTERTAINMENT sahaja yang tahu apa yang berlaku” ujar Aiman sambil ketawa kecil. “Saya harap sangat pendengar dapatlah terima lagu SILAM dengan baik dan dan teruskan lah menyokong indsutri seni sampai bila-bila. ”ucapan Aiman di akhir perbualan.

Lagu“SILAM”, di hasilkan oleh RR Entertainment, gubahan daripada HerdaSyira dan penulisnya pula adalah juga dari HerdaSyira akan menemui pendengar pada awal bulan Disembar 2023.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba