Skip to main content

MEMOIR SEORANG GURU‘Kisah Seorang Guru Panas Baran Mengajar Di Sekolah Pedalaman, Adaptasi Novel Karya Penerima Anugerah Penulis S.E.A 1988 Azizi Haji Abdulla

Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang akan diraikan oleh seluruh warga pendidik di Malaysia pada 16 Mei 2024, Tanah Merah Ventures Sdn. Bhd. dan Kamalariff Holdings Sdn. Bhd. tampil dengan sebuah filem berjudul MEMOIR SEORANG GURU.

Bukan sekadar naskhah biasa, filem ini juga adalah adaptasi daripada novel dengan judul yang sama hasil karya penulis popular, Allahyarham Azizi Haji Abdullah yang juga bekas seorang guru dan penerima Anugerah Penulis S.E.A. 1988 mewakili Malaysia.
Penerbitnya,

  Datuk Arisz Ab. Rahman berkata, pihaknya berminat untuk mengadaptasi novel
 berkenaan ke sebuah filem kerana karya Allahyarham itu cukup isTmewa dan pernah menjadi

 bahan sastera pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) suatu keTka dahulu.
 “Kami akui sudah banyak filem kisah guru dan pelajar diterbitkan, namun Memoir Seorang Guru ini mempunyai kelainan kerana ia bukan sahaja menceritakan tentang hubungan anak murid dan guru sahaja. Airmata akan mengalir tanpa disedari apabila mengikuT kisah Sunan sebagai guru dan penerimaan anak-anak muridnya terhadap beliau. Apabila Sunan ingin mula

 berubah, pelbagai kejadian menyedihkan berlaku menyebabkan dia bersara awal.
 “Ia mengangkat mesej-mesej posiTf seperT nilai kasih sayang, mengenang budi dan kejayaan, kegagalan, penyesalan dan kisahnya begitu dekat dengan sesiapa sahaja yang pernah bergelar guru dan anak murid. Malah, penulis novel ini juga bekas seorang guru dan ia banyak
 mempengaruhi kisah dalam karya tersebut,” ujarnya.

 Memoir Seorang Guru arahan Kyoll Hamzah mengisahkan tentang seorang guru bandar, Cikgu Sunan yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah di pedalaman dan ditugaskan menjadi guru
 kelas di kelas paling corot.
 Menariknya, Datuk Rosyam Noor telah diberi peranan utama sebagai Cikgu Sunan dan turut menampilkan barisan pelakon kanak-kanak serta pelakon popular lain seperT Nabila Huda,
 Johan As’ari, Zul Huzaimi, Hariz Hamdan dan Trisha Ooi.

 Menurut Arisz, lebih isTmewa lagi filem berkenaan juga mendapat kerjasama daripada
 Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).
 “Setakat ini YGMB yang mempunyai keahlian beratus ribu daripada kalangan guru-guru yang kami lihat mereka mampu memainkan peranan membantu mempromosikan filem ini ke
 sekolah-sekolah.

 “Selain itu, mereka boleh menyarankan kepada guru-guru yang lain agar mengajak anak-anak murid menonton filem ini di pawagam nanT yang secara kebetulan ia ditayangkan dalam
 suasana semua pelajar merayakan sambutan Hari Guru,” ujarnya.

 Sementara itu, Kyoll Hamzah berkata, dia bersetuju untuk mengarahkan filem Memoir Seorang Guru kerana melihat ia adalah sebuah naskhah yang sangat menarik apabila
 diadaptasi menjadi sebuah filem.
 Ujarnya yang sebelum ini banyak mengarah drama, dia sendiri yang meminta kepada penerbit
 untuk memilih Rosyam memegang watak utama sebagai Cikgu Sunan.

 “Apabila diberi peranan sebagai pengarah, saya terus mengusulkan supaya Rosyam diberi
 watak tersebut kerana melihat kriteria watak ‘Cikgu Sunan’ ini adalah dirinya.

 “Lagipun Rosyam sendiri belum pernah lagi membawakan watak sebegini dalam mana-mana
 filem dan pasTnya ia amat dinanTkan penonton,” ujarnya.

 Jelasnya, pemilihan pelakon-pelakon lain juga dibuat atas perbincangan bersama penerbit, malah mereka turut menjalankan sesi uji bakat untuk pelakon kanak-kanak di mana kelas
 lakonan kanak-kanak dikendalikan oleh pelakon ternama Elly Suriaty.

 Menjalani penggambaran pada Disember tahun lalu di beberapa buah lokasi seperT Perlis, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur, pengarah itu mengakui berhadapan dengan beberapa
 cabaran.
 Menurutnya, antara cabaran yang terpaksa ditempuhi adalah memilih lokasi yang terbaik
 serta keadaan cuaca yang Tdak menentu.
 “Untuk menghasilkan filem ini Tdak terlalu sukar, namun cabarannya tetap ada. Misalnya apabila membabitkan pelakon kanak-kanak dan kami telah menganjurkan sesi kelas lakonan
 untuk mereka bagi menghayaT watak masing-masing,” ujarnya.
 Pada masa sama, Kyoll meletakkan harapan yang cukup besar memandangkan Memoir
 Seorang Guru adalah filem pertama arahannya.
 Memoir Seorang Guru bakal menemui penonton apabila ia mula ditayangkan di pawagam
 seluruh negara pada 30 Mei 2024.
SINOPSIS
Mengisahkan seorang guru panas baran berusia 40-an, Cikgu Sunan telah ditukarkan untuk mengajar di sebuah sekolah di pedalaman. Dia yang juga seorang duda kemaTan isteri telah membawa bersama anak perempuannya, Kamariah untuk belajar di sekolah berkenaan.
Lebih mencabar, guru besar telah memberinya tugas menjadi guru kelas di kelas paling corot dan tugas paling utamanya adalah untuk memasTkan kelasnya itu mencatat keputusan UPSR lebih baik berbanding sebelumnya. Pada masa sama, terdapat Tga orang pelajar di kelasnya iaitu Alias, Midun dan Mat yang Tdak menyukai Cikgu Sunan dan menganggap guru kelas mereka itu seorang cikgu bandar yang berlagak.
Namun Sunan yang mula berubah dalam melayan anak muridnya tetapi berlaku pelbagai perisTwa menyedihkannya dan menginsadannya.
 
PELAKON UTAMA
DATUK ROSYAM NOR KIKY HANNAH DANISH ZAMRI BAQIR JAMALULLAIL HAFIY AL TAMIS DHIA RAIDAH
DIBANTU
NABILA HUDA JOHAN AS’ARI TRISHA OOI HARIZ HAMDAN ZULHUZAIMI

PRODUKSI Terbitan Penerbit
Pengarah
Idea Asal
Skrip
Pengarah Cinematografi Guru Seni Lakonan
- Sunan
- Kamariah - Alias
- Mihad
- Mat
- Sakinah
- Kamariah (dewasa) - Alias (dewasa)

- Sakinah (dewasa)
 - Mat (dewasa)
- Lukman (dewasa)
- Tanah Merah Ventures Sdn. Bhd. Kamalariff Holdings Sdn. Bhd.
-
- Kyoll Hamzah
- Azizi Haji Abdullah
- Maizura Ederis & Mohd Nazli @ Che Li - Mohd Noor Kassim
- Ellie Suriaty

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba